My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

gatal punya perempuan!

Assalamu'alaikum w.b.t..

- not in the mood.. Google bagi -

padah rajin sangat update blog, Miss J dah kehilangan beberapa widget yang Miss J sayang.. 

1. Mia yang comel..
2. Shoutmix yaang baru edit..
3. Page views..

ini semua berlaku TANPA KERELAAN saya.... pelik bin ajaib, tak bole nak add HTML balik.. agaknya line slow kot.. TAPIIII... edit widgets lain bole pulak? takpe laaa... Blogspot suruh tido agaknya.. esok pagi la try lagi..

*sangat down sebenarnya.. entah apa apa je la kan? heboh lebih!

p/s : terima kasih sebab sudi baca.. :)

header oh header~

Assalamu'alaikum w.b.t..

- curi curi dari Google -

tadi Miss J jogwalking kat semua blog.. kenapa jogwalking? sebab Miss J nak tido.. TAPI.. sebenarnya lebih kepada meng'ushar' header korang je.. semua cantek cantek dan kacak kacak.. macam korang jugak.. ;)

so dalam hati ni tengah terfikir something..

"Mr. Boyfie.. bole tak editkan header untuk sayaaa??"

ah, menyampah pulak baca kan? so, Miss J mencari cari ilham untuk header baru ni.. jeles la tengok header yang smart memart ni.. ;)

okay.. adios for now.. terima kasih sebab sudi baca :D

Cerita Hantu? Mai Nak Habaq Satu Jugak~

Assalamu'alaikum w.b.t..

AMARAN KERAS!!!
kalau hati tak kental..
jiwa tu tak batu..
jangan KLIK!


- tak sanggup nak Google gambar sebenar -

tadi lawat Kak Niena Dan Hantunya kejap.. seriau jugak layan pengalaman sebenar dia.. *agak menyesal bukak entry tu.. sebab dah tak tau macam mana nak tido!

TAPI... Miss J terpanggil untuk bercerita pengalaman Miss J.. ;)

masa Miss J study dulu, Miss J ada tabiat buruk.. which is, balik kelas, tido petang sampai Maghrib.. dan Miss J suka mandi dan basuh baju malam malam buta.. ditakdirkan satu malam... Miss J terlajak tido sampai pukul 10.30 malam.. sebab jadual hari tu sangat PADAT! dengan class sampai lewat petang, 3 ujian dan 3 kuiz besar.. memang otak sangat membutuhkan rehat.. ;)

"tak payah basuh baju beb.. mak aku cakap tak elok basuh baju malam malam.. kau mandi ala kadar je la..".. pesan kawan Miss J.. DEGIL!!! *pedulik hape aku.. baju aku, bukan baju kau.. 

so Miss J pon pergi mandi mandi.. basuh baju.. dan jam menunjukkan pukul 11.30 malam.. rumah sewa kitorang ni dua tingkat.. dan laman belakang tu jadi ampaian tertutup.. jiran kiri kanan pon students lelaki.. faham faham je la, gelap manjang sebab nak jimat bil eletrik.. dengan confident Miss J pergi turun sorang sorang.. kawan kawan tengah "meeting" kat bilik Miss J..

sidai punya sidai.. TIBA TIBA Miss J tergerak hati nak toleh ke laman belakang rumah jiran Miss J tu.. toleh punya toleh~

ADA POCONG BERDIRI TEGAK MENGHADAP MISS J!!
muka dia hodoh sangat!
wajah dia macam mengecut kena simbah asid..
mata merah, tepat pandang kat Miss J!

Miss J pon tak tunggu lamaaaa.... terus bukak PECUT 400 meter! sumpah, demi ALLAH.. mulut dengan hati tak ingat ALLAH dah.. berlari kencang naik atas.. badan menggigil gigil, macam kena goncang! esoknya terus DEMAM!

soooo.. pengajarannya kat sini...

1. jangan mandi malam!!
2. selalu selalu la ingat ALLAH..
3. amalkan Ayat Qursi, 3 Qul dan Surah Al-Mulk sebagai pelindung..
4. jangan jadi macam Miss J.. nampak pocong terus menggigil.. ;)

p/s : tadi Google gambar pocong, tapi semuanya tak seseram macam yang Miss J jumpa tu.. tapi.. bole tahan menakutkan jugak la.. ;)

terima kasih sebab sudi baca.. :D



siapa kau nak sound aku?

Assalamu'alaikum w.b.t..

- kanan tu Mr. Google, kiri pulak Mrs. Google -


sound tepek, atau lebih glamornya, makan dalam ni dah menjadi trend zaman sekarang.. betul tak? asal kau tak puas hati je, kau sound si A.. terlanggar sikit je pon, kau hentam si B.. eh senang cakap, kau ni pantang kena usik la, confirmed kau menghamburkan marah tu on the spot punya.. ;)

TAPI.. bagi Miss J, sound tepek tu bukan la bertujuan nak hamburkan marah secara bersepah sepah dan membabi buta saje.. sound tepek ni sebenarnya cara menasihati yang agak agresif.. bukannya sesuka hati je nak sound sound orang.. tapi tengok pada keadaan dan keperluannya..

