My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

kisah satu rahim ibu,lima anak~ senyum, tak perlu kata apa apa~

Assalamu'alaikum w.b.t..

"kasihnya ibu... membawa ke syurga..".. sila sambung sebab Miss J tak hafal sangat liriknya.. ;) tersenyum senyum Miss J tengok tajuk entry ni.. ye la, dah kata suruh senyum, tak perlu kata apa apa kan? orait, Miss J takkan bercakap.. Miss J menaip je la.. okay kan? :) of course la my dear Miss J.. mana ada orang blogging guna suara.. lain la kalau buat Vlog.. ;)

satu rahim ibu... tapi lima anak? ape benda tu...? yeah, that's right.. my kucing yang comot momot named Mayau.. kenapa Mayau? tak kreatif betul nama.. yes, nama kucing Miss J kuno semacam, i know.. ramai dah family and kawan tegur.. tapi jawapan Miss J senang saje..

"Mayau ni kucing datang sebenarnya.. datang datang bawak perut.. dah sarat benar.. nak jalan pon dah tak mampu nak bawak badan.. so pakej la kan? you bela sekor, you dapat berekor ekor for free.. wink wink!"

Miss J tak tau Mayau ni baka apa, as she is more like kucing hutan.. bulu kembang, taring panjang.. tapi BURUK la pattern dia bak kata adik Miss J.. tapi it's okay.. Miss J memang dah lama nak kucing bulu comot momot ni.. so dengan rasa excitednya Miss J bela.. memang Miss J jaga dia ni betol betol.. oh yes, suara dia ni LEPER.. macam tak cukup makan je.. LEMAU.. haaaa... yang TU la yang buat Miss J MESTI MAU bela.. sebab mana ada kucing suara macam Mayau.. ;) 

first kelahiran yang Mayau bagi kat Miss J, 3 ekor.. comel comel semuanya.. tak macam mak dia.. haha, jahat kutuk kucing sendiri.. genap 3 bulan umur anak dia.. yang oyen DICURI, dan lagi 2 ekor tu mak buang sebab Miss J kerja jauh kat Seremban... so takde sape nak jaga.. end up dengan dihantar ke pasar.. sedih! second time she delivered, dua ekor.. sangat GORGEOUS! dapat lagi OYEN.. dan sekor tompok rompok.. sangat COMEL! tapi.. LESAP jugak lepas 3 bulan.. sabooor je la.. macam kena sumpahan 3 bulan je kan? haha.

and this time.. 5 lil kitties yang comel momel... dapat lagi 2 OYEN, 2 ITAM dan sekor goldy goldy one.. this time, I wont let them out. nanti lesap lagi.. and yes, Goldy is MINE.. tak nak bagi sape sape.. bluweekk.. urgh~ gedik je statement..

tak sabar rasanya nak tengok anak anak Mayau ni membesar.. sekarang ni, diorang dah mula bukak mata.. YIPPIII!! dah pandai berebut masa menyusu.. memang comel.. tapi yang tak tahannya.. pukul 4.30 pagi dah mengiau bising bising bawah katil Miss J.. terganggu tidur Sang Puteri ni tau? oh si comel momel sekalian... cepat cepat la besar.. boleh la Miss J berlari berkejaran dengan kau ekor.. ;)

jom layan gambar gambar produk Mayau :


- Mayau, Tyger & Kechik -

- second : oyen jr. & comel -

later on Miss J update gambar gambar sengal Mayau masa dia tengah bunting kali ketiga ni ye :)

No comments: