My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

sabar la~ mungkin itu dugaan-Nya~

Assalamu'alaikum w.b.t...

ANDA RASA INI COMEL??

- first product of Mayau -


- second product -



- anak angkat Mayau -

mesti semua orang nak kucing kucing comel kat atas ni kan? ini la koleksi anak anak Mayau, si kucing Miss J yang comot lagi kembang bulunya.. tak tau la baka apa, sebab kucing datang kan.. 

anda mau cubit cubit mereka? sebab semuanya lincah lincah dan nakal nakal.. macam tuannya jugak.. NAK?? bole je Miss J bagi.. KALAU dulu bole la nak bagi.. tapi sekarang?? nak bagi macam mana? semuanya LESAP! kena curi manjang.. haish.. sabar je la.. semoga mereka mereka di atas ni membesar dengan kuat dan aktif di samping pencurik tuan barunya.. ;)

TAPIII... macam mana pulak dengan yang...........

INI????

- third product, Oyen -

nampak jelas kan yang Oyen tu sakit? sebenarnya, Oyen ni separa lumpuh.. bukan Kucing Kurang Upaya akibat Down Sindrom!! Oyen lahirnya normal, membesar pon normal dengan 4 lagi adik beradiknya.. 

haa? apa dia?? eh taakk.. bukan Miss J yang balun sampai dia lumpuh.. takkan la Miss J kejam macam tu.. al kisahnya... *tak sanggup nak cerita.. TRAGIS sangat kisahnya.. japgi pergi klik kat link bawah kalau nak tau cerita okay? ;)

nak jaga KKU (Kucing Kurang Upaya) ni tak mudah.. nak nak lagi dengan keadaan Oyen yang dah tak mampu nak mengiau lagi ni.. Miss J dan Mayau tak tau apa yang dia nak.. bila masa dia lapar.. bila masa nak menyusu.. bila masa nak iyak iyak(bahasa sopan untuk membuang najis ye).. so Miss J 24 jam kena alert dengan Oyen.. kalau kotor Miss J kena cucikan.. 

macam tadi, Oyen iyak.. tiba tiba keluar satu organ, which is Miss J pon tak sure apa benda tu.. macam usus, Miss J jadi takot nak tarik.. so Miss J cebokkan Oyen tanpa mengganggu organ tu.. mandi punya mandi.. 

"eh?? mana pergi benda tadi? hilang??"

AJAIB! rupa organ tu sebijik macam usus kecik.. TAPI.. tercabut dengan sendirinya, macam tali pusat.. subhanALLAH.. ALLAH tunjukkan keajaiban kat situ.. mengucap jugak Miss J tadi.. berpeluh sakan, panik dibuatnya.. terus check nafas Oyen.. alhamdulillah.. hidup lagi.. TAPIII.. apa benda tadi tu eh?

"mak! orang pergi beli susu kucing kejap!"

dengan ligat Miss J pecut motor.. *takde lesen? pedulik apa saya? carik punya carik, tak jumpa.. haduyai! macam mana ni? Mayau dah tak nak susukan Oyen.. kebulur la Oyen nanti.. lagi sekali, hati Miss J tergerak nak explore rak makanan kucing tu.. syukur!! jumpa sepeket susu yang LAST! terus pecut 180 km/j balik! bancuh secawan, paksakan Oyen minum 3 injection.. itu pon Oyen cakar cakar tangan Miss J, sebab dia nak tido.. last last, Miss J kendong Mayau, terus Miss J inject susu tadi kat dia.. bhahaha, bukan selalu nak buli Mayau.. ;)

memang menguji kesabaran.. tapi takpe.. demi Oyen, Miss J kuatkan semangat.. sebab harapan tu masih tebal.. Miss J doa, Oyen cepat sembuh.. sebab Oyen je la yang Miss J dan Mayau ada sekarang ni.. ;)



p/s : itu saje.. terima kasih sebab sudi baca.. :)

2 comments:

niena shopping2u said...

urm..cian kt oyen tu,kt sini pn ada mcm tu dlu,kna langgar ngan keta..dah wat kad KKU blum? (kucing kurang upaya) =.='

+_Miss.Jannah_+ said...

kene langgar kete? lagi dahsyat tu.. selalu kalau kene langgar, dah mati terus.. ALLAH panjangkan umur dia.. :)

yang oyen ni.. tak tau la.. mintak mintak la elok.. nak try buat terapi la.. :p