My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

Miss J ada fans jugak ke? terharu gila!

Assalamu'alaikum w.b.t..

- gambar takde kena mengena, sedekah ikhlas Mr. Google -

another happiness comes to me, wihhooooo!

alkisahnya semalam... *patut nak story semalam, tapi TERover excited disebabkan Abe Ben..

"jom pergi shopping barang dapur..". kata mak..
"kat mana?"
"Family Store Masjid Tanah ni je..".. SET!! dengan pantas dan lincah Miss J bersiap siap.. kematu punggung duduk rumah manjang.. ada chance nak outing ni, jang lepas beb.. ;)

sampai sampai je family store, Miss J tak tunggu lama.. ligat mata dengan tangan ni mencari dan mencapai segala benda yang diperlukan.. dalam ligat dan lincah tu, Miss J hampir terlanggar someone.. 

"oh, very very the sorry one ye.. hish kamu ni, jalan tak nampak dunia ke Jannah wey.. habes semua kau nak langgar.. maaf ye..".. tak tunggu respons dari manusia tu, Miss J terus blah macam tu je.. *time is running out guys.. family store dah nak tutup dah.. tu yang kelam kabut macam babun tu.. ;) 

dalam kekalutan tu.. semua barang yang Miss J ambik dari rak nak jatuh.. very very the clumsy one kan? ah, tak kira.. yang penting kena cepat..

"hey susu tepung! awak duduk diam diam la.. kite bukan nak ambik awak.. kite nak ambik milo la.. tepi sikit, tepi sikit..".. tudia, datang sewel borak dengan susu tepung pulak..

datang pulak si kecik molek umur 5 tahun racing depan Miss J.. amboih, ingat ni trek lumba lari ke adik..? ;)

"huish.. nasib baik brek cengkam.. punya la cekap macam ni JPJ bole bagi failed kat aku? lantak kau la..".. bebel sorang sorang lagi.. ;)

DONE! semua barang dah ada.. so Miss J nak merayau carik pembasah tekak.. 

TIBA TIBA.........

"gila gila jugak awak ni kan?" *eh?? siapa mamat ni? Miss J diam je.. maybe mamat hensem tu cakap dengan awek dia kot.. tangan laju je capai air Bliss.. terus Miss J pusing nak pergi kaunter..

"Miss Jannah kan?" tegurnya lagi.. *brek cengkam lagi! 
"mana awak tau nama saya ye? sorry, saya tak kenal awak..".. Miss J dah ketaq! polis ke ni? JPJ ke? sorry la.. saya tak sengaja kutuk JPJ tadi! uwaaaaaa...

"harus la saya tau.. sebab saya selalu baca blog awak..".. dia senyum.. *biar betul??
"teruskan usaha untuk wwWOW Awards okay? seronok tengok awak hentam perempuan busybody tu.. direct, saya suka..".. katanya lagi.. *muka dah blushed!!

"terima kasih.. tak sangka ada yang sudi jengah blog saya tu..".. at last, dapat jugak Miss J bersuara.. ;)

"keep it up tau? saya dengan housemates saya tunggu entry seterusnya.. buat yang lagi best tau?".. *housemates? tunggu? buat lagi? wihhooo!!

"insya ALLAH.. thanks sebab support..".. diam.. tak tau nak cakap apa..
"okay la.. gerak dulu.. assalamu'alaikum.."

Miss J terpana! *what was that? peminat? follower? wihhhooooooooo!!

ni yang makin semangat nak berblog ni.. :)

p/s : terima kasih sebab sudi baca..

*thanks IKMAL.. Miss J akan usaha lagi untuk semua readers.. hope you and your housemates baca ni..*

JOM JOIN BLOGLIST ADIBSYAZWAN!!!

Assalamu'alaikum w.b.t..

- LINCAH LINCAH! KLIK UNTUK JOIN -

tak perlu tag sesiapa... tak perlu nak buat entry panjang panjang.. simple kan?

seriously dude, *suka benar guna ayat ni banner anda sangat menjeleskan hati Miss J! sabar sabar.. mesti akan datang ilham untuk the next header ye Jannah.. :)

p/s : cepat la klik! korang mesti nak jugak kan? :)

terima kasih sebab sudi baca.. ;)

seriously dude, act like a REAL man will ya?

Assalamu'alaikum w.b.t..

- atok Google bagi gambar ni sebagai hadiah -

kalau sebelum ni Miss J ada highlight pasal perempuan yang BUSYBODY, yang kononnya lelaki jarang nak terjebak dengan virus puaka berbahaya ni kan.. TAPIII.. bole tahan BANYAK jugak rupanya.. ;) 

normally, lelaki ni dikenali sebagai pendengar, penasihat dan buah hati motivasi yang BAIK untuk kaum perempuan.. *kaum lelaki, jangan nak kembang hati sangat tengok statement tu ye? pantang ada masalah, perempuan mesti cari lelaki untuk mengadu.. *tapi ada jugak yang cari kawan sejenis untuk meluah.. 

P : "aku macam ni macam tu.. tension la.."
L : "ayat ayat yang menyedapkan hati.. Miss J pon tak tau sejauh mana kesedapan ayat mereka tu.."


dan bla bla bla  lagi... at the very end, yang kaum Hawa ni pon lega hatinya dan kembali bersemangat..


TAPI!!!!! adaaaaaaaa jugak spesies yang HAMPEH! *ni yang Miss J nak highlight ni..


P : aku tak sangka la jadi macam ni.. terkilan gila si polan tu buat aku macam ni..
L : alah, dia memang macam tu la.. kuat makan kawan..
P : ye ke? menyesal aku kenal dia..
L : dia tu, tak layak jadi kawan.. ko tak payah baik sangat kat dia..


PADAHAL... lelaki tu bukan tau benda sebenar pon.. tak kenal pon si polan tu sape.. main sedap dia je nak topup sana sini.. annoying, rasa nak tampar tampar 'belai belai manja' je jenis lelaki macam ni..


tolong la lelaki berkenaan.. jangan buat perangai macam perempuan la.. semak mata ni pandang awak ha.. siap claim diri sendiri tu spy, penegak keadilan, kononnya nak buktikan kesalahan orang lain.. homaigosh, banyak betul duit orang tu upah kau buat kerja spying ni eh? dah takde kerja lain ke yang kau nak buat? nama dah elok elok AHMAD, dah kacak macam FAHRIN.. tapi perangai macam MAK BEDAH.. ish... tak berkenan la teman menengoknya haih.. 


hang pi carik kerja lain la.. dok mengorek rahsia orang, hang dapat apa? habaq mai sat buleh? haaaa... tau pon tak dapat untung menyibuk hal orang.. dah tu? tak cerdik lagi ke nak stop? act like a REAL man la.. ni menjoyah mengalahkan perempuan! *ya ALLAH.. Kau jauhkan la aku dari jodoh yang sebegini.. Amin.. 


p/s : ALLAH S.W.T melarang keras mengintip kesalahan orang lain.. kalau dah rasa mampu nak tanggung dosa tu, teruskan la ye? kubur lain lain la katenye.. :)

terima kasih sebab sudi baca.. :D

woot woot!! akhirnya, Abe Ben ke inboxku~

Assalamu'alaikum w.b.t..

- KLIK KLIK! -

AMARAN KERAS!!
ini bukan segmen Abe Ben ye..
ini la kisahku dan Abe Ben!
sila baca dengan senyuman tahan jeles okay?

mood sangat EXCITED okay? :D

petang tadi, Miss J mempoyokan niat nak add Facebook Abe Ben la konon kononnya.. so apa lagi, Miss J menterjah ruangan SEARCH.. eja B.E.N A.S.H.A.A.R.I dengan penuh berhati hati.. *kalau salah eja kang, Ben lain pulak yang keluar.. Bentong pon Ben jugak kan? gotcha!! jumpa.. excited lagi ni tau? dengan confident ADD AS FRIEND..

"sorry, this user already has too many friends."

oh... HAMPA yang teramat sangat! dengan nada sedih Miss J tinggalkan mesej je kat inbox beliau..

"salam..
Abe Ben..sy dah x bole add abg..sbb dia cakap this has too many friends..
*hampa..  :( "


6 hours later..

"cuba add ben ashaari jr"

OMG!! Abe Ben reply? excited gila~

"semoga terus success Abe Ben!"

