My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

Lelaki ini, Hazman Halid dan Miss J~

Assalamu'alaikum w.b.t...

- hasil curian dari Facebook -

kenal lagi abang segak kat atas ni? bagi yang tak kenal... KLIK SINI!!

tadi kan... dia kan... buat kan... Miss J terharu sangat sangat!! kenapa? tengok la sendiri.. tak nak bagitau.. ;)



VIDEO APA??

- Lelaki Ini by Anuar Zain -


okay, agak menggelabah kat situ sebab bukan Miss J sorang saje yang di'tagged' kan? suka suka suka suka suka suka suka suka suka suka!! suka sampai nak lompat pergi bintang je rasa.. ;)

I'm loving it more than I love Mega Mac.. more than I love Sedetik Lebih.. and more than words la senang kata.. ;)

Abang Hazman.. thanks for the lovely song yeah? thank you very very the muchie one... :D

p/s : I'm going to the(silence) jem(gym).. video belajar accent Mid West tu best! ;)

terima kasih sebab sudi baca..





emakku, guruku, sayangku dan murukku~ thank you~

Assalamu'alaikum w.b.t..

tajuk tak bole blah kan? haha, entry kali ni KHAS untuk emak.. *I know you're reading this mak.. this is specially made for you.. ;)

kalau petang semalam Miss J agak down dengan kematian Oyen, malam tu Miss J agak cool sikit.. sebab.. mak tercinta, Puan Noraini Mohd. Yunus, dah masakkan something special untuk kitorang semua.. special, yet it is my very very very favourite menu.. 


- semalam dah habiskan, so mintak ihsan Mr. Google untuk Mee Kolok Sarawak -

seriously, memang TERBAIK! mee kolok mak memang sebijik macam yang original made.. hilang rasa rindu kat suasana Kuching.. mana taknya, 5 tahun kat Kuching banyak mengajar Miss J.. loghatnya yang unik, makanannya yang lazat, kepelbagaian seni dan budaya.. perghh~ memang best gila duduk kat sana.. rindu kampung? tipu la kalau tak rindu kan? tapi, suasana komuniti kat sana sangat  sangat mesra.. so rindu tu terbang di angin lalu je.. *chewah.. ayat bukan main sastera gitu... ;)

cukup cukup la borak pasal Kuching.. next entry je la story.. ni nak cerita pasal mak.. ;)

mak seorang yang sangat strict.. cikgu la katakan.. sejarah pendidikan adik beradik Miss J takkan lari daripada cubitan maut mak.. kenapa? sebab kitorang ni, pada awalnya agak lemah dengan Matematik.. kena pulak dapat mak cikgu Matematik sekolah menengah.. Miss J ingat lagi, masa darjah 2, Miss J dah hafal sifir, sampai sifir 12.. berkat makan penampar dari mak.. betul, mak sangat tegas kalau bab Matematik ni.. ada lagi satu, masa darjah 3.. Miss J tak pandai nak buat soalan bahagi.. Miss J baru tunjuk soalan, mak dah piat Miss J.. 

"belajar sendiri.. jangan malas! buat apa hantar sekolah kalau semuanya nak bersuap?"

sejak tu, Miss J tak pernah lagi tanya apa apa kat mak.. seksa memang seksa, tapi penyeksaan tu faktor kecemerlangan.. alhamdulillah, Miss J syukur ada mak yang tegas macam ni.. :)

kenapa panggil 'cubitan maut'?? huish... you dont wanna imagine how hurt it is.. cubitan mak, cubitan yang paling menakutkan.. kalau letak rotan dengan jari halus mak, Miss J lagi rela pilih rotan.. serious, tak tipu ni! sebab....... emak akan cubit dekat perut.. cengkam pulak tu! nampak macam biasa je kan?? yang buat jadi luar biasa is... when emak pulas habis perut dengan tahap pulasan yang paling maksimum, then emak akan tarik ke atas.. bole bayangkan betapa sakitnya cubitan maut mak? sampai jengket tak jejak tanah Miss J kata.. tak tipu, memang kisah benar.. itu untuk SATU SOALAN yang salah.. baru SATU, kalau SEPULUH?? memang SEPULUH kali kena kat tempat yang SAMA.. best kan? nak try? no need, you wont stand the pain.. ;)

TAPI.. garang garang emak pon.. emak masih seorang emak yang penyayang.. sangat sangat penyayang.. Miss J ingat lagi, masa tu Miss J kena bantai dengan ayah sebab main main air kat bilik air.. time tu umur 5 tahun kalau tak salah.. *kecik kecik lagi dah nakal macam hantu, memang kena balun la jawabnya.. emak akan peluk Miss J, selagi Miss J tak berhenti menangis dan terlelap kat pangkuan mak, selagi tu la mak akan setia peluk Miss J.. no matter how big the mistake was, mak sentiasa ada untuk pujuk Miss J.. ;)

prihatinnya emak ni, sampai Miss J dah masuk Politeknik.. tiap minggu mesti ada SMS pembakar semangat.. kadang kadang, bila kita dah besar ni, kita bajet yang kita ni mampu nak berdikari.. mampu nak handle masalah sendiri.. tak payah bagitau mak ayah pon takpe.. TAPI.. setiap kali Miss J ada masalah atau sedih, instinct mak tu cukup kuat.. sama ada mak akan call tanya khabar.. ataupun SMS semangat yang masuk inbox.. ;)

"when you focus on problems, you will have more problems. when you focus on possibilities, you will have more opportunities."

SMS ni masih lagi Miss J simpan.. SMS ni Miss J dapat masa Miss J tengah serabut dengan assignments yang menggunung, common tests yang berlambak tak hengat dunia.. dapat je SMS ni.. hilang semua serabut.. ;)

apa lagi pasal mak eh? haaa.. mak mana yang tak kuat bebel? bebel pon bukan bebel suka suka.. bebel sebab Miss J ni sangat malas!! *jatuh saham! rutin asrama tu melekat kuat dalam diri Miss J ni.. dari form 1 Miss J dah tak duduk dengan family.. so Miss J dah biasa uruskan diri sendiri... tak reti nak buat kerja untuk orang lain.. basuh baju sendiri, lipat baju sendiri, tak reti masak.. haaa.. ni semua punca Miss J kena bambu dengan mak.. haha, kemas rumah pon tak expert! tapi tu masa awal awal habis Diploma la.. sekarang ni mak suka bising sebab Miss J suka tangguh tangguh kerja.. hehe, jahat kan anak ni? bukan malas ke apa.. memang saje nk dengar mak bising.. sehari tak dengar, macam tak lengkap hidup.. tapi kalau dah terlebih bising, Miss J yang pening nak dengar.. ;)

emak.... thank you sooo much for raising me up.. for being an idol to me, the GREATEST role model in my life.. you're my everything.. I wont be a SOMEBODY like I did today.. thank you, thank you, thank you.. saya sayang emak saya ketat ketat.. ;)

- see? nama dah ada kat situ.. -

p/s : belum cakap I love you kat emak korang? do it NOW! terima kasih sebab sudi baca.. ;)

akhirnya... kau PERGI jua~ tabah Jannah, tabah!

Assalamu'alaikum w.b.t..

mintak maaf ye.. banyak benar update entry ni.. mesti rasa annoying kan? maaf maaf maaf maaf... :(

- Oyen yang tabah -

ingat lagi kat si kecik Oyen Miss J yang separa lumpuh ni? kalau tak tau, sudi sudikan la klik kat gambar tu.. will direct you to the entry.. ;)

hari ni Miss J happy, sebab tiba tiba Oyen bole mengiau dan bukak mata.. so Miss J semangat nak bawak pergi klinik esok.. so Miss J proceed dengan kerja ironing.. Oyen mengiau panggil panggil, Miss J datang kejap kejap tengok dia.. oooo.. iyak(membuang) rupanya.. so Miss J biar dulu.. sambung lagi kerja..

pelik, Oyen asyik mengiau dan pandang Miss J je.. leka dengan kerja, Miss J tak pandang Oyen dah.. sejam lepas tu, rest kejap.. tengok tengok Oyen, dah keras.. sabar Jannah sabar.. I wont cry, I wont cry.. dah ajal.. cukup cukup la minggu ni Miss J dah banyak kehilangan airmata sebab kucing kucing.. ;)

si kecik Oyen yang tabah.. haooy resting ye.. :)

p/s : terima kasih sebab sudi baca..

TOP ke entry Miss J??

Assalamu'alaikum w.b.t..

- curian dari Mr. Google lagi -


AMARAN!!
ini entry berbaur perasan tahap babun ye..
sila jangan sakit hati..
saya memang begini..
heboh macam kapal nak tenggelam..
sila maafkan saya ye...
peace you all!

Miss J selalu tertanya tanya.. layak ke aku ni jadi blogger yang baik? berkualiti ke entry aku? kenapa aku berblog? untuk siapa blog ni? dan 1001 macm lagi soalan yang selalu mencumbui mencemburui diri ini.. *ayat mintak pelempang.. sila lempang saya laju laju.. ;)

Miss J tak rasa entry Miss J bagus.. TIDAK sama sekali.. masih banyak lagi yang Miss J nak baiki.. kadang kadang, nak share dengan orang pon malu.. nak mengaku ada blog pon malu.. kenapa?

"poyo je ada blog, tapi isi semua jahanam!"

haaaa... Miss J takut nak dengar ayat macam tu.. tak syiok la kalau bukak bukak comments je, dapat komen komen yang siotan kasar macam tu kan? Miss J ni dah la lemah lembut hatinya, cepat terusik, dan berjiwa halus.. *sila muntah! so Miss J tak bole la dengan ayat ayat kasar ni.. mesti rasa nak baling batu menangis airmata mutiara naga.. ;)

ah, mengarut ni! TOP ke entry Miss J? most of entries Miss J akan share kat social page yang Miss J create.. untuk renungan bersama dengan para LIKERS.. *ada ke istilah tu? tibai je la kan.. dan.. bila Miss J search shared links yang Miss J dah post... *kononnya nak tengok la, ada ke orang sudi nak layan kerenah Miss J kan.. so, here's the results!