Contoh : kawan korang keluar malam tak ingat dunia ke.. merokok ke.. minum arak ke..

1. teguran cara baik..

A : tak elok kau keluar malam ni.. nanti kalau jadi apa apa, kitorang dengan family kau jugak yang susah.. kau tu perempuan, kena pandai jaga harga diri..

B : hak elah kau ni... tak payah nak tunjuk alim kau kat sini bole tak? semak dow kau ni! kubur lain lain beb.. kau kisah ape?

nampak tak? sistem caring and being nice ni dah tak bole pakai dah.. seriously, almost 70% manusia jenis ni yang Miss J dah pernah jumpa.. tegur baik baik, maki hamun yang kita dapat.. tak kisah la lelaki ke perempuan, masing masing sama je.. it's okay kalau tak bole nak terima nasihat, tapi at least tolong balas dengan berhemah sikit, bole tak? :)

so... dari sini la bermulanya revolusi dalam amalan nasihat menasihati ni.. *dah macam kajian peradaban pulak kan? ada pulak main revolusi revolusi ni.. ;)

2. teguran makan dalam..

B : kau ape hal minah? bajet bagus sangat la? kau bajet, nama kau Jannah, kau dah direct masuk list ahli syurga ke nak sibuk sibuk sound aku? kau jaga kubur kau, aku jaga kubur aku, orait?

A : terpulang kat kau.. kalau dah merasa meraung terkaung kaung kena rogol nanti, jangan lupa update kat Facebook/Twitter okay? "seronoknya keluar malam, sampai kena rogol pon tak kisah..".. kubur lain lain? it's okay.. bukan aku yang nak menjawab untuk kau kat Mahsyar nanti.. yang kena seksa kau, yang mendapat pon kau.. tapi aku tak nak la disebabkan aku biarkan maksiat kau, aku pulak yang kena panggang kat neraka tadi.. PANDAII.. ;)

oooppss! korang jangan salah faham.. Miss J tak galakkan korang buat macam ni.. sebab.. kalau jiwa tak kental, hati tak batu.. korang akan kena tiaw kaw kaw balik.. kalau Miss J takpe, sebab this is me... I'm having fun for being sarcastic, bukan untuk mengutuk, tetapi untuk menyedarkan diri sendiri dan kawan kawan tersayang.. orang cakap, kalau sayang marah marahkan.. ;)

okay.. terima kasih sebab sudi baca.. :D

p/s : nak marah saya? nak maki pon bole.. sebab jawapan saya senang saje.. 


- kena marah pon tak kisah.. -



SAYA NAK JADI PROTEGE JAMALUDDIN.NET!

Assalamu'alaikum w.b.t..

- KLIK KLIK header kalau mau join! -


kali ni "ayah" Miss J a.k.a Abang Jamal buat segmen ala ala mentor gitu.. *perasan! kebetulan je nama sama dengan ayah Miss J.. 

tak nak cakap banyak.. 

1.KENAPA SAYA NAK JADI PROTEGE ABANG JAMAL?
   for sure sebab Miss J ni budak baru yang masih mentah dalam dunia blogging.. makanya Miss J amat memerlukan tunjuk ajar dari semua pihak.. dan dengan offer ni, MUSTAHIL untuk Miss J lepaskan.. betul tak? ;)

2. KENAPA SAYA PERLU DIPILIH?
   - sebab entry Miss J tak pernah ada unsur politik.. kalau ada pon, pasal BERSIH je.. tapi bukan overview pasal perhimpunan tu.. sila klik untuk baca ye? :)

   - sebab Miss J rajin update blog.. tapi tak la serajin otai otai.. sehari tu, ada la lebih dari 3 atau 4 entry.. tengok pada kerajinan dan kelapangan.. :)

   - sebab Miss J serius nak jadi blogger yang baik! biar followers tak ramai, asalkan entry ada kualiti dan style yang tersendiri.. *my favourite topic is on typical ladies, as usual.. ;)

   - sebab Miss J nak sangat tau apa benda tu UV, SEO, dan segala macam istilah blogging yang lain.. sebab Miss J ni agak lembap sikit.. nak kena ada orang explain baru Miss J faham.. *tutup muka!

   - last but not least... sebab.... yang buat tutorial ni kan "ayah" Miss J.. mesti la "ayah" kena pilih "anak sendiri" kan..? *okay, perasan lagi di situ.. lari laju laju sebelum kena ketuk! ;)

takpe kalau tak terpilih.. tak terpilih bukan bermaksud jalan untuk proses pembelajaran Miss J terbantut kan? maybe Miss J kena minum Anmum Essential, baru la sel sel otak bole berhubung, lalu mencanaikan kesemua maklumat untuk hasilkan blog yang MANTOP.. ;)

Good luck untuk semua peserta.. peace, happy blogging you all.. :D

as for "ayahku" a.k.a Abang Jamal.. best tengok Transformers 3? hehe, jangan maraaaa.. ;)

p/s : panjang la sangat.. terima kasih sebab sudi baca.. nak join?? CEPAT! tengah malam ni tutup! :D