My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

Cik Anon, tolong berani sikit bole?

Assalamu'alaikum w.b.t..

- ehsan Google -

yes! akhirnya bole men'internet'kan diri sampai lebam! oyeh oyeh.. bole blogging puas puas.. thank you Streamyx.. *tau kau takut... berani la kau cari pasal dengan aku.. ;)

Cik Anon? rasanya semua bloggers kenal identiti Cik Anon ni kan? *tipu kalau tak kenal! dia ni reader yang bernama, tapi buat buat takde nama.. tau kenapa Jannah cakap macam tu? sebab.. dia tak suka letak nama dia kat the end of comments.. tak tau la kenapa.. adakah dia Superman yang menyamar di sebalik bayang Clark Kent? mungkinkah dia jugak Selina Kyle, yang menjelma sebagai Catwoman pada waktu malam? misteri bukan? *dey apa da ayat skema sangat ni? ;)

walaubagaimanapon, Cik Anon ni berkemungkinan besar seorang pembaca setia.. yang 24 jam mengikuti perkembangan kita semua.. but too bad, dia mungkin takde blog.. good for you Cik Anon.. kami hargai kehadiran anda di sini.. TAPIIII.. Jannah berani cakap, kadang kadang bloggers pon menyamar sebagai Cik Anon jugak.. bukan semua, tapi minoritinya.. tapi Jannah tak cakap korang tau? Jannah tau, korang ni baik baik belaka.. ;)

bila masa Cik Anon ni muncul? ini SITUASInya.. ;)

Anonymous : kau jangan cakap macam sampah bole tak? kau dengan blog kau ni, sama je bodohnya!

1. bila diorang tak puas hati, mendengki ataupon memang berniat nak jatuhkan kita.. tu la komen komen yang paling kerap diorang bagi.. or worst than that pon ada kan? TAPIIIII... yang pastinya, CONFIRMED tak letak nama.. kenapa? takut IP kena trace, and Jannah terjah awak balik ke? sorry, you're worth nothing, buang masa je nak layan awak.. nak kritik biar beradab, biar beridentiti ye Cik Anon.. kalau awak begitu berani menyumpah seranah bloggers, takkan nak letak nama sendiri pon kecut kan? potong kepala hutak tu, bagi monyet main, okay? ;)



Anonymous : entry dah okay, cuma tajuk tu mungkin tak berapa sesuai la.. takut orang salah faham je dengan apa yang awak cuba sampaikan..

2. kalau dapat komen macam kat atas ni... alahaiii... sejuknya hati baca.. tapi memang jarang gila nak dapat komen macam ni kan korang? tapi sayang, awak pon tak letak nama.. macam mana Jannah nak buat entry ucap thank you kat awak ni? ;)

so, kepada Cik Anon yang baik hati ataupun kejam tu.. sila sila la letak nama.. jangan risau, bloggers ni semua manusia biasa.. semua makan nasi, tak makan orang.. *tapi tak tau la kalau kalau ada cannibal pulak kan? tak susah kan nak taip nama tu? jangan takut untuk bersuara.. berani kerana benar, takut kerana salah la bak kata orang tua tua.. ;)

as for Cik Anon yang suka menjatuhkan orang lain tu... kalau ada rasa rasa nak maki, kritik, sumpah seranah Jannah tu.. ini pesanan dari Jannah untuk anda.. ;)


sorry, I dont give a damn on it.. awak sembang la besar mana pon nak maki Jannah, Jannah takde hal.. ini budak banyak kental punya hati.. itu ALLAH, PARENTS and FAMILY saje yang bole bikin Jannah kecut.. and one more thing, kalau nak maki maki, jangan lupa letak nama kat hujung komen tu okay? ;)

o/s : terima kasih sebab sudi baca.. ;)


1 comment:

Sri_Tulip said...

nak taw tak jannah nape die dorang x letak name dorang??? sebab name dorang x sesedap name kite.. tu yang dorang tak letak tu... dorang malu... name x komerSIAL la kate kan... Hihihihiih