My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

emakku, guruku, sayangku dan murukku~ thank you~

Assalamu'alaikum w.b.t..

tajuk tak bole blah kan? haha, entry kali ni KHAS untuk emak.. *I know you're reading this mak.. this is specially made for you.. ;)

kalau petang semalam Miss J agak down dengan kematian Oyen, malam tu Miss J agak cool sikit.. sebab.. mak tercinta, Puan Noraini Mohd. Yunus, dah masakkan something special untuk kitorang semua.. special, yet it is my very very very favourite menu.. 


- semalam dah habiskan, so mintak ihsan Mr. Google untuk Mee Kolok Sarawak -

seriously, memang TERBAIK! mee kolok mak memang sebijik macam yang original made.. hilang rasa rindu kat suasana Kuching.. mana taknya, 5 tahun kat Kuching banyak mengajar Miss J.. loghatnya yang unik, makanannya yang lazat, kepelbagaian seni dan budaya.. perghh~ memang best gila duduk kat sana.. rindu kampung? tipu la kalau tak rindu kan? tapi, suasana komuniti kat sana sangat  sangat mesra.. so rindu tu terbang di angin lalu je.. *chewah.. ayat bukan main sastera gitu... ;)

cukup cukup la borak pasal Kuching.. next entry je la story.. ni nak cerita pasal mak.. ;)

mak seorang yang sangat strict.. cikgu la katakan.. sejarah pendidikan adik beradik Miss J takkan lari daripada cubitan maut mak.. kenapa? sebab kitorang ni, pada awalnya agak lemah dengan Matematik.. kena pulak dapat mak cikgu Matematik sekolah menengah.. Miss J ingat lagi, masa darjah 2, Miss J dah hafal sifir, sampai sifir 12.. berkat makan penampar dari mak.. betul, mak sangat tegas kalau bab Matematik ni.. ada lagi satu, masa darjah 3.. Miss J tak pandai nak buat soalan bahagi.. Miss J baru tunjuk soalan, mak dah piat Miss J.. 

"belajar sendiri.. jangan malas! buat apa hantar sekolah kalau semuanya nak bersuap?"

sejak tu, Miss J tak pernah lagi tanya apa apa kat mak.. seksa memang seksa, tapi penyeksaan tu faktor kecemerlangan.. alhamdulillah, Miss J syukur ada mak yang tegas macam ni.. :)

kenapa panggil 'cubitan maut'?? huish... you dont wanna imagine how hurt it is.. cubitan mak, cubitan yang paling menakutkan.. kalau letak rotan dengan jari halus mak, Miss J lagi rela pilih rotan.. serious, tak tipu ni! sebab....... emak akan cubit dekat perut.. cengkam pulak tu! nampak macam biasa je kan?? yang buat jadi luar biasa is... when emak pulas habis perut dengan tahap pulasan yang paling maksimum, then emak akan tarik ke atas.. bole bayangkan betapa sakitnya cubitan maut mak? sampai jengket tak jejak tanah Miss J kata.. tak tipu, memang kisah benar.. itu untuk SATU SOALAN yang salah.. baru SATU, kalau SEPULUH?? memang SEPULUH kali kena kat tempat yang SAMA.. best kan? nak try? no need, you wont stand the pain.. ;)

TAPI.. garang garang emak pon.. emak masih seorang emak yang penyayang.. sangat sangat penyayang.. Miss J ingat lagi, masa tu Miss J kena bantai dengan ayah sebab main main air kat bilik air.. time tu umur 5 tahun kalau tak salah.. *kecik kecik lagi dah nakal macam hantu, memang kena balun la jawabnya.. emak akan peluk Miss J, selagi Miss J tak berhenti menangis dan terlelap kat pangkuan mak, selagi tu la mak akan setia peluk Miss J.. no matter how big the mistake was, mak sentiasa ada untuk pujuk Miss J.. ;)

prihatinnya emak ni, sampai Miss J dah masuk Politeknik.. tiap minggu mesti ada SMS pembakar semangat.. kadang kadang, bila kita dah besar ni, kita bajet yang kita ni mampu nak berdikari.. mampu nak handle masalah sendiri.. tak payah bagitau mak ayah pon takpe.. TAPI.. setiap kali Miss J ada masalah atau sedih, instinct mak tu cukup kuat.. sama ada mak akan call tanya khabar.. ataupun SMS semangat yang masuk inbox.. ;)

"when you focus on problems, you will have more problems. when you focus on possibilities, you will have more opportunities."

SMS ni masih lagi Miss J simpan.. SMS ni Miss J dapat masa Miss J tengah serabut dengan assignments yang menggunung, common tests yang berlambak tak hengat dunia.. dapat je SMS ni.. hilang semua serabut.. ;)

apa lagi pasal mak eh? haaa.. mak mana yang tak kuat bebel? bebel pon bukan bebel suka suka.. bebel sebab Miss J ni sangat malas!! *jatuh saham! rutin asrama tu melekat kuat dalam diri Miss J ni.. dari form 1 Miss J dah tak duduk dengan family.. so Miss J dah biasa uruskan diri sendiri... tak reti nak buat kerja untuk orang lain.. basuh baju sendiri, lipat baju sendiri, tak reti masak.. haaa.. ni semua punca Miss J kena bambu dengan mak.. haha, kemas rumah pon tak expert! tapi tu masa awal awal habis Diploma la.. sekarang ni mak suka bising sebab Miss J suka tangguh tangguh kerja.. hehe, jahat kan anak ni? bukan malas ke apa.. memang saje nk dengar mak bising.. sehari tak dengar, macam tak lengkap hidup.. tapi kalau dah terlebih bising, Miss J yang pening nak dengar.. ;)

emak.... thank you sooo much for raising me up.. for being an idol to me, the GREATEST role model in my life.. you're my everything.. I wont be a SOMEBODY like I did today.. thank you, thank you, thank you.. saya sayang emak saya ketat ketat.. ;)

- see? nama dah ada kat situ.. -

p/s : belum cakap I love you kat emak korang? do it NOW! terima kasih sebab sudi baca.. ;)

3 comments:

Elih Japahar said...

Rindu kuching ye...sy dah jarang makan mee kolok & laksa sarawak ni, tukar selera pulak haha..untung mak awak ade anak mcm awk :)

+_Miss.Jannah_+ said...

untung ye..? hehe, degil mengalahkan anak2 lelaki ni :p

sy yg sepatutnya bersyukur ada seorang mak mcm mak sy.. ;)

niena shopping2u said...

akak xpenah makan, tatau rasa camne.. erk.. leh la akak jejalan umah jannah makan mee ni hehe