My VVIP
..LIKE LA BLOG KITE..
bila Miss J berfalsafah~ aigooo~
Assalamu'alaikum w.b.t...
haaa.. kali ni Miss J nak share pulak madah madah cinta.. sape yang tak suka jiwang jiwang ni.. tipuuuu sangat kalau cakap tak suka layan jiwa ni... hehe, depan depan nampak kental beb.. ce dengan awek atau pakwe dia... huissshhhh!! cintaku sampai ke Eutophia gittuuuu... hehe, senyum je sedara... jangan simpan senyum tu.. tak muda la muka ketat ketat ni.. seri pengantin lari.. ooops!! Miss J dah mula mengarot dah!hehe.
Miss J ade satu hobi yang pelik.. haaa.. jangan tak tau.. Miss J ni sangat sangat suka mengarang, suka berpuisi, suka bermadah.. pantang ada pertandingan menulis, berpuisi, pantun, dan semua semua yang berkaitan dengan bahasa, mesti Miis J masuk.. redahkan saje.. ada rezeki menang, alhamdulillah.. tak menang pon Miss J puas, sebab dapat menulis.. macam blogging jugak.. taip la ape pon... janji PUAS.. ;)
"PELIK ke suka mengarang? budak ni sah tak betul!"..
memang mengarang tu tak pelik.. yang membuatkan Miss J jadi pelik ialah... SUMBER ILHAM dan SITUASI Miss J dapat idea tu.. ce try tengok... awok kabor mengkomer tak caye.. ce layan ce layan.. (tutup muka dengan bantal laju laju!)
Falsafah 1
kekayaan bukan jaminan kau boleh dapat tiket ekspres ke syurga, jika kau tak beramal dengannya.. keindahan paras takkan bermakna andai kau gagal berpaling dari kemaksiatan
situasi : tengah goreng ikan kat dapur..wahaha
Falsafah 2
mengapa dibanggakan kemewahan dunia andai kau menjauh dari ukhrawi?
situasi : on the way nak tido.. ;p
Falsafah 3
istimewanya insan bukan dinilai pada harta dan rupa..tapi dinilai akhlak dan bicaranya di mata manusia,diangkat darjatnya di sisi Allah,sekiranya dia benar2 faham erti KESYUKURAN dan KETAQWAAN..
situasi : tengah bayar harga makanan kucing kat kedai apek depan rumah.. wuhhaaiii~ A.Samad Said pon tak pernah cari idea kat kedai apek tau? (confident je statement,haha)
Falsafah 4
cinta, kalau diiringi dengan sentuhan pada ajnabi, maka itu adalah nafsu.. so jangan dating rapat rapat macam lagu kalau berpacaran..
situasi : dalam bilik, menggosok perut kucing yang sedang bunting.. entah apa apa jela kan? ;)
Falsafah 5
kebijaksanaan seseorang dinilai dr kehebatan akalnya, tutur bicara yg berhemah,akhlak yg terpuji dan tingkahlaku yg bersusila..
situasi : tengah tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, babak Kak Limah nyanyi Enjit Enjit Semut..hahaha
Falsafah 6
cinta itu macam kematian.. biarpun jasad dah tertanam, namun kenangannya seteguh batu nisannya..
situasi : errr.. errr... errr... dalam toilet.. (lari jauh jauh!! tak senonoh je!!hehe)
baaanyank lagi sebenarnya... TAPI... cukup la Miss J kongsi 6 ni je.. semuanya mengarut.. tapi.. ade jugak yang bermanfaat.. tapi lagi... banyak yang mengarut dari yang berfaedah...hehe.
okay.. itu saje untuk kali ni.. ;)
AWAS!! Mr. M si PENIPU BESAR!!
Assalamu'alaikum w.b.t..
Mr. M?? who the hell is that Mr. M?? dia tak la seteruk penyimbah asid yang GILA itu.. dia tak la sekacak Aaron Aziz.. dia bukan la sefamous Prince William yang konon kononnya HENSEM tu.. dan tak la selucu Shaheizy Sam.. eh, ada ke perkataan selucu? Miss J main tibai je ni.. al maklom la... BM dulu tak pandai.. cikgu mengajar kat depan, Miss J tido kat belakang.. what the heck la Miss J! homaigosh homaigosh homaigosh.. banyak betul merepek modal merepek kau ni.. sorry sorry sorry sorry sorry..hehe.
