My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

hargai tangan korang SEBELUM??

Assalamu'alaikum w.b.t..


sepasang tangan, tidak berharga andai tidak digunakan ke arah kebaikan.. tidak bernilai jika tiada amal yang dicurahkan meskipun sebesar zarah.. 

COPP!!! itu saje tazkirah untuk malam ni.. peringatan sebelum mata ni terlelap.. TAPII.. motif sebenar.. nak mengadu.. tangan ni sakit main bola tampar.. 3 tahun pencen sebab injury kat jari.. so bila main balik, anggota tangan yang kecik molek ni terkejut agaknya.. habis lenguh sampai kena berurut bagai.. gedik kan? :)

sakit ke tak sakit ke.. perjuangan mesti diteruskan! sekarang ni masa untuk lepas gian kat bola tampar.. penat tau tahan hati tengok member member ligat dig bola, sedangkan Jannah jadi tukang tengoooook je.. so sekarang dah ada chance nak main wakil kolej, nak tampal balik skills yang tumpul ni.. JANGAN SIA SIAKAN! ;)

wish me luck.. :)

pejam la wahai mata~

Assalamu'alaikum w.b.t..


percubaan melelapkan mata menemui jalan buntu akhirnya.. alhamdulillah, ada jugak masa nak update blog.. YA ALLAH... dah masuk second week pon Jannah still main main.. mana la mood study ni menghilang gamaknya? :(

tapi takpe.. bole diikhtiarkan lagi kerajinan tu.. ;)

p/s : tido la Jannah wey.............................. pukul 3 PAGI ni!

UTM, Jannah dan dot dot dot..

Assalamu'alaikum w.b.t..

lama sangat tak update blog ni.. rinduuuuuuu sangat sangat! :)

okay.. where do I start eh? okay, here it is.. di tengah tengah mood sakan beraya, Jannah meringankan hati pergi mendaftar jugak kat UTM Skudai.. raya KELIMA okay?? memang 'best' sangat kan? excited memang excited.. new life, new friends, new environment, sape tak suka kan? TAPIIII... jiwa masih meroyan nak collect duit raya.. tak best! ;)

pagi pagi lagi dah daftar.. lepas tu, baru nak manja manja lebih dengan mak ayah.. 

"ayah nak gerak balik ni.. take care okay?"

HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!! saya ditinggalkan tepat jam 11 pagi.. sob sob sob.. orang lain semua tengah sakan menghabiskan minit minit terakhir dengan family, Jannah pulak duduk termenung pandang diorang.. :(

then the orientation, or most known as Minggu Transformasi Mahasiswa here, began.. kitorang belajar cheers kolej.. oh yeah, kat UTM ni ada 13 kolej rasanya.. Jannah tak mampu nak listkan, sebab nak pendekkan entry.. :p

so Jannah menumpahkan taat setia kat Kolej Tun Hussein Onn (KTHO).. ramai gila kawan baru kat sini.. bebudak matriks, UTM KL, politeknik.. semua kat sini.. aktiviti pon gila best la.. terbaik! I heart you la KTHO! ;)

nak dijadikan cerita.. kat majlis penutupan orientasi ni kan.. Jannah dilanda musibah.. jatuh longkang! sebelah kaki kanan kat luar longkang, kaki kiri masuk longkang.. sakit kan? menurut sumeber terdekat, bunyi Jannah jatuh tu sangat sangat kuat.. tapi bila pergi klinik, faham faham je la klinik kerajaan kan.. hell yes, sampai harini sakit lagi.. nak duduk tak bole.. :'(

but today, we're totally free from the hell of the orientation.. bebudak ni semua dah merambu ramba entah ke mana.. roomate Jannah pon balik, sebab dia memang orang JB.. tinggal la saya yang kesengalan badan ni kat bilik sorang sorang.. sadis kan? :'(

so... ni je la gambar yang ada.. sebab Jannah amek dari member.. kamera tarak, ayah tak bagi bawak.. 

"nanti kau tak study.. asyik berkamera saje..".. :'(

- rasa sangat comel di situ.. PERASAN! -


- hari gelak sakan sedunia.. hehe -