My VVIP
..LIKE LA BLOG KITE..
a tribute to you, ATOK & NENEK..
Assalamu'alaikum w.b.t..
lupakan sebentar kontroversi MURAHAN yang cuba dilakukan oleh Makcik Whatsoever tu.. semoga ALLAH S.W.T melindungi ISLAM dari segala fitnah dunia, sama ada kecil mahupun besar..
"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati" [Surah Al-Anbiya : 35]
kematian.. datangnya tak terduga.. di mana saja, pada bila bila masa.. takkan tertangguh sesaat, dan takkan tercepat sesaat sekalipun.. sakitnya melebihi kesakitan kuku dicabut dari daging.. Ya ALLAH.. peritnya kematian.. sedangkan Rasulullah S.A.W yang maksum pun menitiskan air mata menghadapi sakaratulmaut, apatah lagi kita yang selemah lemah iman ni.. ngeri kan bila kita fikirkan hakikat sebuah kematian? tapi.. adakah kita dah bersedia untuk dijemput pulang? tepuk dada, tanya iman.. WALLAHU'ALAM..
sebenarnya hari ni Miss J tiba tiba teringatkan arwah atuk dan nenek Miss J.. kedua duanya meninggal pada tahun yang berlainan, hari yang berlainan.. tapi memberikan satu makna yang mendalam untuk Miss J.. KEHILANGAN.. yes, it was a BIG loss for losing them as grandparents.. sedih? tipuu la Miss J tak sedih.. sebab kedua duanya pergi pada saat saat yang sangat BERMAKNA untuk Miss J.. erm... boleh kan Miss J nak share dengan para para sakura sekalian? sekali sekala entry sedih, boleh? :)
April 2005 :
time ni ayah datang lawat Miss J kat hostel.. masa ni family Miss J tinggal kat Kuching, sedangkan kampung Miss J kat Batu 14, Puchong.. ayah bagitau, arwah nenek sakit.. tapi ayah tak nak bagitau sakit apa.. Miss J pun tak tanya lebih lebih, sebab time tu Miss J tengah merajuk dengan arwah nenek.. Miss J rasa arwah dah tak sayangkan Miss J sejak ada cicit baru, as I was so close to her since I was 5.. so Miss J buat tak peduli, walaupun dalam hati Miss J rasa nak sangat jumpa nenek.. kebetulan pulak masa ni, Miss J tengah EXCITED untuk Majlis Anugerah Cemerlang kat sekolah Miss J.. mana taknya.. Miss J antara student cemerlang untuk PMR, and Miss J dapat penganugerahan untuk subjek Pendidikan Agama Islam.. mungkin takdir ALLAH S.W.T.. 4 April, hari Isnin.. subuhnya Miss J demam panas, Miss J mimpi arwah nenek datang dalam mimpi Miss J.. serba putih, tersenyum kat Miss J.. tapi tak bercakap langsung.. Miss J panggil, tapi arwah terus menghilang.. Miss J terus call emak, tanya keadaan arwah.. tapi mak cakap, arwah baik baik saja.. so Miss J lega, Miss J terus ke raptai majlis yang akan berlangsung pada 9 April 2005.. dalam hati, tak putus putus Miss J mintak ALLAH sembuhkan arwah.. sebab Miss J nak balik, mintak maaf kat arwah.. 9 April, lepas habis je majlis penyampaian, family Miss J bawak Miss J keluar dari hostel untuk celebrate.. Miss J tak tunggu lama, Miss J tanya lagi pasal nenek.. tapi mak mengelat.. Miss J dah pelik.. kenapa ni?? so dalam kereta, Miss J paksa jugak mak bagitau..
"nenek dah meninggal subuh ISNIN hari tu.." ZAAAPPP!! terdiam terus Miss J.. sampai hati mak tipu!! airmata pon tak tunggu lama nak keluar.. Miss J tak peduli orang ramai pandang, memang Miss J terkilan sangat sangat.. patut la... patut la nenek datang dalam mimpi.. mungkin tu petanda arwah nak pergi.. mungkin tu pertemuan terakhir kami.. semuanya dengan izin ALLAH S.W.T.. thank you ALLAH.. sebab mengizinkan Miss J berjumpa dengan arwah nenek untuk kali yang terakhir, walaupun hanya dalam mimpi(senyum..).. semoga roh nenek tenang di samping orang yang beriman.. :)
penghujung Disember 2009 :
arwah atok memang dah lama sakit.. sebelum ni arwah pernah duduk dengan family Miss J kat Melaka sejak kami pindah semula ke Semenanjung.. arwah atok suka sangat duduk dengan kami.. mana taknya.. kami tinggal kat kampung kelahiran atok, Lubok China.. atok sangat sukakan suasana kampung.. tapi lepas tu atok duduk balik kat Puchong, cuma kadang kadang je atok balik ke rumah Miss J.. atok sakit kanser paru paru.. mungkin disebabkan merokok pada usianya yang agak tua.. perginya atok pun masa tarikh yang paling KERAMAT untuk Miss J.. dan juga selepas saat saat yang bermakna untuk Kak Ain dan Razlan Kristal.. atok teringin sangat nak tengok perkahwinan Kak Ain.. walaupun masa tu, atok dah tak mampu nak berjalan.. tapi atok masih mampu tersenyum tengok anak cucu berkumpul ramai ramai kat kampung.. tak lama lepas majlis, atok masuk hospital.. dan lagi sekali, kami semua berkampung kat Puchong.. bergilir gilir jaga atok.. dan ayah dah lakukan pengorbanan yang paling besar.. iaitu berulang alik dari Puchong ke tempat kerjanya kat Melaka.. setiap hari.. so Miss J dengan family yang lain, sama sama jaga atok.. siang dan malam.. tak berhenti henti temankan atok.. Miss J tak tau nak describe keadaan atok.. tapi yang pasti, Miss J tau, dan semua family Miss J tau yang masa atok dah dekat sangat sangat.. kami hanya mampu berserah dan tawakkal.. mendoakan jalan yang terbaik untuk atok.. andai ALLAH menigizinkan untuk sembuh, ringankan la penderitaan atok.. dan kalau pergi itu yang terbaik, kami relakan.. sebab masing masing tak sanggup tengok keadaan atok.. bernafas pon payah.. menitik air mata Miss J tengok kesakitan atok.. sampai la satu hari, ayah ajak kami semua balik Melaka.. memandangkan adik adik nak bersekolah, mak pun nak mula mengajar.. Miss J terpaksa ikut keputusan ayah, walaupun hati ni tak nak balik! masa tu Miss J memang tekad nak jaga atok, rasa macam tak nak berpisah langsung dengan atok.. tapi ayah paksakan jugak balik.. 4 Januari 2010.. sekali lagi, masa Subuh, dengan kuasa ALLAH S.W.T.. wajah atok datang dalam mimpi Miss J.. tapi tak lama.. cukup sekadar tersenyum, dan terus hilang.. terus Miss J terbangun..
"bangun bangun.. nak balik Puchong.. atok dah takde..".. lagi sekali Miss J termenung.. tapi Miss J senyum.. rasa puas hati.. mungkin sebab Miss J dah buat yang terbaik untuk arwah.. dan arwah datang mengucapkan selamat tinggal kat Miss J.. tapi sayang, atok pergi sehari selepas birthday Miss J.. Miss J ingat lagi, 3 Januari tu.. masa tu arwah atok dah mula semput sebelum Miss J balik Melaka.. makcik makcik Miss J sempat nyanyikan lagu birthday untuk Miss J.. tapi Miss J menangis.. macam ada suara berbisik kat telinga Miss J..
"perginya satu nyawa dengan kehadiran satu nyawa..".. mungkin itu satu petanda.. WALLAHU'ALAM.. mungkin ALLAH nak beri peringatan kat Miss J bahawa kematian tu berlaku bila bila masa, tak kira dalam masa gembira ataupun sedih.. ;)
Al-Fatihah untuk atok.. Mohd. Ali.. dan nenek.. Che No binti Md. Jan.. semoga roh atok dan nenek berada di kalangan orang orang yang beriman... dan semoga atok dan nenek dipertemukan semula di akhirat, bersatu sebagai suami isteri di syurga abadi.. Amin.. :)
- nenek.. tahi lalat saya sama macam nenek.. -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment