My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

boleh TOLONG RESPECT privasi orang tak??

Assalamualaikum....

4.36 a.m : aku tak boleh tido.. knape? bukan sebab merindu, bukan sebab dah tido petang ke ape ke.. dan macam macam alasan yang sewaktu dengannya.. sorry, alasan tu semua dah tak boleh pakai sebab i'm trying to be a new me.. takde tido petang(walaupon tak selalu buat), takde nak merindu macam orang sawan ba'tuuuuuuuuut'.. enough, semua tu takde.. dah dah lah jannah.. hentikan sume karut ni.. just direct to the point okay? :)

entry kali ni ditaip dengan penuh emosi MARAH ye.. tengok entry dah tau dah kan? PRIVASI.. sape yang tak nak privasi tu memang GILA la bagi aku.. hey, HALLOOOO!! orang gila pon tau nak spend time untuk diri dia sendiri okay? apatah lagi aku yang NORMAL ni.. dan orang orang NORMAL yang lain..

ada ke call aku tengah tengah malam?? yes, i DO admit that i am kinda BURUNG HANTU.. mane taknye, malam berjaga.. paling awal time tido pon pukul 3 a.m.. TAPIIII... tu tak bermakna aku langsung tak reti reti nak tido awal kan? ade gak masa aku nak tido awal, nak dapatkan KUALITI tido yang TERBAIK! dipendekkan cerita, 7.30 p.m tadi aku dah tido(after performing my Maghrib for sure la kan?oh sorry, tak perlu nak mention sangat jannah..tu riak namenye..).. aku sangat sangat la PENAT sepanjang seminggu dengan aktiviti kesurirumahan yang TERAMATLA menggilak! so ape salahnya aku nak tido awal? family aku pon faham kepenatan aku.. thanks guys, you're absolutely the BEST! alhamdulillah, syukur aku dikurniakan family yang sangat sangat memahami(menyempat lagi walaupon tengah marah..)

siapakah gerangannya yang telah menaikkan kemarahan aku pagi pagi buta ni?? an UNEXPECTED CALLER!! pukul 12.30 a.m tadi.. kalau URGENT takpe la.. aku takkan marah.. TAPIII.. nampak saje nama caller tu kat skrin... okay, i know.. REMEH!! so aku putuskan, aku tak nak jawab.. settled kan?? TAPIIII.. kenape aku marah, sedangkan aku tak jawab pon phone call tu?? sebab orang ni TAK PAHAM BAHASA! okay, kalau korang call orang malam malam, yet orang tu tak jawab phone.. paham paham sendiri la orang tu dah tido ke hape ke kan?? TAPIIIIII lagi sekali!! this guy tak paham agaknya.. BERDERING DERING handphone aku yang murah tapi VIBRATION and SOUND dia tak berhengat ni!! aku SILENT, bunyik jugaaak... Ya ALLAH.. Kau ampunkanlah aku dan segala carut marut aku ni... aku memang takde kompromi untuk callers hampeh macam ni.. dah rasa nak campak campak je handphone ni kat muka dia tau tak?? PANAS di hati ni, Tuhan je la Yang Maha Mengetahui! dah la aku ni banyak keje nak settle down weekend ni.. apa kau ingat PENGANGGUR macam aku ni takde LIFE ke, duduk rumah besarkan bontot, nak menempel depan laptop manjang.. dah kalau macam tu la hidup GOYANG KAKINYE wey.. memang TAK la rumah aku nak berkemas dengan AUTOMATIKNYE kan??? takde dapur aku nak masak untuk family aku.. takde la mesin basuh tu nak buat laundry untuk family aku.. takde la penyapu tu nak menyapu dengan sendirinya kan??? 

AGHHHHHHHHHHH!!!!! aku rase macam nak menyumpah kau habes habesan tau tak?? TAPIII.. tak COOL la aku maki belakang belakang kan? ooops, ni bukan maki, ni INTRO je. sikit masa lagi kau akan kena.

tolong la.. aku tak marah kalau nak call tengah tengah malam.. TAPIIIII.. biar la kena dengan KEPENTINGANNYA... telinga aku ni nak dengar banyak benda lagi dari nak mendengar perkara yang SEKECIK ZARAH tu.. mintak maaf awal awal kat mana mana pihak yang terasa.. ESPECIALLY, kawan kawan aku yang follow aku, and yang ada phone number aku.. bukan korang yang aku maksudkan.. macam biasa la.. blog aku ni jadi tempat luahan rasa and curahan idea kan.. dont worry, bukan korang sebab korang tak pernah lagi buat macam ORANG ni.. ;)

aduuuuhhh!!! sekarang ni aku yang MEROYAN nak tido! thanks banyak banyak kat orang tu.. kat mana awak belajar teknik teknik menjadi seorang yang sangat sangat sangat sangat ANNOYING ni eh? nak gak menuntut kat situ.. and then saya pulak yang jadi orang TAK BERTAMADUN, and call awak tengah tengah awak mengangkang tido.. lepas tu kite tengok, awak BENGANG ke tak.. kalau takde rase ape, tu petanda awak BANGANG.. sorry to say, memang aku tengah BENGKEK gile kat kau sekarang. boleh ke aku nak BLOCK nombor kau? haish! mendidih darah aku ni sampai kat otak kau tau?? tunggu kau. LAGI SEKALI kau buat, memang aku TEMBAK kau!

pengsan la aku nak wat duty harian sok.. HAIYAKKK!!!!!!!!

||_+_jgn mengeluh sayang_+_||

assalamualaikum kawan kawan... it's almost a week since the last post heh? ramai yang suruh aku update blog.. tapii... sorry sayang sayangkuhh.. aku sangat sangat tak berdaya nak update laju laju.. sebab?? malu la pulak nak cakap kan.. hehe, tengok la gambar ni.. korang akan faham kenapa.. ;p




- tadaaaaaaa -

gusi membengkak.. normally, orang paling tak tahan dengan sakit gigi.. sepanjang minggu ni, aku asyik menahaaaaann je.. 4 hari aku bertahan tanpa ubat, which is aku rase bangga la kan? padahaaal.. aku ni tak suka ubat! pahit! iyakss!! soo?? ape kene mengena gigi ko dengan tak bole uprdate blog??? ini soalan pedas yang aku dapat daripada -----> ...Cik Kemboja Bercerita... <----- di laman FB.. haha, sabaaar je laaaa... ok ok.. sila lawat blog die kalau anda free ok? :D

sambung balik tadi.. tapii.. masuk hari ke-5 ahkak dah tak sabar.. meleleh airmata ni carik ubat.. tak boleh nak bangun.. dalam hati tu meriiiintih je.. kenapa?? kenapa?? kenapa?? sakiiiiittt!!! ayaaahh... emaaaak.... tak suke sakit gigi!! haaa... meraung hati aku.. pegi klinik?? later on aku cerita.. sebab aku terjumpa satu artikel ni, which it is very very the sentap one bagi orang yang kuat mengeluh macam aku ni.. aku tak sempat nak edit untuk dijadikan hasil penulisan aku sendiri (ehh??? sejak bile pulak aku rajin nak tiru penulisan matang blogger lain ni?? TEEEETTTT di situ..nanti tu pon aku akan update ok?).. 


AL-QURAN MENJAWAB KELUHAN MANUSIA

Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji?

Al-Quran Menjawab :
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Lihat Surah Al-Ankabuut : 2).
“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”. (Lihat Surah Al-Ankabuut : 3)
Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji sahaja dengan perkara-perkara yang baik?

Al-Quran Menjawab :
“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 216)
Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Al-Quran Menjawab :
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……….” (Lihat Surah Al-Baqarah : 286)
Manusia Bertanya : Bolehkah aku kecewa?

Al-Quran Menjawab :
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. (Lihat Surah Ali Imraan : 139)
Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?

Al-Quran Menjawab :
“…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Lihat Surah Yusuf : 87)
Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Al-Quran Menjawab :
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”. (Lihat Surah Ali Imraan : 200)
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 45)
Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?

Al-Quran Menjawab :
“….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal…….” (Lihat Surah At-Taubah : 129)
Manusia Bertanya : Apa yang ku dapat dari semua ujian ini?

Al-Quran Menjawab :
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……….” (Lihat Surah At-Taubah : 111)
Wallahualam.

so kawan kawan... jangan mengeluh ye.. siapalah kite untuk mengeluh sedangkan Allah itu lebih mengetahui ape yang TERBAIK untuk kite.. :)

||_+_oh ayah_+_||

salam... ;) pagi pagi jumpe artikel ni kat ----->iluvislam lagi<-----.. same same la kite bace eh.. sedis sedis sedis la bak kate Cik.Pink yg lovely ni.. :)

- DIARI SEORANG AYAH -
26 Januari 1992.
Hari ini, menjadi titik indah buatku. Hadirnya cahaya mata ini mengutuhkan lagi hubungan kami sebagai sepasang suami isteri. Telah lama ku tunggu saat ini menjadi kenyataan, terima kasih tuhan, aku teramat mensyukuri nikmatmu. akan ku sujud syukur sebagai tanda syukur padaMu, yang telah mengabuli doa kami. terima kasih Tuhan, akan ku jaga sang anak ini, dengan sepenuh kasih cinta. Akan ku lengkapkannya dengan agamaMu, agar cintanya hanya kepada agama, agar menjadi muslimah sejati.
26 Januari 1995.
Happy birthday sayang! semoga kamu membesar dengan penuh rasa cinta, ibumu senantiasa tersenyum melihat telatahmu yang baru belajar berdiri. Ternyata kamu sangat pintar dan cepat belajar, alhamdulillah... Semoga kamu menjadi pesona ibu dan ayah.
Januari 1998.
Hari ini merupakan hari pertama kamu melangkahkan kaki ke alam persekolahan. Ayah menghantarmu sehingga ke kelas. Kamu menangis di kelas, meminta ayah tunggu. Sayang, janganlah bimbang, di sini  kamu akan memperoleh ramai rakan dan menimba ilmu dari guru. Ayah yakin kamu akan gembira di sini.
Januari 1999.
Pertama kali melangkahkan kaki ke sekolah rendah, ayah sudah merapikan bajumu, tudung dan perkakasan sekolah, sedang ibumu sedari pagi sibuk menyiapkan sarapan dan juga bekalan. Sebentar lagi ayah akan mengejutkan kamu dari tidur biarlah ayah menatap wajah cahaya mata kesayangan ayah ini dahulu, untuk beberapa saat. Sangat comel anak ayah semasa tidur.
November 2003.
Hari ini, kamu pulang dengan senyuman, di tangan kananmu tergenggam erat sekeping slip, dengan mata yang berkaca, kamu berlari lari lalu memeluk erat ibu,dan mencium tangan ayah. Perasaan sebak timbul di hati.sambil mengucapkan ''terima kasih ayah, ibu adik berjanji akan belajar dengan bersungguh sungguh lagi,". Tahniah anakku, tidak sia-sia usaha kamu selama ini. Slip peperiksaan yang tertera huruf A berdarab lima menjadi bukti kesungguhanmu menimba ilmu, teruskan usahamu wahai anak.
Januari 2004.
Alam persekolahan sememangnya indah dan mencabar, sekolah menengah adalah perjalanan seterusnya untukmu berjaya. Teruskanlah perjuanganmu. Ayah bangga mempunyai anak sepertimu, menjagamu, melihatmu tersenyum riang, melihatmu dewasa, menjadi sesuatu yang takkan pernah ayah menyesal..:)
27 Januari 2007.
Hari ini, hati ayah sedikit runsing. Ayah terjumpa surat-surat cinta dari dalam beg sekolahmu, dan sms di telefon bimbitmu memberitahu ayah, bahawa anak ayah sudah pandai bermain cinta. Sememangnya cinta adalah pemberian Tuhan. Tetapi ketahuillah anak, usiamu belum mengizinkanmu untuk ini. Ayah meletakkannya kembali, demi tuhan, ayah sangat risau. Ayah akan cuba sebaik mungkin untuk meluahkan kepadamu, sedewasa mungkin. Ayah tahu kamu kini seorang remaja, ingin dilayan seperti seorang dewasa, ayah faham.
11 p.m.
Ayah terkejut dengan perlakuanmu. Ayah cuba untuk menerangkan kepadamu hal yang sebenar, bukan perasaanmu itu dilarang, namun waktu saja belum tepat untuk merasakan semua, tetapi kamu meninggikan suara, bila ayah menasihatimu, kamu menengking ibumu. Ibumu sedari tadi menangis, lalu tertidur dalam tangisannya. Anakku, ayah sedikit kecewa dengan sikapmu, ketahuilah, kami yang menjaga makan minummu sedari kecil, kamilah yang menyayangimu sepenuh hati, bukan dia.
28 Januari 2009.