"terima kasih Nurul.. terus beri sokongan pada ben.."

hu mak ai.. kembang kempis hidung.. baru je semalam Miss J je buat wish nak borak dengan Abe Ben, hari ni saje ALLAH dah makbulkan.. terima kasih Abe Ben yang sudi melayan kerenah Miss J ni.. terima kasih atas segala tips blogging dan semua segmen yang menarik macam JOM TERJAH, DRAMA KREATIF, TUKAR SUKA SAMA SUKA.. dan baaaanyak lagi la.. semua tu banyak membantu Miss J.. terima kasih sangat sangat.. :)

p/s : sape cakap Abe Ben sombong? dia tak sombong la.. kalau dia tak reply tu maknanya dia busy okay? *mandai mandai je aku ni.. :)




sabar la~ mungkin itu dugaan-Nya~

Assalamu'alaikum w.b.t...

ANDA RASA INI COMEL??

- first product of Mayau -


- second product -



- anak angkat Mayau -

mesti semua orang nak kucing kucing comel kat atas ni kan? ini la koleksi anak anak Mayau, si kucing Miss J yang comot lagi kembang bulunya.. tak tau la baka apa, sebab kucing datang kan.. 

anda mau cubit cubit mereka? sebab semuanya lincah lincah dan nakal nakal.. macam tuannya jugak.. NAK?? bole je Miss J bagi.. KALAU dulu bole la nak bagi.. tapi sekarang?? nak bagi macam mana? semuanya LESAP! kena curi manjang.. haish.. sabar je la.. semoga mereka mereka di atas ni membesar dengan kuat dan aktif di samping pencurik tuan barunya.. ;)

TAPIII... macam mana pulak dengan yang...........

INI????

- third product, Oyen -

nampak jelas kan yang Oyen tu sakit? sebenarnya, Oyen ni separa lumpuh.. bukan Kucing Kurang Upaya akibat Down Sindrom!! Oyen lahirnya normal, membesar pon normal dengan 4 lagi adik beradiknya.. 

haa? apa dia?? eh taakk.. bukan Miss J yang balun sampai dia lumpuh.. takkan la Miss J kejam macam tu.. al kisahnya... *tak sanggup nak cerita.. TRAGIS sangat kisahnya.. japgi pergi klik kat link bawah kalau nak tau cerita okay? ;)

nak jaga KKU (Kucing Kurang Upaya) ni tak mudah.. nak nak lagi dengan keadaan Oyen yang dah tak mampu nak mengiau lagi ni.. Miss J dan Mayau tak tau apa yang dia nak.. bila masa dia lapar.. bila masa nak menyusu.. bila masa nak iyak iyak(bahasa sopan untuk membuang najis ye).. so Miss J 24 jam kena alert dengan Oyen.. kalau kotor Miss J kena cucikan.. 

macam tadi, Oyen iyak.. tiba tiba keluar satu organ, which is Miss J pon tak sure apa benda tu.. macam usus, Miss J jadi takot nak tarik.. so Miss J cebokkan Oyen tanpa mengganggu organ tu.. mandi punya mandi.. 

"eh?? mana pergi benda tadi? hilang??"

AJAIB! rupa organ tu sebijik macam usus kecik.. TAPI.. tercabut dengan sendirinya, macam tali pusat.. subhanALLAH.. ALLAH tunjukkan keajaiban kat situ.. mengucap jugak Miss J tadi.. berpeluh sakan, panik dibuatnya.. terus check nafas Oyen.. alhamdulillah.. hidup lagi.. TAPIII.. apa benda tadi tu eh?

"mak! orang pergi beli susu kucing kejap!"

dengan ligat Miss J pecut motor.. *takde lesen? pedulik apa saya? carik punya carik, tak jumpa.. haduyai! macam mana ni? Mayau dah tak nak susukan Oyen.. kebulur la Oyen nanti.. lagi sekali, hati Miss J tergerak nak explore rak makanan kucing tu.. syukur!! jumpa sepeket susu yang LAST! terus pecut 180 km/j balik! bancuh secawan, paksakan Oyen minum 3 injection.. itu pon Oyen cakar cakar tangan Miss J, sebab dia nak tido.. last last, Miss J kendong Mayau, terus Miss J inject susu tadi kat dia.. bhahaha, bukan selalu nak buli Mayau.. ;)

memang menguji kesabaran.. tapi takpe.. demi Oyen, Miss J kuatkan semangat.. sebab harapan tu masih tebal.. Miss J doa, Oyen cepat sembuh.. sebab Oyen je la yang Miss J dan Mayau ada sekarang ni.. ;)



p/s : itu saje.. terima kasih sebab sudi baca.. :)