My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

CUTEST baby ever~ I LOIKE Laju Laju..

Assalamu'alaikum w.b.t..

it's almost 3 days since the last entry kan? rojak lagi.. sila abaikan ye.. :) 

CUTEST baby ever.. sape yang tak suka baby? everyone LOVES baby very very the muchie one kan? and so does Miss J.. Miss J memang pantang tengok babies yang comel lote.. mesti rasa nak cium pipi diorang lama lama.. geram sangat sangat okay? grrr~ i cant control myself right now.. banyak sangat gambo si comel ni.. tapi ada satu baby yang buat Miss J tangkap chenta separuh mati.. yang Miss J takkan pernah jemu nak peluk.. takkan pernah jemu nak pandang.. NO, it is not baby Suri.. 

okay guys.. i would like you to meet......



- NUR AMNA QALEESYA BINTI MOHD. RAZLAN -

this is my BIGGEST sweetheart.. cute, isnt she? ni la anak buah Miss J yang paaaaling Miss J adore sangat sangat! look at her smile.. very big one right? actually banyak lagi gambar dia yang comel lote.. tapi... Miss J suka gila tengok senyuman dia kat gambar ni.. rase nak cium pipi dia laju laju.. comellll....... ;)

oh, for my lovely cousin.. Puan Sheila, sorry for mencurik ini gambar dari Facebook anda.. Kak Ain tak marah I kan? as I'm your most beloved cousin ever kan? perasan! pijak jugak budak kecik ni karang.. ;)

okay.. panjang sangat kan nak sebut nama budak comel ni? Miss J and family panggil dia... Princess, Qaleesya.. ataupun panggilan yang malas lagi manja... Chicha... Chicha ni, cerdik budaknya.. jangan terkejut kalau Miss J cakap dia ni rajin layan Playhouse Disney Channel 613 kat Astro tu ha.. kalau tune in je channel tu.. whoa! melebar la senyum dia.. dia punya gelak memang tak hengat dunia Miss J cakap kat para para sakura semua.. khusyuk sangat! sampai tak pandang kiri kanan haaa... parah betul budak ni.. haha, habes la.. confirmed parents dia BOM Miss J time family day weekend ni nanti.. sorry Abg Lan.. sorry Kak Ain.. ;)

err.. banyak nak story pasal budak Chicha ni.. tapi... mata dah mengantuk.. 3.30 a.m already.. maybe later on okay? :)

cant wait for my Family Day 3 Jun ni... dapat jumpa Chicha.. mau cium dia puas puas.. :)

Most Beloved One~

Assalamu'alaikum w.b.t..

saje nak update sebelum tido.. maybe esok baru Miss J ada chance nak blogwalking dan beronok ronok kat blog korang.. jangan maraa ye... :)

rasa macam nak bawak anak anak kucing tido atas katil la malam ni.. seronok sangat tengok semuanya dah bukak mata.. cute gila... Miss J memang seorang yang sangat obses dengan kucing, specially lil kitties.. urgh~ sangat sangat kiut yang tak bole blah okay? right now, Becky, Tam, Oyen, Simba dan Chitaa tengah berebut rebut menyusu.. arent they soooo adorable? dengan bunyik mengiau yang sangat halluuuus tu.. urgh~~ nak gigit diorang bole tak? ;)

nak tengok kecomelan diorang? belum bole lagi.. sebab ada orang cakap, kalau ambik gambar anak kucing, nanti hilang.. sebelum ni Miss J tak percaya.. kolot sangat la konon kononnya.. apa kaitan kamera dengan anak kucing hilang kan? sounds like very very the ridiculous one i thought.. and at the end, berkat usaha kesombongan Miss J tu.. anak anak kucing Miss J selamat lesap.. sila rujuk kat SINI okay? :)

ish.. makin nak tido, makin banyak pulak nak menaip.. okay, kat entry tu Miss J cakap nak upload gambar Mayau sepanjang dia bunting kan? sumpah semua pose yang tak bole blah.. check it out! :)


- tolong jangan tiru aksi ini -

- kite datang nak tido, bukan nak poco poco -


- whoa.. muka aku masuk internet -

- bagi lagi satu la -

actually, sangat banyak sebenarnya aksi melampau dia ni.. tapi Miss J tak jumpa.. sebab  belum susun folder kat lappy ni.. Miss J got no idea kenapa pesen tido dia asyik nak bukak kaki je.. and kesemuanya betul betul kat bawah kipas.. 

okay guys.. later on :)

Followers Miss J Bertambah Sehingga 14141 Hanya Dengan 1 Hari Saje! Kalah Cik Yuyu~

Assalamu'alaikum w.b.t..

eh?? mana 14141 nye ni?? chait, ni dah sah sah la aku TERKENA dengan budak kecik ni! jangan maraaa haaa... hehe, senyum la sikit.. baru la gorjes habes habesan.. alaa... tengok tu.. tak nak senyum pulak... merajuk eh..? hehe, betul la... Miss J tak tipu.. followers Miss J memang dah jadi 14141.. lawa kan nombor dia? tapi.... ni TADI punya cerita la... sekarang dah jadi 75 balik.. nangis laju laju.. urgh~ tak bole terima kenyataan.. sedih sedih.. :(

TADI~ Miss J tengah duduk memenungkan diri Miss J yang gilak gilak ni kat depan rumah... sambil melepak, bersuamirehat, istilah baru menggantikan beristerirehat.. perosak bahasa betul kan? oh Cikgu, sila ketuk otak saya laju laju! BERISTIREHAT sebetulnya kan? dah puas jumping jumping star like the katak katak one, Miss J berlari lari bahagia bersama itik itik kesayangan ayah.. mana taknya, semua pakat mintak makanan kat Miss J.. ish, ade jugak yang kena sembelih dengan Miss J yang takut darah ni kang.. agak agak dah berpeluh, Miss J lepak lepak lagi kat dalam rumah.. mandi, solat Maghrib dan Isyak.. dan melekakan diri di depan TV.. laptop memang tak sentuh langsung la kan.. sabooo je la.. :)

tiba tiba...... Miss J menggerakkan otot otot tangan untuk menswitch onkan laptop.. layan blog kejap la.. mau cuci cuci mata tengok blog blog yang comel.. masukkan email dan password laju laju.. excited ni! loading ke Dashboard... mata tak pandang skrin, tengok tengok anak kucing kejap.. saat Miss J memalingkan wajahku yang tak berapa nak putih ni ke laptop.. pergh... ayat tak boleh tahan.. geli geleman i baca sastera sastera ni.. 

"14141 followers??".. Miss J gosok gosok mata, siap titiskan Eyemo Moist lagi.. still jugak 14141! sumpah gempak! Cik Yuyu pon tak dapat angka ni lagi.. bangga ni bangga.. maka... mengembang kempis la hidung Miss J yang kemek lagi kecik menahan keriangan! senyum melebar sampai ke telinga.. YIPPIIIIII!! saya sudah famous! WHOAWWIII... fuuh... control ayu, control ayu.. kantoi la perangai beruk kamu tu nanti Miss J.. 

Miss J tak tunggu lama dah.. terus sahaja check comments.. whoaaa! berjuta juta lemon... urgh~ sakai betul Miss J hari ni.. wait wait! tak habes lagi cerita ni.. Pssst! bukan calang calang orang yang komen and follow tau? Cik Hanis Zalikha.. woot woot! si cantek itu bertandang kat blog Miss J.. macam tak percaya je kan? senyum sampai seluruh dunia nampak gigi Miss J.. :)

"nice blog! keep it up girl.."
"blog awak ni comel sampai saya rasa nak masuk minang awak je la Miss J!"
"sempoi.. i LOIKE very very the muchie one.."
"jumping jumping like katak into the conclusion dah jadi tagline kitorang.. memang fenomena la your blog sis!"

and bla bla bla bla bla bla.. semuanya komen stok mengoyakkan hati dan limpa Miss J.. sebab terlebih emosi ceria la katakan.. tapi... mak pesan, jangan lupa yang kita ni masih berpijak di Bumi yang nyata... bila bila masa akan jatuh.. dan langit tu takkan selalu cerah.. mesti ada mendung, guruh, kilat dan petir.. meskipun mentari kan menjelma jua... ewaaah! tere

tengah syiok syiok melayan kebanggaan kefemesan yang mendadak itu..

"wah! ini sudah lazat ni.. sape masak sambal udang ni maknya?"
"anak dara Ajo(panggilan mak untuk ayah) tu la.. saya paksa dia buat jugak, kalau tak sampai bila nak makan sambal air tangan saya.."
"haa.. dah boleh kawen la ni.. mana dia?"
"tu haaa... kat dalam bilik tu... tengah TIDO.."

keh keh keh keh keh keh keh... lari jauh jauh sebelum korang rasa nak lepuk Miss J! aduhhaiii.. mimpi rupanya... baruuuu la nak merasa jadi TOP kejap.. ni la akibatnya kalau tengah batak syiok berblogging.. sampai terbawak bawak dalam mimpi.. hehe, jangan maraaa ye... nanti cepat tuuuaaa.... ampon korang ampon... maaf banyak banyak... gurau je.. hehe.

tata~ :D

p/s : apa mau bikin ni.. mata sudah segar.. :(

1.43 a.m

usaha tangga kejayaan.. YIHHAAAA! ;)

Assalamu'alaikum w.b.t...

(senyum lebar lebar dulu baru menaip..).. done! hehe, walaupun tak mengikut plan asal, konon konon nak buat slide comel la tadi.. tapi Miss J puas hati sebab berjaya buat sendiri.. senang rupenye.. takde la susah.. sia sia je susah hati meroyan royan semalam kan? ;) 

thanks to Cik Niena Yang Baik Hati sebab bagi guideline kat Miss J.. thank you very very the muchie one sista! i really owe you this one.. and tak lupa jugak kat Encik Zuan sebab sudi bertanyakan khabar banner Miss J.. jugak teramat amat terima kasih kat my dear friend Dhia Suria sebab bagi tutorial kat Miss J.. tenkiu tenkiu tenkiu tenkiu.. :)

mengapakah saya punya gif tak boleh bukak tadi? kalau tak bole bagi tengok.. so.. ini la hasil kerja Miss J.. baru nak gedebak gedebuk la bak kata Cik Niena.. tapi takpe.. the next time I'm into this, mesti menjadi punya.. practice makes perfect kan? :)

homaigosh homaigosh! tutup muka laju laju dengan bantal.. malu.. hasil kerja tak lawooo... see for yourself guys.. tata for now.. thank you lagi sekali kat Cik Niena, Cik Dhia dan Encik Zuan.. and of course, Encik Noh sebab bagi Miss J ruang iklan for free ni.. thanks jugak sebab sudi bagi sumber rujukan ye.. ;)






1001 kisah susah hati : BANNER tu ape eh?

Assalamu'alaikum w.b.t...

YAHHOOOOO!! alhamdulillah... Miss J dapat iklan free daripada Mr. Noh.. pasal apa? klik klik la kat nama Mr. Noh tu.. patut la tergerak hati Miss J nak bangun tengah tengah malam tadi.. rupanya ada tuah yang menanti.. syukur syukur.. ;)


YESZAA... tak sangka menang pulak.. hehe, nak cakap thanks jugak kat Cik Niena sebab tag Miss J untuk contest ni.. tahniah jugak kat Cik Niena sebab menang.. alhamdulillah, rezeki blogger baru yang bernama Jannah ni kot.. thank YOU ALLAH.. ;)


TAPII... Miss J susah hati sikit.. banner tu apa? Miss J garu kippala.. tanya Cik Niena dengan Zuan kejap la.. so Miss J pon tinggalkan jejak kat Shout diorang.. crap Miss J.. pukul berapa sekarang ni?? for sure la diorang dah tido.. maka.. Miss J pon menGugelkan diri.. takkan nak harapkan pertolongan orang je kan? lemak sangat la kalau semua nak harapkan orang, ye tak?


jumpa memang jumpa.. COMEL sangat sangat! Miss J dengan selambanya generate banner tu.. tapi tang nak copy, tengok details... 738 x 98 px.. homaigosh homaigosh! Mr. Noh nak 310 x 100.. ini sudah terlebih! cancelled la angan angan Miss J.. :(


tak putus asa lagi ni.. layan Faceblog kejap.. mane tau terjumpa kan? usaha tangga kejayaan Jannah! agak agak kalau dah blurr sangat baru Miss J menebalkan muka bertanya kat sesapa sahaja... boleh kan? tapi... jumpa widget lain pulak kat Faceblog ni.. sabar Miss J.. anda ada misi yang perlu diselesaikan.. :)


well... guess I'll give another try la tomorrow.. err err~ sebab tadi ada katak masuk dalam rumah.. Miss J ni memang fobia dengan katak.. nampak katak je terus pening.. hehe, so... mau tido... ;)


thanks sangat sangat sebab sudi membaca entry mengarut daripada newbie yang tak tau apa apa ni.. jangan maraaaa... ;p

kisah satu rahim ibu,lima anak~ senyum, tak perlu kata apa apa~

Assalamu'alaikum w.b.t..

"kasihnya ibu... membawa ke syurga..".. sila sambung sebab Miss J tak hafal sangat liriknya.. ;) tersenyum senyum Miss J tengok tajuk entry ni.. ye la, dah kata suruh senyum, tak perlu kata apa apa kan? orait, Miss J takkan bercakap.. Miss J menaip je la.. okay kan? :) of course la my dear Miss J.. mana ada orang blogging guna suara.. lain la kalau buat Vlog.. ;)

satu rahim ibu... tapi lima anak? ape benda tu...? yeah, that's right.. my kucing yang comot momot named Mayau.. kenapa Mayau? tak kreatif betul nama.. yes, nama kucing Miss J kuno semacam, i know.. ramai dah family and kawan tegur.. tapi jawapan Miss J senang saje..

"Mayau ni kucing datang sebenarnya.. datang datang bawak perut.. dah sarat benar.. nak jalan pon dah tak mampu nak bawak badan.. so pakej la kan? you bela sekor, you dapat berekor ekor for free.. wink wink!"

