My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

teristimewa untukmu : insan yang bergelar IBU..

"I love my mother as the trees love water and sunshine - she helps me grow, prosper, and reach great heights."  ~Terri Guillemets

KHAS untuk semua ibu, emak, mama, mummy, ummi.. sempena Hari Ibu ni.. hati aku tergerak nak mencoretkan sesuatu yang indah untuk wanita yang agung ni.. siapa yang dapat menyangkal kehebatan dan kemuliaan pengorbanan seorang ibu? sedangkan Rasulullah SAW sendiri memberikan penghormatan kepada golongan mulia ini melalui satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA :

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
 “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibumu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” 
Baginda menjawab: “Ibumu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?"
Baginda menjawab : "Bapamu."

Nampak tak? betapa mulianya kedudukan seorang ibu sehinggakan Rasulullah SAW berikan hak yang 3 kali ganda lebih besar kepadanya berbanding bapa.. hinggakan martabat dan kemuliaan seorang ibu diangkat lagi dengan sokongan hadith yang menyatakan bahawa SYURGA itu terletak di bawah tapak kaki ibu.. subhanallah..

kenapa?? kenapa besar sangat kemuliaan ibu ni?? kenapa Syurga tu tak terletak pada ayah? kan ayah pon berjasa jugak.. aku akan bagi jawapannye.. so korang hayati la firman Allah ni..

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." [Luqman 31:14]

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." [al-Ahqaf 46:15]

dah la susah payah mengandungkan kite.. bukannye kejap.. 9 bulan 10 hari! jalan berdekot dekot, kaki membengkak, kite yang dalam perot lagi menendang, menyepak, berjoget sesuka hati.. bukan senang nak mengandungkan satu nyawa.. walaubagaimanapun, golongan ibu ni tak pernah anggap kite menyusahkan.. diorang selalu tersenyum happy tengok pertumbuhan kite kat dalam perot.. itu baru cerita mengandung.. ape pulak perihal melahirkan? dalam al-Quran Allah menceritakan kesakitan yang dialami Maryam untuk melahirkan Nabi Isa AS :

"(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]

nah! sampai macam tu sekali kesakitan yang ibu kite alami semata mata nak lahirkan kite.. mulianya pengorbanan ibu hingga sanggup berkorban nyawa untuk kite.. zaman sekarang pun, banyak cerita yang kite dengar pasal pengorbanan ibu ketika melahirkan.. ade yang sanggup melahirkan walaupun berpenyakit kritikal.. hebat kan golongan ibu ni? 

kalau nak diceritakan pasal pengorbanan ibu ni memang banyak.. start dari ibu mengandungkan, melahirkan, menyusukan, memanjakan, membelai, membesarkan, menjadi pendengar yang setia dan segala macam lagi pengorbanan seorang ibu.. memang aku akui, aku ataupun korang takkan pernah mampu nak balas kesemua pengorbanan ibu kte semua.. bagi la harta setinggi gunung, darjat seluas langit pon takkan dapat lawan nilai kasih sayang ibu..

mak... orang sayang sangat sangat kat mak.. sekalipun orang ni anak yang degil, mak tak pernah buang orang.. mak selalu ambik berat pasal orang.. terima kasih mak.. takde satu perkataan pun yang mampu huraikan macam mana sayangnya orang kat mak.. i love you soooo much mak!! 

untuk semua ibu, mama, mummy, ummi dan ape sahaje panggilan korang untuk ibu korang.. sampaikan salam den yooo?? SELAMAT HARI IBU SEDUNIA WAHAI INSAN MULIA!! ;)

dan bagi yang dah kehilangan ibu, jangan bersedih.. tunjukkan kasih sayang korang dengan kirimkan Al-Fatihah, surah Yaasiin dan doa secara konsisten.. insya Allah... ibu korang pasti aman di sana bersama golongan yang solehah.. 

p/s : sebenarnye aku nak cepat cepat habiskan entry.. sebab nak elak banjir depan lappy.. ;)

TERIMA KASIH IBUUU!!!!!!! MUUUAHHH!


diet diet diet!

"aku nak kurus! aku kena diet! tak nak makan la macam ni..."

HAAAA!!! salah cara korang tu! diet bukannya menahan lapar, menyeksa perut korang dengan lagu Keroncong Mak Leha.. tapi diet ni pemakanan SEIMBANG dan cara hidup yang SIHAT.. korang nak nampak GORGEOUS kan?? meh sini aku nak kongsi beberapa tips EFEKTIF untuk berdiet...

1. JANGAN skip sarapan.
    this is a very very BIG mistake yang kite selalu buat! jangan skip sarapan sayang... sarapan ni la yang bekalkan tenaga dengan kuantiti yang banyak untuk kite mulakan hari kite.. kalau takde tenaga, macam mane nak buat keje..? muka tak ceria, lesu, tak naik seri, hati pon cepat panas.. kan? tak comel la tu Hawa... ;) amalkan makan bijirin macam Cornflakes ke, Koko Krunch ke, Honey Star ke.. nasi goreng, nasi lemak.. semua pon boleh.. asalkan JANGAN ponteng sarapan.. ok sayang? ;)

2. BANYAKkan minum air suam.
    air suam boleh membakar kalori.. percaya tak? kalau tak percaya, korang try amalkan 8 gelas air suam sehari selama seminggu.. korang akan rasa lebih sihat, jantung cergas, dan rasa slim! betol! ini tak tipu punyaaa.. try it, i'm not lying ;)

3. KURANGkan nasi.
    kenapa?? macam yang kite sedia maklum, nasi penyumbang karbohidrat, senang cerita sumber tenaga la.. TAPII.. bila tenaga berlebihan, dan tak digunakan, tenaga ini akan diuraikan semula menjadi glukosa dalam badan kite.. ceh, masuk biologi pulak kan? pendekkan lagi cerita, tenaga yang berlebihan ni akan tepu, jadi lemak dalam badan kite.. bile dah jadi lemak, maknanya kite makin gemok la! uwaaaaaaaaaaa... tak menjadi la diet kan? ;) so, kurangkan pengambilan nasi.. ataupon ape saje sumber karbohidrat.. okay? :D
 
4. LEBIHkan sayur-sayuran & buah-buahan.
    ini lagi satu budaya kite! BENCI sayur, ANTI buah-buahan.. tak boleh la macam tu.. korang tau tak, sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan segal vitamin dan serat ni mampu mengurangkan risiko menghidapi kanser sebanyak 5 hingga 12% secara umumnya.. dan kurang risiko menghidap kanser usus sebanyak 20 hingga 30%.. ini bukan rekaan, ini fakta dari WHO  ye..hehe. selain bertindak sebagai pelawas, golongan terbiar ni mampu menjadi agen awet muda yang TERBAIK!! cuba la... mesti saham korang MELETOP gitu! ;)

5. RAJIN bersenam.
    kalau korang amalkan 4 perkara kat atas tu, tapi still not working out.. tanye balik diri korang.. korang ade masa tak untuk SENAMAN? haip, jangan tipuuu.. kajian menunjukkan bahawa lebih dari 50% mengatakan TIADA MASA untuk bersenam.. jangan risau.. 20 minit, 3 kali seminggu je dah cukup.. tak pun, korang jalan-jalan je kat sekitar rumah korang.. tak perlu berlari pon takpe.. yang penting badan korang beriadah.. kalau shopping korang boleh jalan sampai tak ingat dunia, takkaaan tak boleh spend time sikit untuk evening walk kan..? :) jangan marah aaa...hehe.

see? tak susah kan nak jadi GORGEOUS? ape ape pon.. NIATkan hati kite lakukan semua ni untuk kebaikan diri kite.. bukan untuk menunjuk.. niat yang baik selalunye diredhai Allah.. selamat mencuba korang! chaiyok!!

p/s : maaf kalau ade terkasar bahasa, terlepas bicara ye.. :D

Ayat-ayat Cinta Perkahwinan..Ini Realiti!




selalunya kite dengar orang tua tua cakap yang life bercinta, dengan life berkahwin ni lain sangat sangat.. tapi pernah tak dengar.. kahwin tu macam bunga.. kalau dibaja, disiram dan dibelai, mekar mewangilah kuntuman selamanya.. TAPIII.. kuntum tak selamanya kembang, ada masanya kuncup, ada masanya berseri.. tak pernah dengar kan? of course la tak pernah dengar.. sebab aku baru je create ayat ni tadi.. hehe.. kenapa aku cakap macam tu? sebab memang dah jadi lumrah dunia... sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri kan..? nak bukti?? ZAAAAASSSS kan situasi situasi ni.. ;)

Shopping
Awal Perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “Jom..dari duduk rumah, bosan plak..”


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."


Penghujung perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “apa la shopping, buat habis duit jer..”



Makan
Awal Perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”
Suami : “OK..no problem..”


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”
Suami : “Awak tak boleh masak ke ?”


Penghujung perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”
Suami : “Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang”



Anak
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang mengandung.. ”
Suami : “Abang tak sabar nak lihat anak kita..”


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Abang tolong buat susu anak..”
Suami : “Abang mengantuk laa..ayang buat laaa..”


Penghujung perkahwinan
Isteri : “Cuba awak tegur anak tu sikit..”
Suami : “Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur…”



Kerja Rumah
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : “OK..no problem..”


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye…”
Suami : “Saya penat, awak ajelahh yang buat..”


Penghujung perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : “Awak tak boleh buat keee..”



Hadiah
Awal Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Apa yang ayang inginkan..”


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Setiap tahun saya berikan…tak cukup lagi ke ?”


Penghujung perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Tak payah le hadiah-hadiahhhhh. …”



Masak
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “takpe, biar abang masak..”


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “masak jer la apa2 jer..”

Penghujung perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “awak ni memang pemalas..”


haaa... jangan kate takde... MEMANG ade! aku memang belum kahwin, tapi aku ade ramai kawan yang dah kahwin... dan terbukti memang ade.. haha, kite semua akan dengar atau cakap benda yang sama jugak lepas kahwin nanti.. ;)

enjoyed your readings? good... ade mase lagi aku update entry yang best untuk dibaca okay? oh ideaaa... come to kakak sweetheart ;)

Assalamu'alaikum! :D

kau PENGKHIANAT!

satu lagi kebenaran yang aku sorokkan.. aku seorang PENGKHIANAT BESAR! kenapa? aku khianat dengan someone yang aku anggap macam adik aku sendiri.. yang dia anggap aku ni lebih dari seorang kakak untuk dia.. GILA!!


to be honest, aku rasa aku ni PERAMPAS.. sebab aku declare dengan orang dia sayang.. orang yang dulunya dia anggap sebagai abang.. let make it simple.. adik angkat aku ni namanya Nur Anis Syakila.. adik angkat bersama sebenarnya.. aku & Mr. Ekey diangkat sebagai kakak & abang 4 tahun dulu.. so nampak tak kesinambungannya kat situ? DULU.. masa aku berkawan dengan Ekey, Sya selalu kaitkan aku dengan Ekey.. aku macam biasa, buat tak tau je.. bergurau macam tu, takde hal la.. TAPI aku tak tau kisah di belakang tabir yang Ekey betul betul ada hati kat aku.. so dipendekkan cerita, aku rejected Ekey.. terus aku tak nak contact dengan dia..


sepanjang kitorang lost contact, dalam diam diam Ekey declare dengan Sya.. maybe nak jaga hati aku, walaupun aku sebenarnya memang terasa kehilangan sikit bila dapat tahu berita tu.. aku tak salahkan Ekey, sebab aku punca utama dia declare dengan Sya.. aku pun tak salahkan Sya.. this girl tak tau apa apa.. entah macam mana, dorang break up.. Sya datang mengadu kat aku.. aku pun nak tolong satukan dorang balik.. nice kan?


TAPIII.. lain pulak yang jadi.. aku declare dengan Ekey.. nampak sangat aku ni pengkhianat kan? hari hari aku fikir, macam mana nak bagitau Sya.. sedangkan tiap kali kitorang on call ke, msg ke.. Sya mesti cakap, "akak.. Sya rindu sangat sangat kat Ekey..".. Ya Allah... jahat ke aku ni? tipu kalau aku tak rasa apa bila Sya cakap macam tu kan? sedih, bengang, semua mixed up!


baru semalam Sya IM kat FB.. "akak.. kalau nama FB ni Sya tuka, Sya letak Sya Ekey, okay tak? makwe dia marah tak agak agak?".. aku termenung kejap depan laptop.. sumpah, aku tak sangka sampai macam tu sekali dia sayangkan Ekey.. mula la aku fikir yang bukan bukan.. if you know what i mean.. 


serabutnya Tuhan saje la yang tahu.. sabar la Cik Hati.. tu semua cerita lama je.. jangan diingat sangat.. berulangkali aku pujuk hati ni.. TAPII.. rasa bersalah tu tebal sangat.. jahat kan aku? PENGKHIANAT, PERAMPAS! bye for now.. tak boleh nak fikir apa dah ni.. :)

apa kau ingat kau tu MENTERI PASOLA??

another story to share.. oh sorry,semenjak dua menjak ni entry manjang hangen satu badan la sayang sayangku sekalian.. maybe faktor hormon.. or maybe faktor gaduh ngan pakwe.. ahakz! normal la tu kaaann.. okay okay,back to the story!

"kalau kau agak agak nak kawan dengan aku lama,jangan kau sebut sebut lagi nama manusia tu kat aku! FUCK!"

aik?? ade jugak orang macam ni?? sebelum korang nak salah faham, meh la aku terangkan.. sumenye berpunca dari diri aku sendiri.. ye la.. aku ni jenis lepas cakap.. lantak kau la kalau nak terasa kan? macam kau tak pernah buat orang terasa pulak kan? TETTTTT... tak normal la derr kalau kau tak pernah sakitkan hati orang.. salah aku, apekah?? haha, aku pegi suruh pakwe kepada best friend aku untuk berchatting dengan ex pakwe best friend aku tu.. and of course, dorang ade sejarah pahit sampai masing masing tak bole dengar nama langsung.. aku pulak niatnye nak menyakat, sebab encik A ni selalu bahan aku kaw kaw.. so, adil la kan?

persetankan.. yang aku tak tahan tu.. ayat kat atas tadi la.. hey, kau ni pegang mazhab mane derrr.. Rasulullah SAW yang mulia lagi maksum tu pun tak pernah letakkan sebarang syarat untuk umatnya.. inikan lagi kau yang bukan nobody nobody but YOU tu kan.. agama mane kau pakai? aku tak perlu nak keluarkan hadith qudsi ke, riwayat tarmizi atau muslim, sebab no one cares to read it.. hey, ini FAKTA. memang minor sangat yang suka baca blog islamik.. :)

haaa... lagi satu budaya MELAYU.. bukan aku nak kutuk, ini memang kenyataan.. asal nak carot je, SPEAKING.. hey, dah alang alang kau nak menyumpah tu, nak speaking sangat kan, kau bagi la ayat power derrr.. setakat FUCK, FUCKING BITCH, DAMN, or whatsoever tu.. anak buah aku umur 5 tahun pon boleh sebut derrr... bukan nak cakap aku ni BAGOS sangat ENGLISH EDUCATIONnye.. TAPIII.. kau tak perlu nak maki maki aku guna ENGLISH LANGUAGE la derrr.. gua tak minat nak dengar derrr.. kau simpan la zikir SUCI maki makian kau tu derrr.. makan sorang! tak kuasa gua nak layan lu ni derr..

KAU INGAT KAU MENTERI PASOLA NAK LETAK LETAK SYARAT BERKAWAN?? hey, kawan kawan aku yang lain 1000 kali ganda lagi bagus dari kau, tapi tak pernah bersyarat syarat macam kau.. HAMEK KAU.. ;)