My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

tak guna menyesal~ yang pergi takkan kembali Jannah~

Assalamu'alaikum w.b.t..

sedih je kan tajuk? jangan risau.. kali ni Miss J takkan prank awak awak semua.. maybe bagi yang follow up entry sebelum ni tau yang Miss J baru ada 5 ekor anak kucing yang comel lote.. tapi seko dah lesap entah ke mana.. dan baru baru ni Miss J sangat busy menyiapkan assignment English essay(2500 words) yang mana Miss J amat blurr tajuknya.. tido pon tak cukup seminggu ni.. baru la petang tadi siap sepenuhnya.. alhamdulillah.. ;)

dalam hati Miss J berkira kira nak beli Whiskas Junior banyak banyak dan melepak sampai lebam dengan anak anak kucing malam ni.. ye la..dah 2 minggu Miss J abaikan diorang.. seminggu konvo, seminggu assignment.. so kiranya malam ni nak tebus la masa masa yang terabai tu kan.. :)

so tengahari tadi, Miss J lepaskan anak anak kucing Miss J.. Becky, Cheeta, Oyen dan Shimba.. biar diorang main puas puas kat luar sementara Miss J setelkan rutin harian.. masak, kemas rumah, dan macam macam hal lagi la.. habis keje, Miss J santai santai depan laptop.. blogging dan Facebook.. 

6 petang.. Miss J pegi kedai apek depan rumah.. nak beli Whiskas Junior.. sambil tu Miss J carik anak anak Miss J.. takpe la, maybe diorang tido kat enjin kereta kot.. balik kang panggil makan mesti ada.. so Miss J pon selamba je membiarkan kehilangan diorang.. balik je dari kedai.. Miss J nampak Oyen tengah terkedek kedek masuk rumah.. tiba tiba..

"MEOOOWWWWWW!!!" laju je kucing jantan liar sambar badan Oyen! Miss J nampak Mayau(mak Oyen) kejar kucing jantan tu.. so Miss J pon kejar sekali.. Whiskas tu Miss J campak, yang penting Oyen kena selamat.. Miss J campak kayu kat kucing tu.. tak kena, tapi cukup membuatkan kucing tu terkejut and lepaskan Oyen.. TAPI.. dah lambat.. maybe tulang rusuk Oyen patah.. sebab kucing jantan tu gonggong betul betul kat kaki depan dia.. kesian Oyen..

so tergerak hati Miss J.. maybe Becky, Cheeta dan Shimba pon terima nasib yang sama? terus Miss J pergi carik kat rumah jiran.. takde? belakang rumah? takde jugak.. longkang pon takde.. mana?? mustahil la diorang tak menyahut bila dipanggil.. lagi sekali ALLAH gerakkan hati Miss J.. tengok bawah kereta jiran.. YES, bangkai Shimba dan Cheeta terdampar bawah tu.. dengan dua dua parah kat bahagian otak.. kuat Jannah kuat!! pergi tanya sape punya kucing jantan tu..

Miss J pergi rumah jiran.. sorang pon tak tau tu kucing sape.. sebab Miss J pon rasa tu kucing liar, sebab kitorang semua tak pernah nampak kucing tu.. sebak tu ALLAH je yang tau.. mulut senyum borak dengan jiran tadi, tapi hati ni.. airmata? dah penuh bertakung kat mata.. balik je rumah, adik Miss J dah letak bangkai Cheeta dan Shimba kat belakang rumah.. 

"kau pergi kejar kucing jantan tu.. akak nak buang dia jauh jauh.. dia kat belakang umah ni.." Miss J gali lubang untuk diorang.. dalam hati memang dah confirm Becky pon dah takde..

"kakak, kucing tu lari.. tapi ni haa Becky.." Ya ALLAH.. Kau sabarkan la hati ni.. airmata tu macam air terjun.. terus Miss J terduduk kat belakang.. Mayau duduk kat sebelah, mata dia asyik pandang Oyen yang nazak tu.. tapi membelakangkan Becky, Shimba dan Cheeta.. maybe kitorang pon share kesedihan yang sama.. Miss J duduk luar sampai Maghrib.. sampai ayah datang pujuk baru Miss J redha.. nak kata Miss J gila meroyan sebab kucing? tak, bukan meroyan.. tapi sedih bila fikir yang harapan tu hanya tinggal harapan..

angan angan nak main kejar kejar dengan kucing.. alih alih tangan ni yang gali lubang kubur diorang.. masa masukkan bangkai dalam tanah, ayah tepuk kepala Miss J..

"dah dah... nanti kita tangkap kucing tu, ayah buang kat sungai.." mengalir lagi airmata ni..

"yang Oyen tu, tengok dulu.. kalau malam ni dia mati, baru kita timbuskan sekali.. jom masuk, Maghrib ni tak elok duduk luar.. kau tu anak dara.. jahat betul kucing jantan tu.. sebelum ni takde pulak macam ni.."

so sekarang ni Miss J cuma menunggu masa je.. biar la Oyen pergi dari dia terseksa macam tu.. nak berdiri payah, bernafas pon susah.. suara pon dah takde.. mata pon dah macam ke atas.. pergi la Oyen.. pergi la Becky.. pergi la Shimba.. pergi la Cheeta.. kalau la Miss J tau.. Miss J takkan lepaskan diorang tadi.. tapi... benda nak jadi Jannah.. jangan menyesali takdir.. dosa..

maybe entry ni nampak macam tenang.. tapi hati ni, airmata ni.. masih lagi menangis.. masih lagi dendam dengan kucing jantan tu.. cuma.. Miss J pegang satu prinsip je..

"jangan update blog ketika emosi tengah membuak.."

TAPI.. sekarang ni.. Miss J belajar untuk mengawal emosi demi satu perkongsian yang bererti.. :)

p/s : terima kasih sebab sudi baca .. :)




- diorang tak suka kotak tu -

- depan sekali tu oyen -

- mengangkang(Shimba) menyorok(Cheeta) sebelah Shimba is Tam, and Becky si Kompot kat hujung sane -

- ni la Cheeta kesayangan Miss J.. lawa kan? -

5 comments:

didie charlote said...

sedeyh la weyh.. hm aku pon bygkan kucing aku mati. da 2x aku mimpin becky mati :(

Fariza Othman said...

saya pun bela kucing. rekod peribadi pernah bela 9 ekor sekali banyak. but makin berkurangn cause sakit. tengok dia tgh nazak. & macam2 dah tengok & alami ni dh jadi lumrah in our family. sedih cause dah bela bertahun2 mati camtu.

alif haris said...

eehh comelnye ank kuceng tu :)

niena shopping2u said...

comel betul baby-baby ini !!

http://www.my-shopping2u.com/2011/06/nak-promosi-blog.html
sapa nak promosi blog .... leh ke sini .. ^____^

Anonymous said...

Kecianya oyen, sye prnh bela kucing nme cimot, da lme bela, dri kcik lgy, tpy stat sye da g study di jhor, kucing tu trus mnghilang, mngkin cimot da maty,, hurmmmmm