Miss J tak tau Mayau ni baka apa, as she is more like kucing hutan.. bulu kembang, taring panjang.. tapi BURUK la pattern dia bak kata adik Miss J.. tapi it's okay.. Miss J memang dah lama nak kucing bulu comot momot ni.. so dengan rasa excitednya Miss J bela.. memang Miss J jaga dia ni betol betol.. oh yes, suara dia ni LEPER.. macam tak cukup makan je.. LEMAU.. haaaa... yang TU la yang buat Miss J MESTI MAU bela.. sebab mana ada kucing suara macam Mayau.. ;) 

first kelahiran yang Mayau bagi kat Miss J, 3 ekor.. comel comel semuanya.. tak macam mak dia.. haha, jahat kutuk kucing sendiri.. genap 3 bulan umur anak dia.. yang oyen DICURI, dan lagi 2 ekor tu mak buang sebab Miss J kerja jauh kat Seremban... so takde sape nak jaga.. end up dengan dihantar ke pasar.. sedih! second time she delivered, dua ekor.. sangat GORGEOUS! dapat lagi OYEN.. dan sekor tompok rompok.. sangat COMEL! tapi.. LESAP jugak lepas 3 bulan.. sabooor je la.. macam kena sumpahan 3 bulan je kan? haha.

and this time.. 5 lil kitties yang comel momel... dapat lagi 2 OYEN, 2 ITAM dan sekor goldy goldy one.. this time, I wont let them out. nanti lesap lagi.. and yes, Goldy is MINE.. tak nak bagi sape sape.. bluweekk.. urgh~ gedik je statement..

tak sabar rasanya nak tengok anak anak Mayau ni membesar.. sekarang ni, diorang dah mula bukak mata.. YIPPIII!! dah pandai berebut masa menyusu.. memang comel.. tapi yang tak tahannya.. pukul 4.30 pagi dah mengiau bising bising bawah katil Miss J.. terganggu tidur Sang Puteri ni tau? oh si comel momel sekalian... cepat cepat la besar.. boleh la Miss J berlari berkejaran dengan kau ekor.. ;)

jom layan gambar gambar produk Mayau :


- Mayau, Tyger & Kechik -

- second : oyen jr. & comel -

later on Miss J update gambar gambar sengal Mayau masa dia tengah bunting kali ketiga ni ye :)

Contest Komen Laju Laju Kat Blog Noh Hujan~

Assalamu'alaikum w.b.t..

tengah Miss J warming up untuk blogwalking laju laju tadi.. tibe tibe je ada blup! baru kat shoutbox Miss J.. oh, Cik Niena rupanya.. eh?? anda ditag di sini? yahhoooo!! beronok ronok! *sila muntah dengan kegedikan Miss J okay? ;p

wah!! MENARIK!! contest komen laju laju kat blog NOH HUJAN pulak! wahh!! artis ni! bluwekk.. tak minat pun kat Noh Hujan tu.. tapi.. sila klik di situ untuk melihat yang TERBAIK dari beliau okay? wink wink! haaa? betul tak tu NOH HUJAN? *penipu punya Miss J! saje je nak bikin GEMPAK.. hehehe, jangan la marah..

okay, now it's time to comment blog Mr. Noh Yang Tak Berapa Nak Hujan tu.. actually, Miss J baru je follow beliau.. so Miss J tak tau nak komen ape, dan tak tau nak komen banyak banyak.. tengok je la blog Miss J.. mine is NOTHING compared to his.. ni yang malu ni.. :) crap, mengarut lagi di situ.. okay, the very first thing yang Miss J tertarik kat blog dia ni is "anda datang, anda pergi, anda kembali".. Miss J suka sangat sangat dengan ayat tu.. why? sebab bagi Miss J, just a WILD guess je ni, dia seorang yang very confident in every single thing he does.. success comes from confidence, ni yang mak Miss J selalu pesan.. ;) and yes, Miss J nak datang berkali kali kat blog dia sebab ayat tu je.. suka suka suka suka suka suka sangat!

second thing yang Miss J akan buat bila Miss J baru follow is.. exploring the contents thoroughly.. sorry, Miss J ni annoying ke sebab terlalu banyak speaking? maaf maaf maaf maaf maaf.. memang habits dari dulu.. maaf kalau ada yang rasa Miss J ni berlagak bagus.. maaf sangat sangat.. dan yes, Miss J tengok entry dia semua best.. semua type yang Miss J suka layan.. dan yang paling menarik perhatian Miss J ialah entry Nasihat Terhadap Carutan Wanita Bertudung.. sebab it makes sense yang perempuan bertudung zaman sekarang ni memang WAJIB kembali pada adab menutup aurat.. and of course, Miss J agak tersentap kat situ.. ;) tapi one thing for sure, blogger yang kutuk minah bertudung tu agak cetek agamanya.. so jangan la marah dia ye.. ;)

haaa... that's all je la.. tak reti nak komen lebih lebih.. kita ni budak baru nak belajar.. oh lupa! syarat pertandingan kena tag lagi dua member.. let see.. kawan kawan Miss J yang gila contest ni ada dua orang.. ce korang try layan Ruang Iklan Free Untuk Semua ni wahai Cik Evalieyana Yang Kiut dan Cik.Pink Yang Comel.. wink wink! done with my assignment.. thank you for reading Encik Noh ;)

pagi yang indah~

Assalamu'alaikum w.b.t...

hehe, pagi pagi lagi dah update blog kan? semangat semangat semangat! walaupun dah kena hentam semalam, tapi Miss J masih di sini.. mengupdate entry laju laju.. I am A-okay, healed 100% bila nampak muka mak ayah pagi tadi.. so Miss J, doncha ever ever give up okay? last night was NOTHING at all.. keep blogging bebeh! ;)

yang penting... ALHAMDULILLAH, ALLAH masih memberikan nafas untuk Miss J hari ni.. dan tak lupa jugak, untuk para para sakura sekalian yang tengah baca entry ni.. wink wink! I can see your smile there.. nice one.. comel la kamu ni! so.. pagi ni tak boleh nak merepek.. Miss J nak ajak korang semua berzikir Asmaa'ul Husnaa.. jom sama sama? :D




tenang je kan? selamat beramal! mudahan hari ni lebih baik dari semalam ye semua.. dan semoga dipermudahkan segala urusan dengan izin ALLAH S.W.T.. :)

bila niat disalahertikan~

Assalamu'alaikum w.b.t..

ingat tak entry Makcik Blogger hina ISLAM yang Miss J postkan sebelum ni? hmm.. pertama sekali, Miss J nak mintak maaf sebab tajuk entry tu pon MELAMPAUI BATAS pada asalnya.. tapi Miss J dah tuka tajuknya, cuma link tu masih stick with the old one.. maaf maaf maaf maaf sangat sangat.. the next time I write, I'll make sure the title just fits nicely okay? :)

entry mengenai Makcik Whatsoever ni dah pun selamat disharekan lebih daripada 100 orang, dan diposkan oleh beberapa blogger yang lain.. macam MLM la.. mesti ada downline dia kan? dan pastinya entry pasal Makcik Whatsoever ni dah tersebar agak meluas.. dan hasilnya.. entry Miss J dikecam habis habisan oleh satu fan page A(bukan nama sebenar) yang berpengaruh besar di Facebook.. memang fan page tu tak menyatakan nama Miss J, tapi seingat Miss J, ada fan page B  yang sharekan entry Miss J kat wall fan page A ni.. nak tengok? ;)


- sumber dari fan page B -

- respons admin -


yes, Miss J akui kebernasan point admin ni.. tak baik menyebarkan perkara yang mengaibkan agama sendiri.. sebab boleh mengelirukan umat Islam yang lain.. tapi, kalau kita nak report, then yang mereport blogger itu hanyalah SEORANG sahaja, akan ada ke tindakan yang bakal diambil? bukan niat Miss J nak menggalakkan budaya memaki.. dekat fan page yang Miss J create pun Miss J dah ingatkan diorang untuk mereport blog tu SAHAJA, bukan memaki hamun blogger tu.. sebab? bagi Miss J cukup cukup la blogger tu saje yang BERDOSA.. jangan la kita pulak terjebak dengan dosa memaki.. lagipun, memaki hanya menjatuhkan lagi martabat ISLAM.. makin seronok la Makcik Whatsoever tu mengecam ISLAM kan?

tapi TOO BAD, admin ni tak follow up blog Miss J mungkin.. hanya dengan satu entry sahaja, beliau sudah jumping jumping like katak into the conclusion.. Miss J tak salahkan beliau sebab tak buat follow up.. ye la, orang tak glamour.. blogger baru.. siapa nak pandang kan? crap! Miss J dah ajak korang berprasangka buruk!! maaf maaf maaf maaf..

back to that post, admin ni dan beberapa orang fans mengatakan : report sudah la.. heboh heboh dapat apa? report la ramai ramai.. kan senang? dok sebar lagi kenapa? haaa.. lebih kurang begitu la respons mereka.. yes, report RAMAI RAMAI.. tapi.. kalau anda simpan sendiri isu ni, dan hanya anda SEORANG saje yang report, tak menjadi.. so this is why Miss J postkan entry tu.. Miss nak menyeru umat Islam yang ada bekerjasama mereport blogger tu.. Miss pon buat follow up kat entry Report Makcik Whatsoever tu laju laju untuk panduan orang ramai untuk mereport blogger tak bertauliah tu.. salah lagi ke? salah Miss J hanyala pada TAJUK lama entry Miss J tu saje.. maaf maaf maaf maaf maaf lagi sekali.. :(

- sumber fan page B -


SUBHANALLAH.. tergamam Miss J dibuatnya.. besarnya FITNAH ni Ya ALLAH.. Demi ALLAH Yang Menciptakan Miss J, Miss J tak terniat langsung pon nak naikkan trafik blog.. haduyai hati.. sabar je la.. tapi Miss J akui, bila Miss J sebarkan pasal blogger ni, maybe Miss J dah nasihatkan untuk tidak memaki hamun.. tapi.. kalau terjadi jugak insiden maki memaki ni.. sedikit sebanyak tempiasnya kena tepat kat Miss J.. kan? sebab Miss J yang mula sebarkan pasal Makcik Whatsoever ni..

tapi one thing for sure, yang Miss J belajar hari ni.. bukan senang nak jadi blogger.. dan lagi la susah kalau cuba membuka mata masyarakat, nak nak lagi dengan pengalaman yang sekecil zarah ni.. dan lebih susah lagi kalau menghadapi orang yang berprasangka kuat macam di atas ni.. bukan semua faham dengan apa yang kita lakukan.. maka, BERSABARLAH.. ;)

Sesungguhnya apabila manusia melihat orang zalim dan mereka tidak mencgahnya dari kezaliman, maka Allah akan menimpakan siksa atas mereka semua» (HR. Abu Daud, Tirmidzi, dan Nasa'i)

tegur la Miss J kalau Miss J terkasar bahasa.. Miss J budak baru belajar.. kalau salah tolong tunjukkan..

sesungguhnya KESEMPURNAAN itu datangnya dari ALLAH S.W.T Yang Maha Sempurna, dan KEKURANGAN itu berpunca dari kelemahan diri Miss J sendiri..

p/s : Miss J tinggalkan para para sakura dengan amar ma'ruf nahi mungkar ni.. :)

senyum senyum senyum senyum dan senyum lagi sampai lebam~

Assalamu'alaikum w.b.t...

phewww.... hari ni Miss J beronok ronok sangat dengan Segmen SYIOK gila bersama Abe Ben.. mana taknya.. macam macam versi yang Miss J dah bw tadi.. semua BEST! sangat sangat BEST! eee~ terover excited pulak kat situ.. hehe, tapi sumpah sangat seronok!

kebanyakan yang join, semua pilih Nur Kasih.. and for sure la banyak version of it kan? tapi honestly, version diorang semua lagi SYIOK dari Nur Kasih The Movie.. hehe, Miss J gelak sampai keluar air mata la depan skrin ni haa... sampai kucing Miss J yang tengah tido pun bangun.. siap sound Miss J tepat pulak tu!

"kau boleh senyap sikit tak, meowww... bising la kau ni, meowww.. anak anak aku nak tido pon takut, meoowwww... suara kau macam petir, meowwww..."

haaaa... kalau korang tak pecaya, bagus la.. sebab Miss J tipu saje.. hehe, jangan marah.. tapi betul, kucing Miss J mengiau ngiau.. asal Miss J gelak je, dia mengiau.. so faham faham je la.. dia suruh senyap.. urgh~~ tak sporting sungguh kucing Miss J ni..

yang buat Miss J gelak tak hengat dunia.. ialah watak yang digunakan.. ramai yang gunakan Ujang sebagai hero, tapi yang nakal la for sure.. hehe, tahniah diucapkan untuk Ujang.. anda HOT hari ni..

dag dig dug.. dag dig dug.. tak sabar nak tau keputusannya.. tak menang takpe.. yang penting, Miss J dapat raaaamai kawan blogger baru hari ni.. thanks semua.. sila tunjuk ajar kat Miss J yang baru nak melangkah kat blogging ni ye.. kalau salah, tolong tegur.. terima kasih lagi sekali Miss J ucapkan.. ;)

Segmen Drama Kreatif Miss J Bersama Ben Ashaari

Assalamu'alaikum w.b.t..


MEMPERSEMBAHKAN

a MUST watch film 2011


daripada Pengarah filem mynameismy,
Mr. Ben

dibintangi oleh :

Cik EmMa sebagai Lieyda

skrip dan jalan cerita

di satu hari yang panas terik, di Kuala Lumpur.. *pekena cendol pon layan jugak ni..

Lieyda         : err.. assalamu'alaikum sedara.. tumpang tanya.. macam mana nak pergi ke MTT ye?
Izzat Nazmi : MTT?? ape kebenda minah ni merepek ni?? naseb baik comel!
Lieyda         : iye la... tak pernah dengar ke?
Izzat Nazmi  : serius tak pernah.. apa tu? minah ni baru keluar tanjung rambutan ke hape?
Lieyda         : ish! MTT tu yang macam keretapi tu la.. tapi dia punya landasan kat atas kepala ni haa.. style macam budak bandar, tapi otak kampung!
Izzat Nazmi   : pfft!! tahan gelak wey... jangan gelak! sedari... itu bukan MTT.. itu LRT namanya.. sah! mesti budak kampung ni! ade ke LRT jadi MTT! tak patut tak patut.. haha.

maka dengan muka yang merah lagi padam, Lieyda pon memblahkan dirinya laju laju.. grr!! malunya Ya Allah!! jangan la aku jumpa mamat tu kat mana mana lagi!

