My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

teristimewa untukmu : insan yang bergelar IBU..

"I love my mother as the trees love water and sunshine - she helps me grow, prosper, and reach great heights."  ~Terri Guillemets

KHAS untuk semua ibu, emak, mama, mummy, ummi.. sempena Hari Ibu ni.. hati aku tergerak nak mencoretkan sesuatu yang indah untuk wanita yang agung ni.. siapa yang dapat menyangkal kehebatan dan kemuliaan pengorbanan seorang ibu? sedangkan Rasulullah SAW sendiri memberikan penghormatan kepada golongan mulia ini melalui satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA :

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
 “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibumu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” 
Baginda menjawab: “Ibumu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?"
Baginda menjawab : "Bapamu."

Nampak tak? betapa mulianya kedudukan seorang ibu sehinggakan Rasulullah SAW berikan hak yang 3 kali ganda lebih besar kepadanya berbanding bapa.. hinggakan martabat dan kemuliaan seorang ibu diangkat lagi dengan sokongan hadith yang menyatakan bahawa SYURGA itu terletak di bawah tapak kaki ibu.. subhanallah..

kenapa?? kenapa besar sangat kemuliaan ibu ni?? kenapa Syurga tu tak terletak pada ayah? kan ayah pon berjasa jugak.. aku akan bagi jawapannye.. so korang hayati la firman Allah ni..

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." [Luqman 31:14]

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." [al-Ahqaf 46:15]

dah la susah payah mengandungkan kite.. bukannye kejap.. 9 bulan 10 hari! jalan berdekot dekot, kaki membengkak, kite yang dalam perot lagi menendang, menyepak, berjoget sesuka hati.. bukan senang nak mengandungkan satu nyawa.. walaubagaimanapun, golongan ibu ni tak pernah anggap kite menyusahkan.. diorang selalu tersenyum happy tengok pertumbuhan kite kat dalam perot.. itu baru cerita mengandung.. ape pulak perihal melahirkan? dalam al-Quran Allah menceritakan kesakitan yang dialami Maryam untuk melahirkan Nabi Isa AS :

"(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]

nah! sampai macam tu sekali kesakitan yang ibu kite alami semata mata nak lahirkan kite.. mulianya pengorbanan ibu hingga sanggup berkorban nyawa untuk kite.. zaman sekarang pun, banyak cerita yang kite dengar pasal pengorbanan ibu ketika melahirkan.. ade yang sanggup melahirkan walaupun berpenyakit kritikal.. hebat kan golongan ibu ni? 

kalau nak diceritakan pasal pengorbanan ibu ni memang banyak.. start dari ibu mengandungkan, melahirkan, menyusukan, memanjakan, membelai, membesarkan, menjadi pendengar yang setia dan segala macam lagi pengorbanan seorang ibu.. memang aku akui, aku ataupun korang takkan pernah mampu nak balas kesemua pengorbanan ibu kte semua.. bagi la harta setinggi gunung, darjat seluas langit pon takkan dapat lawan nilai kasih sayang ibu..

mak... orang sayang sangat sangat kat mak.. sekalipun orang ni anak yang degil, mak tak pernah buang orang.. mak selalu ambik berat pasal orang.. terima kasih mak.. takde satu perkataan pun yang mampu huraikan macam mana sayangnya orang kat mak.. i love you soooo much mak!! 

untuk semua ibu, mama, mummy, ummi dan ape sahaje panggilan korang untuk ibu korang.. sampaikan salam den yooo?? SELAMAT HARI IBU SEDUNIA WAHAI INSAN MULIA!! ;)

dan bagi yang dah kehilangan ibu, jangan bersedih.. tunjukkan kasih sayang korang dengan kirimkan Al-Fatihah, surah Yaasiin dan doa secara konsisten.. insya Allah... ibu korang pasti aman di sana bersama golongan yang solehah.. 

p/s : sebenarnye aku nak cepat cepat habiskan entry.. sebab nak elak banjir depan lappy.. ;)

TERIMA KASIH IBUUU!!!!!!! MUUUAHHH!


No comments: