My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

jodoh : suka suka suka suka!

Assalamu'alaikum w.b.t..

"1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan."
haaa.. mesti semua orang ingat lagi dialog ni kan? Syurga Cinta, lakonan Awal Ashaari dengan Heliza yang comel sangat sangat tu! Miss J suka sangat cerita ni.. eceh, melayan jugak cerita jiwa jiwa rupanya Miss J ni.. well, normal la.. perempuan.. mesti la sukakan cerita yang sweet ending macam ni.. homaigosh, Miss J merepek lagi..
jodoh.. bercakap pasal jodoh, semua orang mesti berangan nak dapatkan jodoh yang baik, alim macam Imam Muda, jaga aurat.. dan segala macam kriteria yang menepati taste korang kan?  tapi.. macam mana nak kenal jodoh kita? ada terpampang cop mohor 'I'm YOURS' kat dahi diorang ke? ke diorang datang berlari lari mendapatkan kita macam kebanyakan cerita Hindustan yang sadis tu? hmm.. Miss J pon takde jawapannya.. so Miss J godek godek my Mr. Google yang kacak bergaya ni.. lalu...... Miss J terjumpa 3M.. apekah?? ZAAASS!!
a) Memahami.
   yes, EXACTLY! setiap pasangan mesti saling memahami antara satu sama lain.. penting untuk kita mengetahui apa yang disukai, dan apa yang tak disukai oleh pasangan kita.. tapi!! nak memahami bukan la dengan bertanya itu ini kat pasangan kita.. kalau dah banyak sangat potpetnya tu, itu bukan memahami, itu BANYAK BUNYIK namanya.. sehinggakan pasangan kita rasa tertekan pulak dengan kita.. FAHAMI dirinya dengan PEMERHATIAN anda.. perhatikan ekspresi wajahnya, tutur katanya, pandangan matanya dan body language dengan teliti.. ini kerana anggota tidak pandai menipu okay? kalau semuanya serba tak kena, ada something WRONG la tuu.. kadang kadang, PERGADUHAN boleh mencipta persefahaman.. makin KERAP anda bergaduh, makin anda memahami pasangan anda.. tapi OOPSS!! jangan la sampai pasal nak beli stoking kaler ape pon nak gaduh kan.. merepek sangat tu...(gelak sorang sorang)
b) Memaafkan.
    haa... ni lagi satu aspek penting.. kena rajin memaafkan cik bang akak oii.. tak boleh la you hurted me, i'll hurt you back.. jangan sesekali amalkan TIADA MAAF BAGIMU SENAH! wooo.. itu memang RACUN dalam sesuatu hubungan.. jangan BERDENDAM, terima dengan hati terbuka.. dan paling paling paling penting! buang EGO! yes, lelaki memang ego.. perempuan pulak keras kepala.. NO NO NO NO baby.. jangan macam tu.. ego tu PENJAHANAM sesuatu hubungan.. banyak kawan kawan Miss J yang EGO, tapi sekarang dah berubah.. kenapa? terlalu ego untuk memaafkan dan meminta maaf.. akibatnya, cerai barai sana sini.. so korang nak ke sad ending macam ni? ayuh! berubah la menjadi seorang yang BERHATI BESAR dengan memaafkan.. :)
c) Memotivasikan.
    COP!! apa kau ingat aku ni Dr. Fadzilah Kamsah ke Miss J oii.. apa da, motivasi apa ke benda la kau ni kan? hold it right there mista! Miss J tak suruh pun para para sakura yang Miss J sayang ni berlagak macam motivator yang hebak tu.. Miss J pun bukan terer sangat bab psikologi ni.. tapi kat sini, motivating your partner is absolutely important babes.. berikan sokongan padu untuk pasangan semasa diorang stres.. i mean, kata kata semangat okay? bukannya.. tu la bang.. limah dah pesan.. abang degil jugak! lain kali bila tengah limah cakap, dengar betul betul.. tengok ni, macam mana nak tukar tayar kereta guna tayar basikal ni?? CONTOH je eh.. ELAKKAN membebel.. gunakan ayat ayat yang lembut(korang tau la ayat bikin cair macam mana, Miss J tak reti..haha), baru la SEJUK hati pasangan korang.. hati yang panas pun rasa macam disimbah salji pulak.. chewwaaahh! ayat bunga! ;)
okay okay.. Miss J dah puas mengarut! so Miss J tinggalkan para para sakura yang indah lagi cantek menarek tertarek kau memang the BOMB ni dengan dua doa :

- bagi para para sakura yang masih mencari, termasuk Miss J -



- be strong! jodoh pasti ada di mana sahaja -
okay, that's all.. sebelum Miss J mula mengarut bukan bukan lagi.. i'll call it for a day.. nanti nanti story lagi okay? ;)

No comments: