My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

tahniah Jannah! blogwalking tamat~

Assalamu'alaikum w.b.t..

- ehsan Google -

alhamdulillah.. settled sudah blogwalking ni.. start dari pukul 2 petang tadi, baru ni langsai.. TAPIIIII... Jannah terjah sape sape yang tinggalkan link kat Mr. Linky tu je yang mampu.. sebab ye la, mudah sikit kan? klik je, keluar kat new tab.. memang menjimatkan masa.. ;)

blog korang memang GEMPAK! seriously, banyak entry yang menarik tadi.. sampai Jannah pon naik blurr nak komen apa.. so Jannah bertindak dengan meninggalkan jejak kat Shoutbox korang je.. jangan mara ye.. ;)

okay, masa untuk merehatkan mata.. ;)

terima kasih sebab sudi baca :D

cinta membodohkan, atau yang bercinta itu bodoh?

Assalamu'alaikum w.b.t..

kadang kadang, Jannah naik buntu bila tengok kegagalan kawan kawan bercinta.. tak kisah la lelaki atau perempuan, masing masing mengalami masalah yang hampir serupa.. 

"DIA CURANG.. PADAHAL AKU SETIA SETENGAH MATI.."

tiap kali diorang mengadu, Jannah tak tau nak cakap apa melainkan perkataan SABAR, SABAR, SABAR dan terus SABAR.. sakit? memang sakit kalau pasangan kita curang kan? rasa macam kena tikam bertubi tubi dari belakang.. musnah kepercayaan.. cinta jadi benci, tapi tak dapat nak melupakan.. perit sangat sangat rasanya..

honestly, Jannah tak reti nak pujuk teman teman yang putus bercinta.. bukan sebab tak berperasaan.. tapi mungkin Jannah ni dah terlalu lali dengan makna CURANG tu sendiri.. mana taknya, 4 kali kena tikam, mesti la dah lali.. abaikan cerita Jannah tu dulu.. tak seronok cerita pasal masa lalu Jannah ni.. ;)

back on the topic.. sorry kalau tajuk tu macam tak kena.. tapi hopefully, at the end of this story you'll realize the truth of this stupidity of love.. ada yang kata, cinta tu indah.. membutakan mata dan hati mereka yang hanyut di alamnya.. ke lautan api sanggup kurenangi, ke puncak Eutophia pon kuikut kamu.. segala kemahuan dan kehendak disanggupi, asalkan dapat membuktikan sedalam mana cintaku padamu.. masa bercinta semuanya indah.. kentut bole jadi wangi, mulut bau petai bole jadi bau durian.. indah kan masa bercinta?

TAPI.. bila cinta dikhianati? masing masing menuding jari.. yang ternyata JELAS bersalah menafikan sekeras kerasnya.. yang tak bersalah pon jadi salah.. yang dulunya baik bertukar JAHAT.. segala madu menjadi RACUN.. sampai ada yang hilang pertimbangan.. sampai bertindak mengelar pergelangan tangan, pil berlebihan, makan racun tikus, minum air sabun.. semata mata untuk melampiaskan kekecewaan yang bersarang di hati.. 

PERSOALANNYA.. perlu ke merosakkan diri sendiri? adakah sekeping hati yang hancur berderai tu akan bertaut kembali dengan membinasakan diri sendiri? mengapa perlu bertindak BODOH demi cinta? adakah nilai cinta dan kesetiaan tu dapat ditebus dengan kehilangan nyawa yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T? kita sibuk memikirkan cinta yang musnah, sibuk membahayakan diri sendiri.. tapi pernah tak kita terfikir, betapa tergurisnya hati MAK AYAH melihat kekecewaan yang terlampau tu? 

"aku tatang kau, aku jaga kau, aku besarkan kau.. aku susukan kau dengan sepenuh kasih sayang.. kemahuan kau aku penuhi.. selama 20 tahun aku bergadai nyawa untuk nyawamu.. tapi kau tegar membunuh diri kerana cinta? apakah kasih sayang kekasih tu lagi MULIA dari kasih sayang mak ayah kau?"

tolong la.. kepada sape sape yang gagal bercinta tu.. please guys, dont do this to your parents.. hargai nyawa, pegang AMANAH Tuhan ni dengan sebaik baiknya.. jangan disebabkan cinta, kau bertindak bodoh.. jadi gila menurut kata hati.. yakin la dengan janji ALLAH S.W.T..

"lelaki yang baik untuk wanita yang baik.. segalanya di muka Bumi ini diciptakan berpasangan.. mungkin bukan di dunia kau bertemu jodoh.. tapi di akhirat? 1000 kali lebih baik yang dijanjikan untuk dirimu.. bersabar.. cinta itu sebahagian daripada ujian ALLAH terhadapmu.. bukan kerana DIA membencimu, tetapi DIA menyayangimu kerana DIA Lebih Mengetahui kelebihanmu.."



p/s : maaf la.. tiba datang mood nak bersastera dan menjiwang kejap.. semoga jadi pengisian yang bermanfaat ye.. ;)

terima kasih sebab sudi baca :D

emakku yang comel~ WAJIB baca!

Assalamu'alaikum w.b.t..

selamat pagi korang! dah mandi ke belum? belum? orait la tu, kita geng! *tolong jangan percaya.. cute tak tajuk entry tu? mak Jannah comel... mak korang comel tak? mesti la comel comel jugak kan? sebab korang pon comel belaka.. *apa yang Jannah mengarut ni?

mak Jannah ni saaaangat comel sebenarnya.. tegas, garang, tapi absolutely CUTE! ada je telatah mak yang buat Jannah senyum senyum sumbing.. kadang kadang tu rasa nak gelak, tapi tak bole.. sebab maybe tak berapa rapat sangat dengan mak kot.. but it doesn't matter, I just love watching the funky side of my emak.. ;)

kadang kadang mak macam budak budak.. yang pastinya, emak is trying hard to get our attention.. ye la, kitorang semua dah besar.. masing masing dah pandai berkawan.. semuanya asyik nak enjoy dengan kawan.. so mak ni macam nak kembalikan the happy moments of the family.. kadang kadang mak akan membebel sorang sorang.. selagi kitorang tak respons, selagi tu mak akan chot chet chot chet.. sambil mata mak mencuri pandang reaksi kitorang.. comel je kan? ;)

yang tak bole blah pasal mak ni.. cakap nak confident je.. mak kisah apa kalau benda tak betul.. sebab nanti mak pon akan gelak gila gila dengan kitorang.. CONTOH?? baru je jadi pagi ni..

E : kenapa sekarang cerita China Hong Kong tu dah takde yang best best eh?
J : ada je mak ni.. mak yang tak nak tengok..
E : mana nak tengoknya.. semua pengotor.. macam cerita apa tu yang kungfu kungfu tu?
J : Kungfu Hustle? alaaa... takde la pengotor sangat mak ni pon..
E : terhingus sana sini.. eee... geli aku!
J : mak yang pergi makan masa tengok movie kotor China tu kenapa? dah tau geli tengok..
E : ish, geli! pengotor.. lepas tu ada yang si "Mei Fong" tu.. lagi pengotor!

CHOPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!!!

"Mei Fong"???? who the hell is that?? kitorang adik beradik tecengang kejap tadi.. muka masing masing berkerut!

J : Mei Fong ke FEI MAU??????
E : eh?? bukan Mei Fong ke??
J : menggelabah je mak.. haha, FEI MAU la mak!

terus kitorang adik beradik gelak besar! tak bole tahan! muka mak time tu, memang confident habis sebut nama MEI FONG tu! lepas tu mak malu malu sikit sebab dah salah.. comel gila!! terus Jannah masuk bilik, on laptop...

and here you go.. an entry for emak.. comel kan? ;)

p/s : terima kasih sebab sudi baca ;)


UTM... wait for me okay?

Assalamu'alaikum w.b.t..

alhamdulillah... dapat jugak... UTM, Degree in Civil Engineering.. it's gonna be tough I guess.. sebab UTM ni dengarnya senang masuk, senang jugak nak out.. alhamdulillah YA ALLAH.. syukur sangat sangat... berkat doa mak ayah jugak ni.. thank you emak, thank you ayah.. sebab siang malam doakan kejayaan anak ni.. ;)


nak semak??
|
|
|
V

sabaaaaaaaaaaa je laaa..

Assalamu'alaikum w.b.t..

hari ni UPU keluar kan? good luck untuk mana mana yang apply ye? Jannah pon apply jugak.. okay, tadi kawan Jannah bagi direct link UPU.. so, takde la korang kena refresh page berulang kali, hati pon tak sakit, betol tak? 

SMS yang KPTM bagi kata, UPU dah bole disemak tepat jam 12 tengahari, hari ni kan? Jannah dengan confident click link tu tadi...



nak marah tak bole, takut tak dapat further pulak berkat DAULAT KPTM.. hehe, so Jannah sabaaaaaaaaaaaaa je la... ;)

nak check UPU?
ni direct link dia..
|
|
|
V

best wishes for all of us.. cuak ni! :D

perlu ke kau serang aku belakang belakang?

Assalamu'alaikum w.b.t..

- Google buat sedekah -

takde apa sebenarnya.. tiba tiba teringat kisah masa awal awal blogging dulu.. it's about someone, you dont know who.. and so do I.. masa tu followers Jannah di kalangan kawan kawan Jannah je.. dalam 4 orang la.. time tu Jannah baru nak kenal kenal Abang Beben, Ujang, Kak Niena, Zuan dan Noh.. *tak mampu nak tag, mengantuk.. 

nak dijadikan cerita, Jannah follow blog Cik G ni.. *of course G bukan nama sebenar.. entry dia pedas pedas belaka.. tapi tak kisah la, blog awak, bukan blog saya.. followers dia pon bole tahan ramai.. Jannah pon macam, WOW, bestnya.. macam mana nak jadi macam dia eh?

TAPIIIII... Jannah ni ada satu penyakit.. penyakit tak batak komen dan followers.. dari awal blogging lagi, Jannah dah set dalam otak ni.. yang Jannah berblogging ni bukan untuk glamor, bukan untuk top.. Jannah tak mampu nak hadap ke'famous'an tu.. so Jannah menulis ikut mood dan idea..


jadi dari situ Jannah buat entry pasal Populariti Vs Niat.. agak pedas jugak kot entry tu.. dan, tak sangka... Cik G tu terjah blog Jannah.. TAPIIIII.......

dia bertindak condemn Jannah kat entry baru dia..

alahai... menyampah pulak tengok orang talam dua muka macam ni.. this is my blog, my thoughts.. feel free la nak bangkang kalau tak setuju kan? heboh buat entry maki Jannah kenapa? dah buang tabiat la tu.. but it's okay, Jannah malas nak gaduh.. stop following sudah.. tak perlu la Jannah pon jadi bodoh condemn dia balik kan? ;)

okay.. tu cerita lama.. pesanan untuk korang.. jangan sesekali buat macam tu.. tak baik mengata orang.. apatah lagi blog kita ni jadi kunjungan orang ramai.. bole bayangkan berapa banyak dosa yang kita akan tanggung kalau membuka keaiban orang? ;)

p/s : entry ni sekadar renungan, bukan untuk condemn sesiapa.. jangan maraaa ;)

terima kasih sebab sudi baca :D


SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER

Assalamu'alaikum w.b.t..

- KLIK KLIK untuk join segmen! -

lagi lagi segmen, segmen, segmen, segmen, SEGMEN!! goyah iman ni tengok segmen best best macam ni.. haha, ayat mintak pelempang je.. ;)

Nama panggilan : Jannah
Birthday blog     : 17 Februari 2011
Target                 : cukupkan followers sampai 300.. *gila melampau tamak kau ni Jannah wey! ;)

haaaaaa... apa lagi pandang pandang tu? cepat la join.. jom kita kawan kawan sampai kiamat, mau? ;)

p/s : strawberi dah banyak yang masak, korang tak nak petikkan ke? ;)

terima kasih sebab sudi baca :D

Cik Anon, tolong berani sikit bole?

Assalamu'alaikum w.b.t..

- ehsan Google -

yes! akhirnya bole men'internet'kan diri sampai lebam! oyeh oyeh.. bole blogging puas puas.. thank you Streamyx.. *tau kau takut... berani la kau cari pasal dengan aku.. ;)

Cik Anon? rasanya semua bloggers kenal identiti Cik Anon ni kan? *tipu kalau tak kenal! dia ni reader yang bernama, tapi buat buat takde nama.. tau kenapa Jannah cakap macam tu? sebab.. dia tak suka letak nama dia kat the end of comments.. tak tau la kenapa.. adakah dia Superman yang menyamar di sebalik bayang Clark Kent? mungkinkah dia jugak Selina Kyle, yang menjelma sebagai Catwoman pada waktu malam? misteri bukan? *dey apa da ayat skema sangat ni? ;)

walaubagaimanapon, Cik Anon ni berkemungkinan besar seorang pembaca setia.. yang 24 jam mengikuti perkembangan kita semua.. but too bad, dia mungkin takde blog.. good for you Cik Anon.. kami hargai kehadiran anda di sini.. TAPIIII.. Jannah berani cakap, kadang kadang bloggers pon menyamar sebagai Cik Anon jugak.. bukan semua, tapi minoritinya.. tapi Jannah tak cakap korang tau? Jannah tau, korang ni baik baik belaka.. ;)

bila masa Cik Anon ni muncul? ini SITUASInya.. ;)

Anonymous : kau jangan cakap macam sampah bole tak? kau dengan blog kau ni, sama je bodohnya!

1. bila diorang tak puas hati, mendengki ataupon memang berniat nak jatuhkan kita.. tu la komen komen yang paling kerap diorang bagi.. or worst than that pon ada kan? TAPIIIII... yang pastinya, CONFIRMED tak letak nama.. kenapa? takut IP kena trace, and Jannah terjah awak balik ke? sorry, you're worth nothing, buang masa je nak layan awak.. nak kritik biar beradab, biar beridentiti ye Cik Anon.. kalau awak begitu berani menyumpah seranah bloggers, takkan nak letak nama sendiri pon kecut kan? potong kepala hutak tu, bagi monyet main, okay? ;)



Anonymous : entry dah okay, cuma tajuk tu mungkin tak berapa sesuai la.. takut orang salah faham je dengan apa yang awak cuba sampaikan..

2. kalau dapat komen macam kat atas ni... alahaiii... sejuknya hati baca.. tapi memang jarang gila nak dapat komen macam ni kan korang? tapi sayang, awak pon tak letak nama.. macam mana Jannah nak buat entry ucap thank you kat awak ni? ;)

so, kepada Cik Anon yang baik hati ataupun kejam tu.. sila sila la letak nama.. jangan risau, bloggers ni semua manusia biasa.. semua makan nasi, tak makan orang.. *tapi tak tau la kalau kalau ada cannibal pulak kan? tak susah kan nak taip nama tu? jangan takut untuk bersuara.. berani kerana benar, takut kerana salah la bak kata orang tua tua.. ;)

as for Cik Anon yang suka menjatuhkan orang lain tu... kalau ada rasa rasa nak maki, kritik, sumpah seranah Jannah tu.. ini pesanan dari Jannah untuk anda.. ;)


sorry, I dont give a damn on it.. awak sembang la besar mana pon nak maki Jannah, Jannah takde hal.. ini budak banyak kental punya hati.. itu ALLAH, PARENTS and FAMILY saje yang bole bikin Jannah kecut.. and one more thing, kalau nak maki maki, jangan lupa letak nama kat hujung komen tu okay? ;)

o/s : terima kasih sebab sudi baca.. ;)


Hi-5 Untuk Korang!!

Assalamu'alaikum w.b.t..

maaf maaf maaf maaf.. internet agak problem sikit.. jadi Jannah tak dapat nak update semalam.. lucky me, best friend sanggup tolong updatekan.. maaf ye Kumpulan 5.. ;)

Jannah dah selamat memblogwalkingkan diri haritu.. semua blog memang GEMPAK! header comel, loading tak berat, layout yang simple and just nice.. seriously, memang tak menyesal la singgah blog diorang semua! and I am sooooo happy to be in one group with them.. ;)

nak tengok?? nak review jugak?? jom intai intai!! ;)


 did you see that little cute palace over there? comel kan? Jannah rasa macam Cindrella gila gila bila masuk sini.. *wah, perasan lawa pulak! seriously, Jannah suka gila blog kak puteri ni.. makes me feel like a princess gittuu.. agak agak ada tak prince charming untuk Jannah ni ye Kak Puteri? ;) *gatal!

shweet kan tengok lelaki kendong baby secomel ni? calon suami soleh ni! TAPIII.. ini bukan owner blog ni okay? memperkenalkan, ini la husband Kak Fardhilah kita.. yang si comel gebu tu anaknya.. sooo shweet letak header gambar hubby and child kan? *mengundang rasa nak nikah cepat cepat, then dapat anak sedozen je! ;) 


 si hensem ni namanya Shuk.. one of my follower jugak.. orangnya? berjiwa clubbing kot.. haha, kidding Shuk! masok masok blog dia, ada lagu henjut kepala punyaaa... tak tipu.. Jannah selalu bukak blog dia semata mata nak dengar lagu je.. Shuk. Jannah nak GCB Mc D tau? tak nak gambar celebrity ke, gambar stroberi ke.. nak burger GCB jugak.. ;)

 chewaaahh!! rasa nak berpuisi sakan je kat sii.. bergurindam jiwa lara, berguling guling pon ada jugak rasanya.. cute kan header? muslimah gituu.... nak jugak la header doodle macam ni.. mesti makin comel.. ;)


 ini namanya Cik Wani.. header dia sangat unik! macam buatan sendiri je.. sorry la awak.. pc kat cc ni function tak best.. tak bole nak main crop image pulak.. kalau tak, memang Jannah dah tayang kekiutan header awak tu.. maaf ye.. ;)

haaa... ini Jannah memang suka gila kat dia ni! HanAlia namanya.. very sempoi, selamba badak je orangnya.. tengok header dia.. tak payah nak bertitle sangat.. yang penting apa yang dia nak share dengan readers dia setiap hari.. kan Han kan? ;)

 haha. akak!! sorry la sebab letak gambar ni.. nak copy url header tak bole la.. sengal ini cc.. by the way, akak Ly_tulip ni sangat rajin menyinggah kat blog Jannah.. orangnya funny.. nak kenal? buat calon isteri? teeeeettt.. Jannah no komen.. sila tanya empunya badan, okay? *lari jauh jauh sebelum kena ketuk.. jangan maraaaa ;)

okeh, itu saje review bloggers untuk korang.. jangan lupa terjah okay? RUGI besar kalau tak terjah! :)

p/s : tadi ada someone tegur.. one of my readers jugak.. wink wink! ;)



KHAS untuk group 5,segmen kotak bulat

huhuiiii...weee...hai all...saye...wakil dr ms j hukhuk..nk bgtawu..diye x  dpt nk mengonlinekn diri pd mlm ni kerane ade msalh yg x dpt nk dielakn...tp kalo tade pepe hal ..diye cube on9 ok :* .buhbye all..salam..zassssssssss **==

saya bukan perosak bahasa, NOKTAH.

Assalamu'alaikum w.b.t..

- HUNGRYlicious -

petang petang macam ni layan megi tom yam, letak telur dua biji pon enak kan? haaa.. cik abang cik akak tu, tutup sikit mulut tu.. tau la tengah terliur tengok megi Jannah tu.. ;)


- ehsan Google -

tadi Jannah bukak Facebook kejap.. checking out what's new kononnya la kan.. mana tau ada orang yang bermurah hati nak belanja GCB ke kan? *tak bole blah je.. sape nak bagi kau? then, ada hamba ALLAH ni I.M.. *whoa, this must be my lucky day! Jannah klik pantas pantas.. GCB dah terbayang kat mata.. mulut sengih sengih, like orang gilak kan? ;)

A is for Anon..
J is for me.. ;)

A : bole tak kau guna BAHASA dengan betul?
J : kenapa ye?
A : ye la.. kau kejap kejap speaking, lepas tu cakap Melayu.. buruk la rupanya..
J : and your point is?
A : tak payah la rojak sangat dowh.. kau orang Melayu, buat cara Melayu la.. bangga sangat dengan speaking kau, ape hal? IC kau biru ke merah?
J : okay, aku faham..
A: kalau kau speaking tu memang dah power takpe la.. ni tunggang langgang je.. menyampah dowh.. gila geli tengok post kau kat homepage aku..
J : sorry, tak perasan pulak aku buat kau rasa annoying.. ;)
A: kau tak payah berlagak la.. nak tunjuk kat semua yang kau ni HEBAT ke? bukan bawak mati pon speaking kau tu..
J : okay.. ;)
A : junjung sangat mat saleh tu ape hal? sampai lupa bahasa ibunda sendiri..
J : (zzzzz.. mula rasa malas nak melayan hamba ALLAH ni..)
A : kalau dah lidah tu makan belacan, belacan je baunya.. takkan belacan jadi chicken chop..
J : (senyap lagi..)
A : ni la pengaruh mat saleh.. biadab.. bila orang tegur, buat bodoh.. rasa dah bagus sangat ikot mat saleh tu la?
J : *that's it! I'm done here.. offline lagi bagus.. makin aku layan, makin menjadi ceramah.. ;)

ooo.. kita kena junjung Bahasa Melayu.. betul tu, betul.. sikit pon Jannah tak nafikan.. tapi kan, kenapa Bahasa Arab tu kita sikit pon tak kisah? sedangkan KALAMULLAH dalam Bahasa Arab.. what for mengaji. tapi tak faham satu apa pon? main redaaah macam tu je? ;)

Jannah bukan perosak bahasa.. tapi Jannah memang jenis yang suka mempelajari dan mengamalkan penggunaan bahasa.. bukan setakat English, Arab, Latin, Jepun, Korea dan banyak lagi bahasa yang Jannah try pelajari.. kenapa? sebab Jannah memang someone yang gila berbahasa.. it's a passion la bak kata orang.. ;)

TAPI untuk statement BERLAGAK tu? whoa, that is too much la Mister.. honestly, takde niat pon nak berlagak.. betul, English Jannah masih tunggang langgang.. but you will never know until you try kan? tak kenal, maka tak cinta.. bila dah cinta, jaga la betul betul.. lagi berkat kalau berkongsi.. betul, kawan kawan Jannah ramai yang tak confident nak speaking.. tapi bila tengok kita yang kononnya BANGGA sangat dengan English ni speaking, diorang jadi enjoy.. diorang jadi berani untuk mencuba.. see? they are inspired by my passion.. indah kan? tak gitu? ;)

dan untuk korang semua.. maaf kalau Jannah yang minah saleh celup ni memanjang 24 jam nak speaking dah buat korang rasa menyampah.. maaf maaf maaf... memang takde niat pon nak buat begitu.. :)



jangan sesekali dengar kata kata negatif yang bisa merencatkan keinginan korang untuk berbahasa.. bahasa itu ilmu yang indah lagi bermanfaat.. seindah indah bahasa ialah BAHASA ARAB.. ;)

terima kasih sebab sudi baca.. 

alhamdulillah, masih lagi bernyawa~

Assalamu'alaikum w.b.t..

- ehsan Google -

bangun pagi, celik mata.. alhamdulillah, kita masih lagi bernafas kan? syukur, ALLAH S.W.T masih berikan ruang untuk kita perbaiki segala kelemahan kita untuk hari yang lebih sempurna.. ;)

sini baru je lepas hujan.. rasa macam nak tarik selimut balik, sambung semula mimpi indah.. tapi.. Jannah nak kena hantar adik pergi PDK.. berjalan kaki la jawabnya.. nak naik motor? macam fobia pulak lepas accident hari tu.. ;)

okay, tak nak bebel panjang panjang pagi ni.. semoga segala urusan hari i dipermudahkan oleh ALLAH.. dan semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T.. senyum senyum la selalu.. mak cakap, murah rezeki.. :D

p/s : terima kasih sebab sudi baca.. ;)

Arghh~ bole ke nak konvo lagi sekali?