Mr. M ni semua orang kenal.. maneeee pulak tak kenalnya.. kalau tak kenal.. nampok benor menipunya bak kata Usop Wilcha.. Mr. M ni paling HOT di kalangan perempuan yang obses gila nak kurus, termasuk la Miss J jugak.. tapi.. ada jugak gadis gadis comel yang fobia tahap cipan dengan Mr. M ni.. mana taknya.. depan cermin nampak mantain, datang datang kat Mr. M, lain pulak komen orang tua tu.. haaa... dah dapat hint belom? tak dapat jugak? moh le Miss J revealkan siapakah gerangan Mr. M ni...
- Mr. M -
okay guys.. i am so BUSTED! sebab kantoi la Miss J cilok gambar ni dari Google kan.. nak nak pulak owner gambar ni pon ade blog.. sorry dear Nashina Rika, Miss J pinjam gambar ni kejap.. tapi kalau Cik Nashina tak suka, nanti Miss J remove ye.. by the way, i've followed yours.. wink wink!
haaa... tu la Mr. M nye.. atau nama betul, Mr. Mesin Penimbang dan Tinggi.. tau tak korang yang dia ni PENDUSTA? memang Miss J rasa nak karate dia laju laju.. mana taknye.. disebutkan dalam satu riwayat, Miss J dan family pergi la Melaka Central.. haha, crap! kantoi Miss J ni orang Melaka.. okay, sambung balik.. niat di hati nak hantar angah Miss J naik bas.. beliau mahu pulang ke Arau.. and yeah, tiket pukul 9.30 p.m, yet kitorang sampai MC pukul 8.15 p.m.. ah, tak nak lama pulak nak tunggu kan? so Miss J dan family pon merayaukan diri kat MC tu.. grr~ ada apa je kat MC tu.. bukan KLCC pon..haha.
TING TING TING!! adik adik Miss J terpandangkan Mr. M ni.. so, why not la kitorang mempoyokan diri dengan Mr. M kejap kan? best wooo.. Mr. M ni boleh bercakap.. gempak tak gempak tak? duuuhh, sakainya Miss J ni!haha. so, sorang sorang naik kat Mr. M.. wah!! semua pakat dapat level OK ni?? dah confirm confirm la Miss J pon ok kan? dengan high-level confidence Miss J masukkan 20 sen.. muka bangga Miss J cakap korang wey..
"stand still, we are weighing your weight and calculating your height."
2 minit berlalu..
"sorry, you are an XL. thank you."
i am WHAT?!! muka Miss J dah jadi HULK! adik adik, mak dengan ayah ssemua pakat gelak besar! GRR!! what makes me an XL?? gila ini Mr. M! Miss J teros pandang skrin, takde nak tunggu lama dah.. result berat and tinggi still there, kelip kelip macam lampu rosak..
"52 kg, 123 cm."
what the?? Miss J garu kippala lagi.. homaigosh!! you are absolutely a very very BIG liar la! apa taknye.. Miss J baru timbang tiga hari lepas, 49 kg okay? how on earth boleh naik 3 kg ni? ah, mesti ada yang mendajal Miss J ni.. tinggi??? 123 cm?? hallo!! Miss J 150 cm la.. mane hilangnya 27 cm tu lagi.. uwaaa... dusta! penipu! bohong! cheater! as a result, Miss J tak ambik dinner pon malam tu.. sampai ke hari ni.. tak nak nasik, tak nak kuih.. makan megi je.. yang penting, Miss J kena capai target 45 kg tu sebelum Miss J nak konvo bulan depan.. ;)
to my dearest Mr. M.. thanks for the big lie.. Miss J dah give up dengan awak.. tak nak dah kawan dengan awak.. peringatan untuk ladies kat luar sana.. tolong jangan percayakan Mr. M ni.. pembulak(penipu) besar bak kata orang Sarawak..hehe.
stick to a healthy diet, exercise kalau nak dapatkan body yang fit okay ladies? jangan ikut Miss J, megi tu tak baik sangat untuk kesihatan.. ;)
benci giler kat OTAI blogger!!