- kali ni sumber dari saya sendiri.. -

wow! ada jugak orang sudi share entry Miss J.. honestly babes, Miss J memang terharu sangat sangat.. alhamdulillah.. ;)

but WAIT! pasal prank Jozan tu pon diorang share? haha, sabar je la.. sukanya hati tengok hasil search ni.. tak bole blah, pasal Miss J konvo pon kena share jugak ye? ini yang nak love likers tu semua to the very maximum level ni!! I love you soooo much guys.. thank you sangat sangat.. ;)

tapi ada satu entry tu yang tak naik kat situ.. kalau tak salah, lebih dari 50 orang yang share entry tu.. maybe sebab dah lama post, sebab tu dia tak naik kat results.. entry pasal perempuan cantik jadi hodoh tiba tiba.. interested? mau baca? KLIK KLIK!! 

bila dah main search tu, baru la rasa bangga sikit sebab ada jugak yang sudi menjengah ke blog Miss J yang serba kurang ni.. makin bersemangat nak hasilkan entry yang menarik!! go for it Jannah! mesti bole punyaaaa.. ;)

untuk semua likers page, thank you for supporting me.. you guys are absolutely BEST!! I love you very very the muchie one!! ;)

p/s : terima kasih sebab sudi baca.. ;)

Facebook dan kematian~ ada kena mengena ke??

Assalamu'alaikum w.b.t..

- sekali lagi, curian daripada Google -

pagi pagi ni Miss J bukak Facebook.. macam macam updates dari kawan kawan semua.. merepek ada, kelakar ada, cute pon ada.. dalam seronok, dua ronok dan beronok ronok tu, Miss J tertarik dengan satu post ni.. 


"APA YANG JADI DENGAN AKAUN FACEBOOK KITA SELEPAS KITA MATI?"

AMARAN KERAS!!
ini bukan entry untuk condemn sesiapa okay?
sila berfikiran terbuka dan berjiwa lapang..
agak agak kalau panas mata baca..
sila klik PANGKAH tu laju laju..
terima kasih..


scary kan tajuk dia? isinya pon makan dalam.. Miss J tak nak paste kat sini.. tak seronok nak paste hasil kerja orang ni.. takde kepuasan.. ;)

apa isi kandungan post tu? jom kita ZAAASSSS! ;)

"cun la awak ni.."
"tough gila badan kau.. meleleh dowh!"
"gila seksi awek ni bhai.. kalau la aku dapat.."

bangga tak kalau korang ditakdirkan dapat komen komen yang terangsang memberangsangkan macam ni? dont lie, everybody will be proud of it.. even Miss J pon kembang jugak kalau ada orang puji puji Miss J ni comel macam Selena Gomez.. kembang kempis la hidung terima segala puji, diangkat angkat, dipuja puja oleh orang ramai.. kan? 

makin dipuji, makin berlambak lambak pose maut yang kita hasilkan.. terutamanya, PEREMPUAN.. bukan nak kutuk perempuan, tapi REALITInya, kalau kita survey, memang rata rata pengguna laman sosial yang mempamerkan posing maut adalah perempuan.. yang freehair dan bertudung semua sama je.. semua pakat tayang aset masing masing.. dari rambut ke hujung kaki semua nampak.. tak payah Miss J nak cakap banyak, korang pon tau sejauh mana kebenaran kata kata Miss J ni.. kan? ;)

"akaun aku, suka hati aku la.. internet aku yang bayar.. sape kau nak menyibuk?"

sorry, bukan nak menyibuk.. peringatan saje.. untuk diri sendiri semestinya, dan untuk gadis gadis menawan yang sedang membaca ni.. bukan nak menembak sesape, tapi nak ajak kita refleksi diri.. ;)

back to the topic.. apa kaitan dengan kematian? macam yang korang tau, website korang ada password yang hanya korang je yang tau kan? unless korang pass kat couple korang, tu lain cerita.. tolak tepi pasal tu.. yang Miss J nak highlight ni, bila dah mati, gambar gambar posing maut dan tayangan perdana aset aset dan aurat kita tu sape nak deletekan? kalau tak delete, mesti la terus terusan jadi tontonan mata mata nakal kan? berapa banyak dosa yang kita dah dapat? hey, jangan ingat dosa tu hanya dilakukan semasa hidup je tau? dosa tu bole terus berjalan walaupon jasad ni dah tertimbus.. bila akaun dosa bertimbun timbun sampai bawak ke alam mati, tak ke terseksa kita kat dalam kubur nanti? tak ke terketar ketar nak menjawab kat akhirat nanti? dah cukup sangat ke amal jariah kita untuk cover akaun dosa yang sentiasa berjalan tu?

tak nak cakap lebih lebih.. Miss J pon bukan sempurna sangat.. semoga sama sama la kita jadikan iktibar dan pedoman ye perawan perawan yang jelitawan.. ;)

p/s : terima kasih sebab sudi baca.. :)