Assalamu'alaikum w.b.t..

- ehsan Google -

patutnya ini entry Sabtu hari tu.. tapi, disebabkan masalah scanner yang tiba tiba membiolkan dirinya.. maka niat itu tertangguh..

JANNAH NAK KONVO LAGI SEKALI!!! kenapa? sebab gambar konvo yang Jannah baru dapat Sabtu lepas tu sangat sangat tak handsome.. :'(

- grrr~ -

kenapa tak handsome?

1. take a look at my jubah konvo.. gila labuh! kawan lain pakai cun atas betis, Jannah punya lebih daripada setengah betis.. tu pon dah adjust, but still, nampak lagi kemenggelebehannya kat situ.. not nice at all kan? haha, bole sapu lantai la kata Mr. Boyfie.. ;)

2. tengok pulak muka Miss J dengan IR. Zalin tu.. it's like, IR Zalin tengah berlawak dan Jannah tergelak gelak tak menentu di situ.. chait, photorapher punya salah semua ni.. sebab tak bagitau cameraman tu kat mana.. *I wont hang this picture in my house.. malu! ;)

3. baju kebaya yang Jannah pakai? tu pon kainnya kena 3 kali lipat baru nak senteng sikit.. see? itu menjelaskan betapa pendeknya Jannah ni sebenarnya.. ;)

Mr. Pengarah Politeknik.. bole ke Jannah nak konvo lagi? Puan Asmara, tolong la bagi say konvo lagi.. sampai Jannah dapat best shot baru Jannah tak join konvo lagi, bole? :D

p/s : banyak cantek muka kau? ingat Poli ni bapak kau yang punya? ;)

Segmen Promote Blog Kotak Bulat!!

Assalamu'alaikum w.b.t..

- KLIK KLIK header untuk join sepantas kilat -

tarikh tutup : 11.59 p.m malam ni..
kena follow Kotak Bulat untuk follow up segmen..

SIMPLE gila kan? ;)

tarikh lahir blog  : 17 Februari 2011
followers terkini : 212 orang yang kacak dan cantik..

mana mana yang datang menyinggah ladang stroberi Jannah ni.. jom jom tinggalkan link blog korang kat Mister Linky kat bawah tu.. kesian dia.. takde sape nak bergurau dengan dia.. ;)

terima kasih sebab sudi baca :D

selamat tinggal dunia~ maafkan Jannah~

Assalamu'alaikum w.b.t..

- Mr. Google bagi hadiah -

hari ni kepenatan yang sangat sangat melampaui tahap maksimum dan kemampuan Jannah.. maka, dengan ini... Jannah mengisytiharkan pengunduran Jannah untuk hari ini.. mau tido awal.. :)

TAPIII.. sebelum tido.. Jannah nak memohon maaf kalau ada yang terguris hati dengan kekasaran bahasa Jannah, *kalau ada..

maaf maaf maaf maaf maaf.. mana tau, mungkin malam ni malam terakhir untuk bernafas ke kan.. kita tak tau kan? ;)

sekali lagi, Jannah mintak maaf.. :)

selamat malam! :D

Singgah blog aku sat , bleh ?

Assalamu'alaikum w.b.t..

- KLIK KLIK header kalau nak join -

baaaaaaaaaaaaaaanyak kan strawberi kat blog Jannah ni? sila silakan petik kalau mengidam.. Jannah bagi free je, tak payah bayar, orait tak? ;)

BEST kan? tak payah susah susah pergi Cameron Highlands, kat sini pon dah ada strawberi.. ambik sebakul dua pon takpe.. mak cakap, sedekah itu amalan mulia.. tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.. ;)

kalau sudi, follow la.. kalau nak tinggal tinggal jejak pon bole.. tinggalkan link kat Mister Linky bawah ni ye? nanti Jannah terjah korang balik.. wink wink! ;)

p/s : terima kasih Abe Beben for this segmen :D

Miss J jadi Digimon???

Assalamu'alaikum w.b.t..

- ehsan Abang Google -

haaa... mesti semua orang ingat lagi anime Digital Monster a.k.a Digimon ni kan? dengan hanya menggunakan Digi-vise, *betul ke spelling tu? who cares, janji semua faham kan? Digimon yang comel momel ni mesti bertukar ke level dan kekuatan yang berbeza kan? ;)

bila tengok anime ni, Miss J terfikir.. hidup ni perlukan perubahan.. sama ada dari buruk ke baik.. atau baik ke buruk, itu pilihan manusia sendiri.. 

maka dengan ini.. Miss J pon nak berubah jugak la.. tak nak dah guna nama pena Miss J ni.. ;)

"nama dah sedap sedap mak bagi Nurul Jannah, sedap sedap kau je tuka jadi Miss J ye? banyak cantik muka kau?"

haha, nak tergelak jugak dengar ayat mak tadi.. tapi ada betulnya jugak cakap mak tu.. there's nothing wrong with my name, why am I using this "Miss J" instead of Jannah? maksud dah cantik, indah nian lagi.. "Cahaya Syurga".. ;)

baik la mak... saya terima pakai nasihat mak.. oleh itu.. saya mengisytiharkan penukaran nama pena baru saya..

Miss J bertukar menjadi
|
|
|
|
V

Jannah
;)

p/s : untung jugak berblog sambil dipantau oleh parents ni kan? tunjuk ajarku sifu! ;)


- I HEART my Mr. Jamaluddin & Pn. Noraini soo MUCH -

tak support BERSIH tu golongan tipikal ke?

Assalamu'alaikum w.b.t..

- Mr. Google sponsor -

abaikan tuntutan BERSIH.. tu bukan apa yang Miss J nak share kali ni.. tadi Miss J cuba buat provokasi kat kawan kawan Facebook.. Miss J bukan tak nak clean politic, sape yang tak nak? betul tak? TAPI.. bukan dengan demonstrasi macam ni.. ;)

okay.. TIPIKAL ke kalau tak support BERSIH?

"menyusahkan la BERSIH ni.. tak payah buat la wey!"..

itu kebanyakan status kawan kawan Miss J.. betul, memang menyusahkan.. nak pergi kerja tak bole.. nak balik kampung pon tak dapat.. nak kuar dating? pon tak dapat.. senang kata, segala urusan tu memang tergendala la..

so Miss J terpanggil untuk berkomen komen kat status kawan ni.. dan datang seorang hamba ALLAH ni.. very sarcastic guy..

A : salahkan tuannya kalau anjing menyalak..
J : ha ah kan.. ambiga atau orang ramai tak salah.. yang salahnya kerajaan kan? ;)
A : haa.. betul, salahkan tuan anjing okay?
J : tapi dah menyusahkan ramai orang.. sampai nak pergi hospital pon tak bole..
A : kenapa baru hari ni heboh nak pergi HKL? klinik banyak kan? ke sebab takde duit.. ye la, klinik mahal kan?
J : tapi kalau emergency cases? sakit jantung ke, nak terberanak ke?
A : ambulans ada.. bole bawak pergi Tawakkal, Pantai.. semua tu dekat je..
J : ooo.. gitu.. (the best way to provoke is the SMILEY icons)
A : yang terjejas tengah bandar KL je.. kalau takut sangat pasal rally, tak payah gata sangat duk kat KL.. duk tempat lain.. bulu masing masing dah tumbuh, bole fikir kan? *tak sanggup nak menaipnya!
J : tak faham sangat ayat tu.. tapi ye la kot.. ;)
A : lain kali baca dua sumber.. kanan dan kiri.. jangan asyik tengok TV3.. buat la homework sikit.. tak payah nak jadi tipikal Melayu yang manja sangat..
J : *provok lagi.. okay.. bagi kamu menang.. (ikon senyum)
A : haaa!! jangan lupa tau! sorry terkasar bahasa.. :)
J : no biggie.. biase la, kasar ke lembut ke bahasa tu, janji dapat menang kan?

tup tup je Miss J bagi ayat tu.. terus manusia tu lesap.. so, Miss J terfikir.. are you arguing this with me to satisfy your ego or what? I'm not sure about you guys, tapi Miss J rasa, orang yang paling tipikal ialah orang yang manjang nak menang je.. baru diprovok sikit, mula la keluarkan ayat ayat kasar.. very typical.. tak gitu? :)

p/s : abang angkat bagitau tadi.. kesian, ada pakcik makcik tua yang dah tak larat jalan pon terlibat dengan BERSIH.. sedih tengok.. :'(

I HEART provokasi.. provokasi mengoyakkan segala yang tersirat di hati manusia.. ;)

oopss!! BERSIH? segalanya SPONTAN!

Assalamu'alaikum w.b.t..

- Google -

tadi tengok update BERSIH kat TV.. ANNOYINGnya Miss J dengan Ambiga!!!!!! yang Melayu pon rajin sangat nak ganti watak Pak Pandir tu kenapa? dah terlebih PANDAI nak berpolitik sampai lupa yang nenek moyang kita dulu bergadai nyawa nak bagi keamanan kat Tanah Melayu trrcinta ni agaknya.. ;)

"yang mengadakan tu PANDIR, yang mengikutnya pon PANDIR.. mau jadi macam Mesir? silap haribulan kita makan PASIR.." [Miss Jannah, 2011]

cuba la fikir? korang block jalan.. maunya ada ambulans nak rush hantar pesakit kritikal pergi hospital.. CONTOH, sakit jantung, mak nak beranak.. tak ke MELAYANG free je nyawa dioran? sebab? jalan kena blocked, ambulans tak tau nak ikut jalan mana dah..

apa laaaa manusia zaman sekarang ni.. akal tu campak masuk laut, bagi ikan makan.. bole? ;)

p/s : kesian tengok mentaliti typical Malays sekarang ni.. nak malu mengaku jadi Melayu tak bole.. sebab dah terang tang tang muka macam Mak Leha.. so, sabaaaaa je laaa.. ;)

Jom SENYUM bersama Shazny Salleh

Assalamu'alaikum w.b.t...

- KLIK KLIK untuk join! - 

senyum itu indah.. segaris senyum mampu mewarnai hari hari yang mendung..
senyum itu menawan.. secalit senyuman memberi erti keikhlasan..
senyum itu menarik.. macam lagu The Bomb..


CANTIK, MENARI, TERTARIK KAU MEMANG THE BOMB!

haha, TERpuitis pulak di situ.. honestly, Miss J ni suka senyum.. pergi sana sini mesti nak kena senyum.. merambu senyum.. shopping pon senyum.. makan? lagi la melebar senyumnya, nak nak lagi kalau makan FREE! kadang kadang nak pergi jamban pon senyum jugak.. *mereng! pendek kata.. Miss J ni memang suka senyum like orang gilak la.. ;)


- besties : Didie & Kak Bila.. Miss J diapit bidadari surga -

this is the BEST moment ever in my life! masa ni Miss J tengah down sangat sebab failed JPJ.. *that explains why I used to stay at home 24/7! so.. dengan sedikit planning KHAS dan agenda tersembunyi diorang.. diorang TERJAH rumah Miss J kat Melaka ni.. seronok tu tak terkata.. terharu sangat sangat sebab diorang sanggup bersusah payah, datang dari Sepang untuk cheer me up! then merambu ramba kat Banda Hilir sampai tengah malam.. TEPAT jam 12 tengah malam kitorang sampai rumah.. *macam Cindrella kan? jangan maraaa.. thanks guys.. I HEART you soooooooooooooooooooooooo muchie muchie much!

okay.. Shazny suruh TAG dua orang..

2. Zie

yang lain nak join jugak??? CEPAT!! tarikh tutup >> 20 Julai 2011, jam 2011 :D

terima kasih sebab sudi baca :D

MELAKA pon ada BERSIH?? melampau la ni!

Assalamu'alaikum w.b.t..

- ehsan Google -

seriously dude, I am not interested in this BERSIH 2.0.. kufikirkan KL saje yang buat perhimpunan tu.. RUPANYA Melaka pon terlibat! mana Miss J tau? malas nak cakap banyak.. Miss J tau pon dari orang lain.. so tak nak copy paste.. korang bole klik terus ke entry tu okay? 


p/s : agak geram sebab tak bole balik KL jumpa nenek.. ;)


gatal punya perempuan!

Assalamu'alaikum w.b.t..

- not in the mood.. Google bagi -

padah rajin sangat update blog, Miss J dah kehilangan beberapa widget yang Miss J sayang.. 

1. Mia yang comel..
2. Shoutmix yaang baru edit..
3. Page views..

ini semua berlaku TANPA KERELAAN saya.... pelik bin ajaib, tak bole nak add HTML balik.. agaknya line slow kot.. TAPIIII... edit widgets lain bole pulak? takpe laaa... Blogspot suruh tido agaknya.. esok pagi la try lagi..

*sangat down sebenarnya.. entah apa apa je la kan? heboh lebih!

p/s : terima kasih sebab sudi baca.. :)

header oh header~

Assalamu'alaikum w.b.t..

- curi curi dari Google -

tadi Miss J jogwalking kat semua blog.. kenapa jogwalking? sebab Miss J nak tido.. TAPI.. sebenarnya lebih kepada meng'ushar' header korang je.. semua cantek cantek dan kacak kacak.. macam korang jugak.. ;)

so dalam hati ni tengah terfikir something..

"Mr. Boyfie.. bole tak editkan header untuk sayaaa??"

ah, menyampah pulak baca kan? so, Miss J mencari cari ilham untuk header baru ni.. jeles la tengok header yang smart memart ni.. ;)

okay.. adios for now.. terima kasih sebab sudi baca :D

Cerita Hantu? Mai Nak Habaq Satu Jugak~

Assalamu'alaikum w.b.t..

AMARAN KERAS!!!
kalau hati tak kental..
jiwa tu tak batu..
jangan KLIK!


- tak sanggup nak Google gambar sebenar -

tadi lawat Kak Niena Dan Hantunya kejap.. seriau jugak layan pengalaman sebenar dia.. *agak menyesal bukak entry tu.. sebab dah tak tau macam mana nak tido!

TAPI... Miss J terpanggil untuk bercerita pengalaman Miss J.. ;)

masa Miss J study dulu, Miss J ada tabiat buruk.. which is, balik kelas, tido petang sampai Maghrib.. dan Miss J suka mandi dan basuh baju malam malam buta.. ditakdirkan satu malam... Miss J terlajak tido sampai pukul 10.30 malam.. sebab jadual hari tu sangat PADAT! dengan class sampai lewat petang, 3 ujian dan 3 kuiz besar.. memang otak sangat membutuhkan rehat.. ;)

"tak payah basuh baju beb.. mak aku cakap tak elok basuh baju malam malam.. kau mandi ala kadar je la..".. pesan kawan Miss J.. DEGIL!!! *pedulik hape aku.. baju aku, bukan baju kau.. 

so Miss J pon pergi mandi mandi.. basuh baju.. dan jam menunjukkan pukul 11.30 malam.. rumah sewa kitorang ni dua tingkat.. dan laman belakang tu jadi ampaian tertutup.. jiran kiri kanan pon students lelaki.. faham faham je la, gelap manjang sebab nak jimat bil eletrik.. dengan confident Miss J pergi turun sorang sorang.. kawan kawan tengah "meeting" kat bilik Miss J..

sidai punya sidai.. TIBA TIBA Miss J tergerak hati nak toleh ke laman belakang rumah jiran Miss J tu.. toleh punya toleh~

ADA POCONG BERDIRI TEGAK MENGHADAP MISS J!!
muka dia hodoh sangat!
wajah dia macam mengecut kena simbah asid..
mata merah, tepat pandang kat Miss J!

Miss J pon tak tunggu lamaaaa.... terus bukak PECUT 400 meter! sumpah, demi ALLAH.. mulut dengan hati tak ingat ALLAH dah.. berlari kencang naik atas.. badan menggigil gigil, macam kena goncang! esoknya terus DEMAM!

soooo.. pengajarannya kat sini...

1. jangan mandi malam!!
2. selalu selalu la ingat ALLAH..
3. amalkan Ayat Qursi, 3 Qul dan Surah Al-Mulk sebagai pelindung..
4. jangan jadi macam Miss J.. nampak pocong terus menggigil.. ;)

p/s : tadi Google gambar pocong, tapi semuanya tak seseram macam yang Miss J jumpa tu.. tapi.. bole tahan menakutkan jugak la.. ;)

terima kasih sebab sudi baca.. :D



siapa kau nak sound aku?

Assalamu'alaikum w.b.t..

- kanan tu Mr. Google, kiri pulak Mrs. Google -


sound tepek, atau lebih glamornya, makan dalam ni dah menjadi trend zaman sekarang.. betul tak? asal kau tak puas hati je, kau sound si A.. terlanggar sikit je pon, kau hentam si B.. eh senang cakap, kau ni pantang kena usik la, confirmed kau menghamburkan marah tu on the spot punya.. ;)

TAPI.. bagi Miss J, sound tepek tu bukan la bertujuan nak hamburkan marah secara bersepah sepah dan membabi buta saje.. sound tepek ni sebenarnya cara menasihati yang agak agresif.. bukannya sesuka hati je nak sound sound orang.. tapi tengok pada keadaan dan keperluannya..

Contoh : kawan korang keluar malam tak ingat dunia ke.. merokok ke.. minum arak ke..

1. teguran cara baik..

A : tak elok kau keluar malam ni.. nanti kalau jadi apa apa, kitorang dengan family kau jugak yang susah.. kau tu perempuan, kena pandai jaga harga diri..

B : hak elah kau ni... tak payah nak tunjuk alim kau kat sini bole tak? semak dow kau ni! kubur lain lain beb.. kau kisah ape?

nampak tak? sistem caring and being nice ni dah tak bole pakai dah.. seriously, almost 70% manusia jenis ni yang Miss J dah pernah jumpa.. tegur baik baik, maki hamun yang kita dapat.. tak kisah la lelaki ke perempuan, masing masing sama je.. it's okay kalau tak bole nak terima nasihat, tapi at least tolong balas dengan berhemah sikit, bole tak? :)

so... dari sini la bermulanya revolusi dalam amalan nasihat menasihati ni.. *dah macam kajian peradaban pulak kan? ada pulak main revolusi revolusi ni.. ;)

2. teguran makan dalam..

B : kau ape hal minah? bajet bagus sangat la? kau bajet, nama kau Jannah, kau dah direct masuk list ahli syurga ke nak sibuk sibuk sound aku? kau jaga kubur kau, aku jaga kubur aku, orait?

A : terpulang kat kau.. kalau dah merasa meraung terkaung kaung kena rogol nanti, jangan lupa update kat Facebook/Twitter okay? "seronoknya keluar malam, sampai kena rogol pon tak kisah..".. kubur lain lain? it's okay.. bukan aku yang nak menjawab untuk kau kat Mahsyar nanti.. yang kena seksa kau, yang mendapat pon kau.. tapi aku tak nak la disebabkan aku biarkan maksiat kau, aku pulak yang kena panggang kat neraka tadi.. PANDAII.. ;)

oooppss! korang jangan salah faham.. Miss J tak galakkan korang buat macam ni.. sebab.. kalau jiwa tak kental, hati tak batu.. korang akan kena tiaw kaw kaw balik.. kalau Miss J takpe, sebab this is me... I'm having fun for being sarcastic, bukan untuk mengutuk, tetapi untuk menyedarkan diri sendiri dan kawan kawan tersayang.. orang cakap, kalau sayang marah marahkan.. ;)

okay.. terima kasih sebab sudi baca.. :D

p/s : nak marah saya? nak maki pon bole.. sebab jawapan saya senang saje.. 


- kena marah pon tak kisah.. -



SAYA NAK JADI PROTEGE JAMALUDDIN.NET!

Assalamu'alaikum w.b.t..

- KLIK KLIK header kalau mau join! -


kali ni "ayah" Miss J a.k.a Abang Jamal buat segmen ala ala mentor gitu.. *perasan! kebetulan je nama sama dengan ayah Miss J.. 

tak nak cakap banyak.. 

1.KENAPA SAYA NAK JADI PROTEGE ABANG JAMAL?
   for sure sebab Miss J ni budak baru yang masih mentah dalam dunia blogging.. makanya Miss J amat memerlukan tunjuk ajar dari semua pihak.. dan dengan offer ni, MUSTAHIL untuk Miss J lepaskan.. betul tak? ;)

2. KENAPA SAYA PERLU DIPILIH?
   - sebab entry Miss J tak pernah ada unsur politik.. kalau ada pon, pasal BERSIH je.. tapi bukan overview pasal perhimpunan tu.. sila klik untuk baca ye? :)

   - sebab Miss J rajin update blog.. tapi tak la serajin otai otai.. sehari tu, ada la lebih dari 3 atau 4 entry.. tengok pada kerajinan dan kelapangan.. :)

   - sebab Miss J serius nak jadi blogger yang baik! biar followers tak ramai, asalkan entry ada kualiti dan style yang tersendiri.. *my favourite topic is on typical ladies, as usual.. ;)

   - sebab Miss J nak sangat tau apa benda tu UV, SEO, dan segala macam istilah blogging yang lain.. sebab Miss J ni agak lembap sikit.. nak kena ada orang explain baru Miss J faham.. *tutup muka!

   - last but not least... sebab.... yang buat tutorial ni kan "ayah" Miss J.. mesti la "ayah" kena pilih "anak sendiri" kan..? *okay, perasan lagi di situ.. lari laju laju sebelum kena ketuk! ;)

takpe kalau tak terpilih.. tak terpilih bukan bermaksud jalan untuk proses pembelajaran Miss J terbantut kan? maybe Miss J kena minum Anmum Essential, baru la sel sel otak bole berhubung, lalu mencanaikan kesemua maklumat untuk hasilkan blog yang MANTOP.. ;)

Good luck untuk semua peserta.. peace, happy blogging you all.. :D

as for "ayahku" a.k.a Abang Jamal.. best tengok Transformers 3? hehe, jangan maraaaa.. ;)

p/s : panjang la sangat.. terima kasih sebab sudi baca.. nak join?? CEPAT! tengah malam ni tutup! :D

Amalina Athman, this is specially for you~

Assalamu'alaikum w.b.t..

- KLIK KLIK header untuk bertandang ye? -


comel kan? header dia sangat comel!!!! *ah, tak habis habis dengan kegilaan terhadap header orang lain kan? 

kenapa entry ni KHAS untuk si comel lote ni? sebab....



ha ah kan? betul jugak komen Amalina ni.. terima kasih ye awak.. tak terfikir pon nak buat macam tu.. terima kasih banyak banyak.. ;)

p/s : terima kasih jugak kepada kesemua yang telah sudi bertandang dan mengkomen komen blog Miss J.. terharu sangat sangat.. first time dapat komen yang banyak macam tu.. terima kasih terima kasih terima kasih.. I really owe you guys this one.. :)

terima kasih lagi sebab sudi baca.. moh la Maghrib.. :)

oh ye.. kalau nak tinggalkan link blog, anda bole scroll down ye? tulis nama cantek cantek tau? :D

BERSIH? Nonsense la~

Assalamu'alaikum w.b.t..

semua dok huru hara pasal kempen bersih kan sekarang ni? moh la faham fahamkan firman ALLAH S.W.T ni.. ;)

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk." [Surah Ali Imran, Ayat 103]

kalau bersih tu bole mendatangkan kekacauan, lupakan je la.. duduk rumah layan hindustan sampai berbakul bakul hingus lagi bagus... tak gitu? ;)

kalau nak kerja lagi berfaedah, baca Terjemahan AL-Quranul Karim.. semoga kita sentiasa di landasan yang benar.. politik? pangkat? harta? wanita? DUNIAWI je semua tu.. masuk kubur nanti bukan bole bawak pon kan? ;)

terima kasih sebab sudi baca Tazkirah Makan Dalam daripada saya yang serba serbi kekurangan ilmunya.. ;)