Sekali lagi air mata ibumu tumpah dengan sikapmu. Pagi tadi ibu membersihkan bilikmu, agar nampak kemas, sedang ibumu menyapu,i bu terjumpa sebuah beg berwarna ungu. Ibu membuka zip beg tersebut kerana merasa curiga., langkah terkejutnya ibumu, pakaian-pakaian di dalam beg tersebut bukanlah hasil pembelian ibu mahupun ayah. Skirt pendek dengan warna yang pelbagai, baju tanpa lengan, seluar jeans ketat, dan alat kontrasepsi! UNTUK APAKAH ITU WAHAI ANAK! dan tanpa rasa bersalah pula kau mengakui pakaian itu hak mutlak kamu. Bukankah ayah memberikanmu didikan agama yang sempurna?
Lalu siapakah yang mengaji di hadapan ayah dari muqaddam sehingga khatam al quran? Siapakah yang menjadi ma\mum ayah selepas ibu? Siapa pula yang ayah hantar ke sekolah agama setiap petang? Siapa duhai anak? Siapa? Ibumu pengsan selepas solat maghrib tadi. Sedang engkau hilang entah ke mana, curi keluar, tanpa kami sedari.
26 Februari 2010.
Ibarat dipanah petir hati ayah dan ibu apabila mendengar pengakuanmu, "ayah,ibu...adik hamil" ya Allah, apalah dosa-dosaku ya Allah?!. Beratnya beban yang kau beri. Gelap pandangan ayah mendengarkan itu, ibumu? menangis, meraung, memikirkan cahaya matanya yang sudah jauh dari agama. Kurangkah didikan kami?. Kurangkah belaian kasih sayang kami?. Setelah kami tatang kau ibarat minyak yang penuh, lalu apakah jenis timbalan yang kau beri duhai anak?. Di manakah janjimu dahulu wahai sayang?. Janjimu yang akan belajar bersungguh-sungguh?. Sedang rakan-rakanmu pulang dengan membawa senyuman sambil menggenggam slip peperiksaan dan kau pulang membawa keputusan hamil dari hospital?. Adakah ini cara kau membalas jasa ayah dan ibumu?. Apakah ini wahai anakku. Kau melukakan hati ibu, mengguris hati ayah!. Terbayang di fikiran saat kau dijamah buaya laknat tersebut, cukup membuat hati ayah remuk, hancur, berkecai!.
Apakah kau terlupakan agamamu?. Andai kau tidak cintakan ayah dan ibumu lagi, cintailah agamu duhai anak. Kamu punya tuhan. Tuhan yang maha melihat setiap gerak gerimu! terlupakah kau pada zat yang satu itu? lalu apakah yang akan ayah dan ibu jawab, saat diasak pertanyaan dari sang Tuhan, tentang kegagalan kami mendidikmu?. Tentang kealpaan kami dalam mendidikmu?.
Tahukah kamu wahai anak, perbuatanmu bakal menghantar ibu serta ayahmu ke neraka?. Kau campakkan kami ke dalam lubang yang tersedia panasnya sejak penciptaan bumi, dengan menggunakan tangan-tanganmu sendiri!. Kau relakan jasad ibu dan ayah kau dibantai oleh Malik, si penjaga neraka. Kau biarkan kami meraung-raung dijilat api, dan kau hanya melihat kami disengat binatang-binatang bisa!. Sampainya hatimu. kenapa tidak, engkau ambil sahaja pisau, tusuk ayahmu ini, tuangkanlah racun, beri sahaja ibumu minum! lebih rela kami dibunuh, dari menelan pahitnya kenyataan.
Dan hari-hari yang kami lalui selepas itu, tidak seindah saat mengazankanmu di telinga kanan,dan iqamah di telinga kiri..
Anak menangis, meraung-raung menyesali diri yang kotor dan hina, menyesali diri yang tidak pernah mengenal erti syukur, dikurnai ayah yang sempurna. Namun, tangisan tiada lagi berguna, kerana sang ayah bakal tidur lena. Anak hanya mampu menatap wajah ayahnya yang pucat, untuk kali terakhir, sebelum kembali dikambus tanah...
Peringatan buat aku dan semua, sayangilah ibu dan ayah dan jangan pilih jalan hitam!.
"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan):
"Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala, ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka kedalam surga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara bapak -bapak mereka, dan istri-istri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan?) kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar." (QS.Ghaafir: 7-9).

||_+_7 jenis cinta_+_||

lagi skali.. assalamualaikum.. ;) memang tahniah sangat kat page ni kat FB.. sebab? sebab banyak sangat artikel yang bermanfaat untuk remaja zaman sekarang.. tak puas hati ni nak bace.. dah habis satu, nak lagi satu.. i am soo into ----->this page<-----.. semoga korang pon merajinkan diri untuk ke page ni okay? info yang sangat best :) nak nak lagi untuk korang yang sedang bercinta.. termasok la aku ;p





1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO, pandai2la bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar.. first love never dies.. yang pertama belum tentu yg terbaik.. tetapi yang terakhir biasanya yg terbaik..

2. CINTA PEMBIMBING
Hmm.. yg ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan drp kita ingin mendapatkan pasangan yg blh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yg juga blh menjadi guru seorang yang boleh kita jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat diri kita.

3. CINTA MENGGODA
Seseorang yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.

4. CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status social yg terlalu jauh kadangkala blh membuat salah satu pihak merana bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat mcm kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dgn Sabariah anak Nyonya Mansor tu la.

5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yg dah terikat atau sebaliknya ada wanita yg gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini,telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg cukup sukar ditepis

6. CINTA SI PENYELAMAT
Ini kisah cinta apb kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya..so, berikanlah cinta yg tulus kpdnya..Think positive!

7. CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja org masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita utk mendapatkan cinta yg kita inginkan.

Apa yg pasti cinta yg Agung itulah yg kekal abadi dan kasih manusia sering bermusim . sayang manusia tiada abadi Kasih Tuhan tiada bertepi..sayang Tuhan janjiNya pasti..

||_+_bijak memilih pasangan_+_||

Salam... haaaa.. kan indah kalau bagi salam tu.. kan jannah kan? okay.. lagi sekali aku memenuhkan updates korang, i am sooo sorry guys.. tolong la mengerti.. aku sebenarnye tak dapat tido ni.. sambil mata aku meliar kat FB.. ada pulak aku ternampak artikel ni.. sungguh, perwatakan yang sekasar batu pon pasti bole jadi selembut kapas bile bace artikel islamik macam ni.. haha, tak payah tanye siape gerangannye sebab aku dengan rasa rendah dirinya mengaku.. aku sedang mengata diri aku sendiri.. okay, we shall waste no seconds.. khas untuk korang.. aku tau.. korang suke artikel cinta macam ni.. sebab korang sedang hangat bercinta.. :) kredit to -----...I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW...----- ;)



Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan Ya atau Tidak?

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?

(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan Ya sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab Ya kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan Ya itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian.

||_+_kau saja_+_||

orang cakap.. masa muda ni darahnya cepat panas.. iye ke?? tak jugak.. sebab most of people i have met before pon muda muda jugak.. lagi muda dari aku ni.. tapi chill je? rasenye fakta tu x bole pakai la.. sebab usia bukan faktor pendarahan yang melampau sampai mendidih didih kat kepala.. it is our MATURITY.. :)


matured? ape yang kau tau pasal matured ni haa budak kecik? okay okay.. tak payah bukak kamus.. kematangan tu kesempurnaan pemikiran yg diiringi dengan emosi yang stabil.. see? akal dan hati bekerjasama mematangkan kite.. tapiii.. dengan bantuan another component which is.. pengalaman.. ini bukan la definisi sebenar daripada mana mana kamus.. ini definisi aku sendiri.. bukan la aku ni orang yang pakar dalam berbahasa.. tapii.. aku jenis yang suke mentakrifkan sesuatu dengan gaya pemahaman aku sendiri.. akal, hati dan pengalaman perlu seiring dan sejalan la bak kate broery marantika n sharifah aini.. ;p tapiii lagii.. ketiga tiga aspek ni takkan menjadi tanpa agama.. sebab ketiga tiga aspek ni sumenye berpandukan pada satu teras yang utama.. iaitu ISLAM..


hmm.. knape aku ni macam berlagak matured eh? mesti korang pelik kan? tak la.. aku tak matured pon.. aku ni pon gile gile gak.. agak emo gak.. panas baran jugak.. tapiii.. kena pada tempat ngan cara la.. takde la kalau orang bagi pendapat dorang pon aku nak melenting tak tentu pasal.. kalau melenting depan depan aku bole redhaaaa je la.. tapii.. tak sedap la belakang belakang ni kan.. nak pulak orang yang aku tak kenal.. lagiii la aku tak kesah kau nak menyalak ape kat belakang tu ha.. bukan aku yang bagi makan kat kau.. eh, maaf.. bahase terkasar.. tapii.. ni la aku.. bahase aku memang cantek sikit.. tapii.. depends on the needs :)


sayang... kalau tak puas hati tu tolong la cakap depan depan.. kalau malu nak cakap pon, inbox la i.. dalam inbox nak maki maki i pon i tak kesah.. sebab i nak kene kaji dulu kenape u ni menyalak macam hanjeng kene sawan.. kalau u terpijak duri kat rumah i, well yes, please maki i.. tapii.. rumah i ni takde bunga yang berduri la sayang.. you tibe tibe menyalak tak puas hati kat i, i pelllliiiik tau you ols.. tapi never mind.. agaknye lawa sangat bunga kat taman i ni sampai mata you sakit nak pandang.. kan? ubat la hati you tu sayang.. jangan tau nak cepat terasa je.. ooops, i ni pon kene ubat mulut  i.. sebab tibe tibe je jadi jahat ni.. oh, datang pulak ketidakmatangan aku ni.. thanks to budak yang tak matang tu la.. :)


semoga Allah mengampunkan dosa aku dan kau.. sorry for considering you as a dog just now. peace, no war. kite blogging bukan nak gado dengan awak.. cuma awk tu jangan la nak cepat sangat sentap.. rosak otot muka kalau manjang darah nak naik kepala :)

||_+_kamu yang berkasih_+_||

haaa.. tau dah... mesti cepat je korang klik entri ni.. amboiii... gatal korang kan? haha, same la kite.. sebab dengan laju laju laju lajunye aku mengklik pada artikel ni dekat ----->...iluvislam...<-----.. satu artikel yang sangat menarik ye geng! okay.. tak mau berleter panjang panjang.. sebab tadi aku dah selamat berleter kan? so here's your inner meals :D


- Dari Kekasih Buat Kekasih -

Kekasihku,
Hari ini aku mengadu pada sang KEKASIH, pencipta kau dan aku. Aku ingin menjadi kekasihmu yang patuh pada sang KEKASIH. Aku mohon pada sang KEKASIH agar ditautkan hatiku dan hatimu agar kita bisa jadi sepasang kekasih yang diredhai sang KEKASIH.
Kekasihku sayang,
Aku ingin menjadi sandaran hatimu. Menenangkan tatkala kau kecewa atau terluka tapi aku tidak mahu kau lupa pada sang KEKASIH kerana aku terlalu kasih pada sang KEKASIH. Aku mahu kau menjadi kekasihku yang hebat tanpa melupakan sang KEKASIH.
Wahai kekasihku,
Aku kekasihmu yang akan berdoa saban waktu agar sang KEKASIH memudahkan perjalanan hidupku dan hidupmu. Aku kekasihmu tapi aku tak mampu membahagiakanmu setiap waktu, lalu aku mohon pada sang KEKASIH agar kekasihku bahagia dan dilimpahi cinta sang KEKASIH.
Kekasihku,
Aku tidak mahu kau jadi kekasih yang lemah. Janganlah kita tunduk pada hawa nafsu. Aku mahu jadi kekasih yang bernilai di mata kekasihku agar diredhai sang KEKASIH. Aku menyayangimu duhai kekasihku!
Wahai Kekasih,
Aku kekasihmu yang terlalu daif. Apa yang ada padaku adalah hak milik sang KEKASIH. Aku ingin jadi kekasihmu yang tahu erti syukur dan aku juga mahu kekasihku selalu bersyukur.
Cinta kerana Allah adalah cinta yang aku cari, kerana cinta kerana-Nya adalah CINTA yang diredhai dan jika cinta tanpa redha ibu bapaku, maka tiadalah redha Ilahi dan aku rela untuk memutuskan hubungan cintaku andai mereka tidak redha dengan cintaku kerana aku perlukan cinta yang diredhai kerana kekasihku lah yang bakal bertakhta dihatiku dan menemaniku hingga ke hujung nyawaku.

sweet, isnt it? semoga korang korang dan aku mendapat cinta dari pencinta macam ni.. 
p/s : Mr. Ekey.. semoga cinta kita diberkati dan diredhai parents kite ye.. sebab redha Allah datangnye dari keredhaan parents kite.. ya Allah.. permudahkan la jalan kebahagiaan kami.. sesungguhnya Kau yg Lebih Mengerti perjalanan hidup hamba hamba-Mu.. :)

||_+_populariti vs niat_+_||

harini aku abiskan mase aku dengan BW.. atau lebih dikenali sebagai blog-walking.. ewaaahh.. bunyik macam tengah bersenam je kan.. untung la kalau BW je boleh kuruskan peha yang gemok ni.. haha, kidding! ceh, bukan main lebar senyum korang tengok aku mengata diri aku eh? its okay.. sebab aku sendiri pon nak tegelak tengok ayat  aku yang ntah ape ape ni ntah.. ;p

honestly.. aku nak tanye.. ape niat kite berblog? x payah jawab.. simpan dalam hati.. sebab aku rase jawapan yang aku nak bagi ni pon same dengan jawapan korang.. KALAU aku.. dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim... aku berblog untuk meluahkan segala suka dan duka, asam garam hidup aku kat sini.. sebab aku bukan la jenis yang suke mengadu sane sini.. kadang kadang.. bukan sume orang ade mase nak mendengar luahan hati kite.. maka..... aku dengan rendah dirinye mencoretkan segala galanya ke blog.. itu jawapan utama kan? betol kan? :)

dan sejujurnya.. aku tak harapkan ape ape balasan dari followers.. sebab kebanyakan followers aku terdiri daripada kawan kawan aku.. ye la.. macam certain bloggers yang aku usha blog dorang.. cerita manjang nak mintak komen je kan.. x elok la macam tu kawan.. sebab kite sendiri pon takde mase nak komen sangat entri orang.. why should we expect people to leave their comments? kan? kite menconteng ni saje suke suke je.. untuk kepuasan diri.. kenape perlu dikejarkan sangat komen tu? 

ish.. lain betol la cara blogging sekarang.. dulu takde pulak budaya mengejar followers ni.. sumenye just for fun.. tapi sekarang ni... ntah la.. masing masing nak jadi yang best.. dulu mane ade istilah otai otai.. dulu fair and square.. sume bloggers same je.. yang membezakannya.. thoughts and creativity.. thoughts build up the mind, and attraction do comes from the creativity.. dua komponen ni la yg menaikkan bloggers ni sume.. so.. ade ke timbul isu otai, motai dan potai ni? takkan pernah ade okay? just korang je yang gila sangat bagi titles tu sume.. 

(monolog dalaman readers)

eceh, kau ni sape nak cakap lebih lebih jannah? kau pon baru setahun jagung, sedap mulot je mengata kitorang yang up ni.. tengok blog kau la wey.. takde la bagus sangat.. isik pon kureng lagi.. nampak beno nipunye bak kate usop wilcha..

(hujah backup)

memang, aku budak baru.. blog aku mentah.. childish.. isi hampeh.. tapi.. tak semestinya ootak aku kosong.. aku memang baru signing up for this blog.. tapi tak bermakna aku tak pernah mengusha blog orang lain.. aku dari dulu suke membaca blog orang.. tapii.. aku takde favourite quotes pon.. sebab aku bace ape yang aku minat je.. name blogger tu sume ke laut.. sebab siapa penulisnye tak penting.. yang penting ape yang cuba die sampaikan.. kan? 

ini tak.. mane mane yang aku bace.. sumenye pasal macam mane nak tarik followers pegi blog kite.. come on la.. saye menulis untuk kepuasan saye.. bukan sebab gile followers.. isi anda sume mantap, saye respect itu.. tapi saye x berkenan la budaya blogging sekarang.. eh jangan maraahhh... ini blog saye.. my thoughts, my points.. bole condemn dekat komen jika anda mau.. saye akan balas dengan sebaik mungkin.. feel free for it guys.. balik pasal budaya blogging yang aku menyampah tengok tu.. iklan blog sane sini.. dunia blogging ni dah macam pasar malam.. lelong sane sini.. see?? ini bukti mengejar populariti, bukan untuk suatu perkongsian.. cukup jelas bukan? so untuk kawan kawan saye yang membace ni.. kite kat sini nak kongsi kongsi kan? bukan nak kejar glamour right? keep rocking guys :D

p/s : sharing is caring, not expecting the rise of your popularity :D

||_+_tips mencari jodoh_+_||

haaaa.... suke korang eh?? lajuuuuuuuu je bace bab2 ni kan?? haha, takpe.. aku mengerti sangat... sebab aku pon dengan pantasnye mengelike bende ni kat FB tadi... ngeee~~ sebelum tu nak story lagi.. bile aku terbace post ni.. teringat adegan dengan Mr. Ekey.. kalo korang betol betol follow blog aku.. mesti ade bace entry ni kan.. ----->...pasal jodoh modoh jugak la, mesti korang suke laju laju...<----- peristiwa ni terjadi bile tengah im dengan dia kat FB.. ;)



syg tengah watpe tu?

tengah tunggu b online la..
kan line uitm b bengong?

yela...
sambil tunggu tu syg watpe je?

tengah bace artikel islamik..
pasal cinta..

ape tajuk?

panduan mencari jodoh...
best gile artikel ni..

kenape lak bace??
nak carik jodoh lagi ke?
x cukop ni sorg?

alaaaa...
bace saje je..

x payah dah bace..

alahaiii...
jodoh dah ade depan mate ni..
watpe org nak carik lain?

alaaaaahaaaaaaiiiiii... comel pulak tgk dia jeles mcm tu.. rase mcm nak lepuk lepuk je muka dia nanti.. haha, ooppssss.. x bole lebih lebih.. anda sedang dipantau.. ;p

soo.... ni la yg aku nak share....

Bismillahirrahmanirrahim..

Hanya sekedar berbagi sedikit tips sahabat.. (pasti suka.. ? ayo ngaku saja, suka kan dengan tipsnya? hehe) tentang jodoh gitu.. siapa mau tahu?? (yuuk maree lanjut baca)

"JODOH itu harus diUSAHAkan dan diIKHTIARkan"


_tips singkat jodoh terbaik_
-------------------------------
-Niatkanlah hanya karen Allah.

-Semata hanya tuk harapkan ridho-Nya.

-Mengenal bukan berarti harus bertatap muka, becakap lngsung (suara dgn suara), boleh sentuh, sana sentuh sini. Atau lebih jelasnya untuk saling mengenal itu,"TIDAK" harus melalui aktifias "pacaran".
tapi, jika kita memang ingin mengenalnya. bisa mengikutinya secara diam-diam hanya untuk mengetahui aktifitas apa saja yg dia lakukan untuk mengetahui baik tidaknya. karena biasanya bisa diketahui dari aktifitas itu (ingat! jangan berlebihan) ,atau bisa dengan bertanya pada tetangga dekatnya (karena biasanya orang lain akan lebih mudah menilai), kalau memang sudah yakin baik, merupakan termasuk kreteria yang anda cari. Jadi? tunggu apa lagi!? ya, segera datangi orang tuanya-lah.. hehe (keburu ada yang ngasih tanda. patah hati dah lho nanti.. ?? :b )

-Lakukanlah dengan cara yg baik. Bukn berarti karena 'cinta' semua jadi halal adanya. Boleh tusuk sana, tusuk sini, dusta sana, dusta sini. Asal bisa terus maju untuk dapatkan apa yang dimau (lantas Allah dimana? bukankah Allh itu Maha Tau?)

-Selalu ingatkan pada diri.
"Pasangan hidup itu dicari" ,bukan karena kecantikan/ketampanan 'paras' yg dengan itu bisa dengan bangga dipamerkan. bukan karena banyaknya 'harta' yg tak kan habis tujuh turunan (tidak lihatlah..? jk Allah sudah berkehendak. dsunami datang menerjang.. harta benda yg menjadi kebanggaan tak akan ada arti lagi, nyawa saja tdk dapat tertolong karenanya).
Tapi, "Pasangan hidup itu dicari", karena kita sadar kita tidak akan pernah mampu untuk berjalan sediri dlm mengharungi ombak badai kehidupan ini, kita membutuhkan seseorang untuk selalu setia dlm mengarungi hari, dengan cuaca yg tak selalu pasti, setia dalam suka maupun duka, dalam tangis ataupun tawa, dalam mewujudkan mimpi dan harapan bersama (anak-anak yang sholeh dan sholehah, keluarga sakinah, mawaddah, warohmah, barokah, kecil, sederhana, bahagia) "rumahku surgaku=baitti jannati" dan terutama.. untuk menggapai ridho-Nya.
bersama didunia hingga Jannah-Nya yang abadi. (Amiin Ya Rabbal' alamiin ^^)

-Sabar, syukur, pasrah, yakin, percaya, dan do'a (Janji Allah itu pasti !! :))


Mungkin begitulah kurang lebihnya.. dalam usaha dan ikhtiar untuk dapat kan jodoh terbaik kita. Semoga dengan cara seperti di atas.. bisa memudahkan langkah kita untuk dapatkan Ridho-Nya. Mendapatkan pasangan yang insyaAllah sesuai dengan suara HATI. Pasangan yang 'sholeh' untuk para ukhti sholehah, muslimah, mbak, teteh, (pokona' yang bergelar kaum hawa-lah.. :) . dan Pasangan yang 'sholehah' untuk untuk para ikhwan sholeh, mukmin, mas, aa, (pokona' yang bergelar kaum adam-lah.. :)
Amiin Allahuma Amiin..


"Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang hitam mukmin lebih baik dari wanita musrik, walaupun dia menarik hatimu" (QS. Al-Baqarah:221)

"Maka wanita-waniita yang sholehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya, oleh karena itu Allah memelihara mereka" (QS. An-Nissa:34)

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik" (QS, An-Nur:26)

semoga ada manfaatnya untuk sahabat semua..
yang baik datangnya dari Allah dan jika ada kekurangan datangnya dari saya sendiri..