Areliff          : sumpah lawak bhai!! dah tu, kau tak kejar minah tu ke wey?
Izzat Nazmi : mana sempat gila! laju woo dia jalan.. dah tak pandang kiri kanan langsung!! wakakaka
Areliff         : sumpah kampung gila minah tu! kalau aku jadi kau, aku bahan dia dow.. takde aku nak biar bahan BEST tu lepas.. wakaka..
Izzat Nazmi  : argh, tu kau. kalau aku, tak nak aku buat minah kampung tu jadi bini aku we! malu aku nanti.. 

( calling masuk, lagu Bruno Mars.. sumpah poyo gila mamat ni! bukan hebat sangat pon english education kau tu.. )

Izzat Nazmi : yes ma.. Im on ma way.. okay okay.. I got it ma.. see ya! pandang Areliff. okay bhai, aku gerak dulu.. mama aku ni haa.. entah apa dia nak..

di rumah... ENCIK BEDAK SEJUK a.k.a Han dan MAK DARA dah menayangkan muka seronok kat ruang tamu.. projek baik punyaaa...dengan peliknya Izzat Nazmi pon duduk la sebelah mamanya..


ENCIK BEDAK SEJUK a.k.a han : ingat lagi tak budak yang kau selalu kacau masa kecik kecik dulu?
Izzat Nazmi                                     : kenapa pa? ada apa ni ma?
MAK DARA                                  : cantik budaknya mama tengok.. mama ngan papa dah berkenan..
ENCIK BEDAK SEJUK a.k.a han : direct je la mamanye... papa nak kau kahwin dengan dia, kalau tak.. satu sen pon papa tak nak bagi kat kau..
MAK DARA                                   : isy papa ni.. kasar sangat.. tengok la budaknya dulu.. cantik.. mesti kau suka.. lagipun.. mama kesian kat dia.. parents dia baru je meninggal accident.. dia takde sape sape dah.. baik budaknya.. setuju la ye?
Izzat Nazmi                                      : up to you la mama, papa.. hmm.. mana gambarnya? *okay, agak tak logik kalau mamat ni teus setuju kan? haha.
MAK DARA                                    : tak payah gambar.. mama dah suruh dia pindah kat rumah ni.. baru pagi tadi dia sampai.. dia naik LRT katanya.. Lieyda.. mari sini sayang.. 

* nama dah cun.. mesti comel macam minah kampung tadi! erkk... apesal aku teringat minah tu pulak!

tap tap tap.. makin dekat bunyik tapak kaki, makin Izzat Nazmi berdebar.. ah! gelojoh ke, ape ke.. aku mesti toleh! nak tau ni! 1, 2, 3!! 

Izzat Nazmi  : awak???? homaigosh homaigosh!! baru tadi aku cakap tak nak kawen ngan orang kampung.. hamek kau!

Lieyda  : macam mana awak ada kat sini? auntie, dia ni la yang kite cerita tadi..

kalut la minah ni.. kepochi betul! tapi~~ kiut la muka kau bila kau malu! aduuuhhh! abang dah jatuh chenta sama kau.. mari la kita kawen sekarang!

MAK DARA : maknanya kamu berdua ni dah kenal la kan.. boleh la papanya.. kita langsungkan saje dua minggu dari sekarang.. mama pun tak sabar nak bermenantu ni haa.. kalau boleh, terus bagi mama cucu.. okay? tak menyabar nyabar emak dia nih! ingat kawen hari ni boleh dapat anak esok ke?

tuuudia! dengan GREENLIGHT dari MAK DARA dan ENCIK BEDAK SEJUK a.k.a Han, maka berlangsung la majlis perkahwinan mereka dengan GEMILANGnya..

*setahun kemudian*

Dr. Ben 10 : tahniah! isteri anda selamat melahirkan.. encik boleh azankan anak anak encik ye..
Izzat Nazmi : anak anak? maksud doktor?
Dr. Ben 10  : pfft! lemb jugak mamat ni.. isteri encik mengandungkan kembar.. sepasang.. lelaki dan perempuan.. hamek kau! kalau dah explain panjang lebar pon tak faham jugak, memang kronik kau ni!haha.
Izzat Nazmi : alhamdulillah.. boleh saya tengok isteri saya? dah sure sure la doktor bagi kan? nampok benor menipunye kalau doktor tak bagi tengok..

Izzat Nazmi : terima kasih sayang.. kenapa tak bagitahu abang yang sayang pregnant kembar? sepasang pulak tu!
Lieyda        : saje nak kasi surprise.. so lain kali abang takkan pandang rendah kat minah kampung.. minah bandar mana boleh bagi suami diorang kembar sepasang macam yang minah kampung ni bagi kat abang tau? hek eleh.. ni apa kena mengena pulak?? hahahaha..

okay.. tu saje.. thank you for reading :D

p/s : ni Nur Kasih versi REMIX.. jangan maraaaa... ;p


a tribute to you, ATOK & NENEK..

Assalamu'alaikum w.b.t..

lupakan sebentar kontroversi MURAHAN yang cuba dilakukan oleh Makcik Whatsoever tu.. semoga ALLAH S.W.T melindungi ISLAM dari segala fitnah dunia, sama ada kecil mahupun besar..

"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati" [Surah Al-Anbiya : 35] 

kematian.. datangnya tak terduga.. di mana saja, pada bila bila masa.. takkan tertangguh sesaat, dan takkan tercepat sesaat sekalipun.. sakitnya melebihi kesakitan kuku dicabut dari daging.. Ya ALLAH.. peritnya kematian.. sedangkan Rasulullah S.A.W yang maksum pun menitiskan air mata menghadapi sakaratulmaut, apatah lagi kita yang selemah lemah iman ni.. ngeri kan bila kita fikirkan hakikat sebuah kematian? tapi.. adakah kita dah bersedia untuk dijemput pulang? tepuk dada, tanya iman.. WALLAHU'ALAM..

sebenarnya hari ni Miss J tiba tiba teringatkan arwah atuk dan nenek Miss J.. kedua duanya meninggal pada tahun yang berlainan, hari yang berlainan.. tapi memberikan satu makna yang mendalam untuk Miss J.. KEHILANGAN.. yes, it was a BIG loss for losing them as grandparents.. sedih? tipuu la Miss J tak sedih.. sebab kedua duanya pergi pada saat saat yang sangat BERMAKNA untuk Miss J.. erm... boleh kan Miss J nak share dengan para para sakura sekalian? sekali sekala entry sedih, boleh? :)

April 2005 :

time ni ayah datang lawat Miss J kat hostel.. masa ni family Miss J tinggal kat Kuching, sedangkan kampung Miss J kat Batu 14, Puchong.. ayah bagitau, arwah nenek sakit.. tapi ayah tak nak bagitau sakit apa.. Miss J pun tak tanya lebih lebih, sebab time tu Miss J tengah merajuk dengan arwah nenek.. Miss J rasa arwah dah tak sayangkan Miss J sejak ada cicit baru, as I was so close to her since I was 5.. so Miss J buat tak peduli, walaupun dalam hati Miss J rasa nak sangat jumpa nenek.. kebetulan pulak masa ni, Miss J tengah EXCITED untuk Majlis Anugerah Cemerlang kat sekolah Miss J.. mana taknya.. Miss J antara student cemerlang untuk PMR, and Miss J dapat penganugerahan untuk subjek Pendidikan Agama Islam.. mungkin takdir ALLAH S.W.T.. 4 April, hari Isnin.. subuhnya Miss J demam panas, Miss J mimpi arwah nenek datang dalam mimpi Miss J.. serba putih, tersenyum kat Miss J.. tapi tak bercakap langsung.. Miss J panggil, tapi arwah terus menghilang.. Miss J terus call emak, tanya keadaan arwah.. tapi mak cakap, arwah baik baik saja.. so Miss J lega, Miss J terus ke raptai majlis yang akan berlangsung pada 9 April 2005.. dalam hati, tak putus putus Miss J mintak ALLAH sembuhkan arwah.. sebab Miss J nak balik, mintak maaf kat arwah.. 9 April, lepas habis je majlis penyampaian, family Miss J bawak Miss J keluar dari hostel untuk celebrate.. Miss J tak tunggu lama, Miss J tanya lagi pasal nenek.. tapi mak mengelat.. Miss J dah pelik.. kenapa ni?? so dalam kereta, Miss J paksa jugak mak bagitau..

"nenek dah meninggal subuh ISNIN hari tu.." ZAAAPPP!! terdiam terus Miss J.. sampai hati mak tipu!! airmata pon tak tunggu lama nak keluar.. Miss J tak peduli orang ramai pandang, memang Miss J terkilan sangat sangat.. patut la... patut la nenek datang dalam mimpi.. mungkin tu petanda arwah nak pergi.. mungkin tu pertemuan terakhir kami.. semuanya dengan izin ALLAH S.W.T.. thank you ALLAH.. sebab mengizinkan Miss J berjumpa dengan arwah nenek untuk kali yang terakhir, walaupun hanya dalam mimpi(senyum..).. semoga roh nenek tenang di samping orang yang beriman.. :)

penghujung Disember 2009 :

arwah atok memang dah lama sakit.. sebelum ni arwah pernah duduk dengan family Miss J kat Melaka sejak kami pindah semula ke Semenanjung.. arwah atok suka sangat duduk dengan kami.. mana taknya.. kami tinggal kat kampung kelahiran atok, Lubok China.. atok sangat sukakan suasana kampung.. tapi lepas tu atok duduk balik kat Puchong, cuma kadang kadang je atok balik ke rumah Miss J.. atok sakit kanser paru paru.. mungkin disebabkan merokok pada usianya yang agak tua.. perginya atok pun masa tarikh yang paling KERAMAT untuk Miss J.. dan juga selepas saat saat yang bermakna untuk Kak Ain dan Razlan Kristal.. atok teringin sangat nak tengok perkahwinan Kak Ain.. walaupun masa tu, atok dah tak mampu nak berjalan.. tapi atok masih mampu tersenyum tengok anak cucu berkumpul ramai ramai kat kampung.. tak lama lepas majlis, atok masuk hospital.. dan lagi sekali, kami semua berkampung kat Puchong.. bergilir gilir jaga atok.. dan ayah dah lakukan pengorbanan yang paling besar.. iaitu berulang alik dari Puchong ke tempat kerjanya kat Melaka.. setiap hari.. so Miss J dengan family yang lain, sama sama jaga atok.. siang dan malam.. tak berhenti henti temankan atok.. Miss J tak tau nak describe keadaan atok.. tapi yang pasti, Miss J tau, dan semua family Miss J tau yang masa atok dah dekat sangat sangat.. kami hanya mampu berserah dan tawakkal.. mendoakan jalan yang terbaik untuk atok.. andai ALLAH menigizinkan untuk sembuh, ringankan la penderitaan atok.. dan kalau pergi itu yang terbaik, kami relakan.. sebab masing masing tak sanggup tengok keadaan atok.. bernafas pon payah.. menitik air mata Miss J tengok kesakitan atok.. sampai la satu hari, ayah ajak kami semua balik Melaka.. memandangkan adik adik nak bersekolah, mak pun nak mula mengajar.. Miss J terpaksa ikut keputusan ayah, walaupun hati ni tak nak balik! masa tu Miss J memang tekad nak jaga atok, rasa macam tak nak berpisah langsung dengan atok.. tapi ayah paksakan jugak balik.. 4 Januari 2010.. sekali lagi, masa Subuh, dengan kuasa ALLAH S.W.T.. wajah atok datang dalam mimpi Miss J.. tapi tak lama.. cukup sekadar tersenyum, dan terus hilang.. terus Miss J terbangun..

"bangun bangun.. nak balik Puchong.. atok dah takde..".. lagi sekali Miss J termenung.. tapi Miss J senyum.. rasa puas hati.. mungkin sebab Miss J dah buat yang terbaik untuk arwah.. dan arwah datang mengucapkan selamat tinggal kat Miss J.. tapi sayang, atok pergi sehari selepas birthday Miss J.. Miss J ingat lagi, 3 Januari tu.. masa tu arwah atok dah mula semput sebelum Miss J balik Melaka.. makcik makcik Miss J sempat nyanyikan lagu birthday untuk Miss J.. tapi Miss J menangis.. macam ada suara berbisik kat telinga Miss J..

"perginya satu nyawa dengan kehadiran satu nyawa..".. mungkin itu satu petanda.. WALLAHU'ALAM.. mungkin ALLAH nak beri peringatan kat Miss J bahawa kematian tu berlaku bila bila masa, tak kira dalam masa gembira ataupun sedih.. ;)

 Al-Fatihah untuk atok.. Mohd. Ali.. dan nenek.. Che No binti Md. Jan.. semoga roh atok dan nenek berada di kalangan orang orang yang beriman... dan semoga atok dan nenek dipertemukan semula di akhirat, bersatu sebagai suami isteri di syurga abadi.. Amin.. :)



- nenek.. tahi lalat saya sama macam nenek.. -

jodoh : suka suka suka suka!

Assalamu'alaikum w.b.t..

"1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan."
haaa.. mesti semua orang ingat lagi dialog ni kan? Syurga Cinta, lakonan Awal Ashaari dengan Heliza yang comel sangat sangat tu! Miss J suka sangat cerita ni.. eceh, melayan jugak cerita jiwa jiwa rupanya Miss J ni.. well, normal la.. perempuan.. mesti la sukakan cerita yang sweet ending macam ni.. homaigosh, Miss J merepek lagi..
jodoh.. bercakap pasal jodoh, semua orang mesti berangan nak dapatkan jodoh yang baik, alim macam Imam Muda, jaga aurat.. dan segala macam kriteria yang menepati taste korang kan?  tapi.. macam mana nak kenal jodoh kita? ada terpampang cop mohor 'I'm YOURS' kat dahi diorang ke? ke diorang datang berlari lari mendapatkan kita macam kebanyakan cerita Hindustan yang sadis tu? hmm.. Miss J pon takde jawapannya.. so Miss J godek godek my Mr. Google yang kacak bergaya ni.. lalu...... Miss J terjumpa 3M.. apekah?? ZAAASS!!
a) Memahami.
   yes, EXACTLY! setiap pasangan mesti saling memahami antara satu sama lain.. penting untuk kita mengetahui apa yang disukai, dan apa yang tak disukai oleh pasangan kita.. tapi!! nak memahami bukan la dengan bertanya itu ini kat pasangan kita.. kalau dah banyak sangat potpetnya tu, itu bukan memahami, itu BANYAK BUNYIK namanya.. sehinggakan pasangan kita rasa tertekan pulak dengan kita.. FAHAMI dirinya dengan PEMERHATIAN anda.. perhatikan ekspresi wajahnya, tutur katanya, pandangan matanya dan body language dengan teliti.. ini kerana anggota tidak pandai menipu okay? kalau semuanya serba tak kena, ada something WRONG la tuu.. kadang kadang, PERGADUHAN boleh mencipta persefahaman.. makin KERAP anda bergaduh, makin anda memahami pasangan anda.. tapi OOPSS!! jangan la sampai pasal nak beli stoking kaler ape pon nak gaduh kan.. merepek sangat tu...(gelak sorang sorang)
b) Memaafkan.
    haa... ni lagi satu aspek penting.. kena rajin memaafkan cik bang akak oii.. tak boleh la you hurted me, i'll hurt you back.. jangan sesekali amalkan TIADA MAAF BAGIMU SENAH! wooo.. itu memang RACUN dalam sesuatu hubungan.. jangan BERDENDAM, terima dengan hati terbuka.. dan paling paling paling penting! buang EGO! yes, lelaki memang ego.. perempuan pulak keras kepala.. NO NO NO NO baby.. jangan macam tu.. ego tu PENJAHANAM sesuatu hubungan.. banyak kawan kawan Miss J yang EGO, tapi sekarang dah berubah.. kenapa? terlalu ego untuk memaafkan dan meminta maaf.. akibatnya, cerai barai sana sini.. so korang nak ke sad ending macam ni? ayuh! berubah la menjadi seorang yang BERHATI BESAR dengan memaafkan.. :)
c) Memotivasikan.
    COP!! apa kau ingat aku ni Dr. Fadzilah Kamsah ke Miss J oii.. apa da, motivasi apa ke benda la kau ni kan? hold it right there mista! Miss J tak suruh pun para para sakura yang Miss J sayang ni berlagak macam motivator yang hebak tu.. Miss J pun bukan terer sangat bab psikologi ni.. tapi kat sini, motivating your partner is absolutely important babes.. berikan sokongan padu untuk pasangan semasa diorang stres.. i mean, kata kata semangat okay? bukannya.. tu la bang.. limah dah pesan.. abang degil jugak! lain kali bila tengah limah cakap, dengar betul betul.. tengok ni, macam mana nak tukar tayar kereta guna tayar basikal ni?? CONTOH je eh.. ELAKKAN membebel.. gunakan ayat ayat yang lembut(korang tau la ayat bikin cair macam mana, Miss J tak reti..haha), baru la SEJUK hati pasangan korang.. hati yang panas pun rasa macam disimbah salji pulak.. chewwaaahh! ayat bunga! ;)
okay okay.. Miss J dah puas mengarut! so Miss J tinggalkan para para sakura yang indah lagi cantek menarek tertarek kau memang the BOMB ni dengan dua doa :

- bagi para para sakura yang masih mencari, termasuk Miss J -



- be strong! jodoh pasti ada di mana sahaja -
okay, that's all.. sebelum Miss J mula mengarut bukan bukan lagi.. i'll call it for a day.. nanti nanti story lagi okay? ;)

kesinambungan Makcik Whatsoever : respons~

Assalamu'alaikum w.b.t..

sudahkah anda report blog Makcik Whatsoever yang menghina agama ISLAM secara terang terangan itu di Wordpress Abuse? anda bole juga report kat Report SPAM Makcik Whatsoever kat Wordpress laju laju.. kalau belum, bertindak SEGERA! jangan biarkan penghina tersebut berleluasa menyalahgunakan kebebasan bersuara! sama sama la kita mempertahankan agama dengan segala kudrat yang kita ada.. semoga ALLAH memberkati usaha murni kita semua.. :)

TAHNIAH kepada yang bekerjasama.. terima kasih Miss J ucapkan.. tak sampai sejam Miss J postkan entry mengenai Makcik Whatsoever ni, salah satu fan page yang Miss J selalu intai dah pun menyebarkan blog Miss J yang tak seberapa ni.. thanks to admin Kami syg Admin Jack kerana pantas bertindak.. hasilnya, entry ni telah pun disebarkan secara meluasnya oleh lebih 100 orang.. terima kasih.. Miss J kagum dengan usaha kita semua.. ALHAMDULILLAH.. :)

tapi.. ada yang mengecewakan juga.. Miss J dapat tau something yang mengejutkan Miss J melalui fan page Kami syg Admin Jack jugak.. untuk pengetahuan para para sakura, admin fan page ni jugak telah mempostkan ke pages yang lain.. dan ini la hasilnya...



mungkin ada yang kurang jelas..

"apakah faedahnya jika disebarkan sesuatu yang mengaibkan agama sendiri?"

tu la respons dari admin fan page tersebut.. anda nilaikan.. Miss J tak terkata langsung.. semoga admin fan page ni sedar dengan kesilapan bicara beliau.. Amin.. 

untuk para para sakura sekalian.. maafkan Miss J kalau terkasar bahasa.. sekian :)

tolong report blog Makcik Whatsoever tu..

Assalamu'alaikum w.b.t...

tadi Miss J dah post pasal Makcik tu kan... so tadi ada kenalan Miss J bagi link untuk report blog Wordpress.. tolong ye semua.. sebarkan... pertahankan agama kita..


selamat beramal...

Makcik Blogger hina ISLAM~

Assalamu'alaikum w.b.t...

Miss J tak nak cakap banyak... sebab Miss J masih lagi terkejut, sedih, bengang, marah.. semua emosi bercampur aduk.. para para sakura tengok la sendiri ye..




dah nampak? okay, blogger yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik whatsoever ni(nak taip nama dia pon Miss J dah JIJIK) menggunakan Wordpress.. so Miss J tak tau nak report macam mana... anyone? kalau tau, tolong tinggalkan komen okay? sama sama la kita report Makcik yang tak bertauliah ni, semoga beliau tak aktif lagi.. ;)

untuk maklumat lanjut... korang boleh lawat Makcik Whatsoever yang nak ganti Ayah Pin ni kat blog dia.. banyak lagi hinaan terhadap agama Islam.. sedangkan para blogger sedang ENAK menjatuhkan antara satu sama lain(walaupun bukan semua), sedangkan Facebookers dari Malaysia sibuk bergaduh dengan hackers yang hacked page Linda Onn dan HOT FM baru baru ni.. see? artis diperjuangkan, agama diabaikan.. manusia akhir zaman.. WALLAHU'ALAM..

MULIA mengalahkan ALLAH?

Assalamu'alaikum w.b.t...

"kenapa aku tak cantik macam dia?"
"wah... comelnya dia.. mata cantik... muka bersih.."
"hensem giler bab* pulak mamat tu.. body pon tough! urghh~ apehal aku tak macam dia??"
"kenapa Allah ciptakan semua orang lain lain.. kenapa tak bagi semua orang lawa/hensem.. Tuhan tu tak adil!!"

DULU~ Miss J selalu mengeluh macam ni.. mana taknya.. seawal umur Miss J 5 tahun Miss J dah dihina.. sebab? Miss J ni sangat sangat la hitam legam dulu.. monyet, beruk, kopam, tuntung hangus, and whatsoever la gelaran yang Miss J dapat.. menangis? HARI HARI tau menangis? oh, cengengnya Miss J.. murah betol air mata Miss J dulu.. :)


"ALLAH itu cantik dan sukakan kecantikan.. bersyukurlah dengan apa yang ALLAH kurniakan.. kerana hanya ALLAH selayaknya mengadili nilai kecantikan kita.. pedulikan kata kata yang tajam seperti pedang, kerana manusia pasti menyembamkan wajahnya ke tanah dengan seperit perit kesakitan hanya disebabkan oleh LIDAHNYA.. bersabar, sesungguhnya ALLAH itu bersama kita.."


SEKARANG~ Miss J berpegang pada ayat keramat kat atas.. honestly, Miss J bersyukur dengan paras rupa Miss J.. walaupun tak cantik di mata manusia, gigi tak secantik Lisa Surihani as I am a Jongos, tak seputih Maya Karin, tak seanggun Dato' Siti Nurhaliza.. tapi one thing for sure, kesabaran dihina sepanjang lebih 10 tahun ni mematangkan Miss J.. yes, ALLAH is totally a very GOOD listener of mine.. HE never let me down, HE always by my side.. thank YOU ALLAH for creating an ugly duckling like me.. I am more tougher than before.. ;)


so untuk para para sakura yang selalu dihina, yang selalu merendah diri dengan fizikal anda.. pegang kata kata Miss J kat atas.. anda cantik, anda handsome just the way you are bak kata Bruno Mars.. be proud of yourself.. mungkin anda tak secun Selena Gomez, tak semacho Rain, tapi masih ada lagi keindahan/kelebihan pada diri anda semua.. perhatikan mata, kening, hidung.. mesti ada yang cemburu dengan mata anda yang bundar, kening yang semulajadi  terbentuk, hidung mancung terletak, dan sebagainya~ kan? pasti ada kelebihan di sebalik penciptaan anda.. dan yang penting, AKAL dan HATI kena bersih.. biar kita disayangi kerana AGAMA yang tinggi, bukan dikipas dengan pengampu yang bertopengkan syaitoonn...


p/s : ramai je kawan kawan Miss J yang tak hadsome/cun.. tapi peminat berlambak tak ingat dunia.. sebab?? akhlak diorang.. :)

maafkan saya, Abe Ben..

Assalamu'alaikum w.b.t..

oh, sadisnya.. dari hari tu Miss J try undi Abe Ben untuk Blogger Of the Year DiGi WWWoW Awards.. tapi manjang tak dapat.. internet ni boikot Miss J ke? bukan main loading lagi bila Miss J nak vote.. restart lappy, reboot modem, refresh, semua Miss J dah buat.. tapi still the same.. crap! memang tak berjodoh la nak vote Abe Ben.. takpe takpe.. Miss J akan berusaha dengan lebih GIGIH lagi! (senyum lebar, hati sakit tak dapat undi..)

"ape hal kau GEDIK sangat panggil dia Abe Ben? ape kau ni dah merenyam sangat ke kat dia?"

homaigosh homaigosh! kenapa puaka sangat soalan ni? tapi takpe.. Miss J sengih je.. pemikiran sempit punya olang, kata hati Miss J.. pantang perempuan panggil lelaki tu ABANG je dah kena cop GATAL, GEDIK, MERENYAM and whatsoever kan? 

kenapa Miss J panggil Abe? sebab suka hati Miss J la, mulut Miss J kan? takkan nak panggil Pakcik Ben pulak.. kurang hasam jugak di situ kan? hehe, emo? takde la.. gimik saje.. actually Miss J saje panggil dia Abe, walaupon dia orang Penang.. macam bermelodi pulak panggil dia Abe Ben.. tu je sebabnya.. takde niat pon nak menggatal dengan Abe Ben ni.. cukup sekadar mengagumi kefemesan beliau kat dunia blogging ni.. ;)

p/s : ini bukan entry bodek okay? tak hidup dek puji, tak mati dek keji, tahap mental mesti tinggi ;)

arezza~ salji turun kat rumah Miss J~

Assalamu'alaikum w.b.t..




DULU~ Miss J selalu berangan.. ah, dulu ke sekarang ke, Miss J tetap mantain kuat berangan.. kalau dulu kita ada angan angan Mat Jenin kan? so zaman moden moden ni kita ada angan angan Miss J la pulok.. crap, what the yang Miss J mengarut lebih ni.. haha, tak habes habes nak mengarot.. sambung balik~ dulu Miss J selalu berangan nak duduk kat overseas.. Miss J sangat sangat teringin nak sentuh salji.. nak buat Mr. Snowman yang comel lagi bulat macam picca provided by Inchek Googke ni.. teringin teringin teringin sangat nak main salji.. bila tengok kawan kawan dapat further kat oversea, seronoknya mereka berbaju sejuk.. pastu ada salji atas kepala dorang.. bestnye!! menyesal tak belajar rajin rajin dulu~ grr~~

tapi.. hari ni Miss J dah takde keinginan nak bersalji salju ni.. sebab tadi rumah Miss J dah dilanda salji.. fuuuuhhhh~~ SYIOK gila Miss J kata.. tak caye? mau tengok buktinya? ZAAASSS~




hahaha, ini la saljinya.. very very the muchie NICE kan..? mana datang Cik Salji yang melambak ni? kali ni ada kaitan dengan Sis Yana pulak.. kebetulan pulak, semalam bab PISANG RENTUNG ada kaitan dengan Hubby Sis Yana, and yet, arini disebabkan oleh this akak yang comel gila ni.. duuh, rojak pulak.. tapi halal je la kan? ;)


macam mana Sis Yana boleh terlibat dengan kancah salji ni? semuanya berpunca daripada blogwalking sambil mencuci baju.. dah jadi habit Miss J, Miss J akan rendamkan semua baju kotor dengan air sabun dulu, baru la Miss J masukkan dalam mesin basuh.. so Miss J letak sabun dalam besen merah tu... and here comes the waterfall(paip shower) guys.. so sementara menunggu besen tu nak penuh dengan air, Miss J layan blogwalking.. nampak pulak Sis Yana dah update.. Miss J tak tunggu lama.. terus terjah je la.. layan layan cuppycake's song, KIUT u know? pastu dengan kunonya Miss J mengexplore semua entry beliau.. ye la.. baru follow hari ni kan.. mesti la kuno.. ;p


dalam 15 minit jugak la Miss J ralat dengan blog.. tiba tiba.. TING TING TING! Miss J melompat teros dari katil.. ala ala Jackie Chan gittuu.. laju je Miss J lari pegi toilet.. NAHHH!! saksikan la kau wahai Miss J.. penuh lantai dengan buih sabun.. homaigosh homaigosh! hapuskan bukti! nanti mak nampak, mesti kena TARIK TELINGA punya la.. terus Miss J tutup pintu toilet.. siram air sana sini... crap! tolong la jangan datang sekarang mak.. tak putus putus Miss J berdoa..


"ape kau buat dalam toilet tu lama lama?ape yang kau sorok kali ni?"


DUUH!! doa tak makbul.. haha, Miss J buat seenyap je dalam toilet.. homaigosh homaigosh! jangan la mak nak guna toilet pulak~ 


"mak nak pegi pasar ni~ basuh baju cepat cepat.. jangan dok berangan je dalam toilet tu."


LEGA~~ kalau tak.. memang kena la.. haha, lain kali blogwalking time tengah free la Miss J wey.. time time masak la, basuh baju la kau nak blogwalking.. memang apeeee pon tak boleh la kan? ;)