GRRR!!! Miss J rase macam nak campak je laptop ni jauh jauh!! kenapa?? geram, benci, menyampah, meluat!! kat sape?? kat OTAI blogging ni!! antaranya?? UJANG, ABE BEN, AYEEM dan INESEN... benci benci benci!!!
ohh!! penuh emosi Miss J menaip ni!! sumpah geram gile kat korang ni tau tak?? tapi SEBENARNYA takde pape pon.. gimik je lebih.. tapi MEMANG ada story yang melibatkan otai otai ni..
al kisahnya..
rutin biasa Miss J petang petang ni.. sediakan minum petang untuk ayah Miss J.. menu hari ni, jagung rebus dengan pisang goreng.. jagung dah siap rebus, tinggal nak goreng pisang je la kan? so sambil tu Miss J pon melayan blogwalking ni haa.. first lepak lepak kat blog Inchek IR ni, saje la nak cari cari tips yang bole digunakan untuk blog ni.. ternampak pulak nama Abe Ben kene tag kat situ.. eh? main balas balas blog la diorang ni.. menarik! macam perang manja pulak..hehe. layan pulak reply Abe Ben kan.. hehe, Miss J gelak sorang sorang.. macam kiut je diorang main balas blog ni..
pastu Miss J ke blog Inchek IR lagi.. nampak pulak nama Ujang di situ.. entry biru? Miss J ni 'lemb' sikit.. so Miss J klik pulak kat situ.. ALLAH.. terbaca ape yang tak patut Miss J tau sebelum masanya.. tapi Miss J gelak jugak.. hadoyai.. borek otak masok ilmu tak boto ni haa.. tapi takpe.. Ujang ni pon dah mintak maaf, so takde hal la kan..hehe.
dari blog Ujang tu Miss J melompat lak ke blog Ayeem.. tersenyum itik Miss J baca kenangan dia kene denda cikgu dulu dulu.. sebab Miss J pon selalu kena denda jugak.. NAKAL la katekan..hehe. eh eh.. ade P/S?? ade pulak Faiz ngan Inesen.. santai jap la jumpa Faiz.. aiseyh! kaki wrestler ke dulu.. haha, Miss J gelak lagi.. teringat pulak zaman sekolah dulu dulu..
okay, jom terjah Inesen pulak.. mesti dia ni INNOCENT kan? SUBHANALLAH!! teros Miss J tutup windows! hahaha, tak sanggup nak usha dah.. sebab... korang tengok la sendiri.. TAPI.. perempuan tak digalakkan baca la.. sebab tu hal LAKI yang punya... huhu, berpinau otak bak kata orang melakau ha.. haduyyuuiii.. macam macam.. Miss J geleng kippala.. ;p
tibe tibe.. Miss J dikejutkan dengan satu suara!!
"ape tak senonoh keje ko ni?? tengok pisang ni dah jadi ape??"
ARGHHHH!!! melompat Miss J pegi dapur! bau HANGIT dah masok lubang hidung.. tak mau tengok tak mau tengok.. DEMM!! berkarak HITAM!! Miss J mampu senyum, sengih sengih je bila mak membebel.. tapi dalam hati... bukan main MENGGELAK lagi! haa!! padan muka kau!! layan otai otai tu lagi.. hamek!! RENTUNG pisang goreng kau! ;p
- sah sah bikin jatuh saham! -
dulu nenek moyang pesan, jangan nyanyi kat dapur, nanti dapat laki tua.. sekarang ni, MODEN kan? Miss J nak pesan, "lain kali jangan BW masa masak, nanti makan ARANG!"
busy busy busy!
Assalamu'alaikum!!
waduh waduuuhh.. busy betol la baru baru ni.. Cabaran 30 Hari Mr. Makan Dalam pon aku tak sempat nak update!! uwaaaa... tak berdisiplin betol la kau ni Jannah wey.. macam mane la nak update, ironing melambak, rumah nak kena 24/7 kemas.. masak.. dan segala keroje keroje keperempuanan la yang perlu disetelkan.. baru boleh nak online.. aduyaaaiii... ;p
okay okay.. hari ni just nak bagitau yang aku ade SUB BLOG wey!! jemput jemput la singgah okay? haaa... sub blog tu hanya untuk perkongsian minda.. yang blog utama ni, untuk bebelan seumur hidup.. TAPII... of course la aku akan mengupdate dua dua sekali.. mana boleh menganaktirikan blog kelahiran sendiri kan..
haaa.. okay okay.. bagi yang follow tu.. jemput jemput la menyinggah ke santapan rohani di sana ye.. semoga kite semua sentiasa dirahmati ALLAH hendak-Nya.. Amiinnn ;)
Day - 2 : PULANGKAN Jannah yang dulu!
yeszaaaa!!! aku nak sambung kesinambungan game 30-Days Challenge ni.. bagi korang yang blurr tu.. sila tengok kat SINI!! aku tahu yang aku dah langgar rules game ni.. patutnya aku update 8 Mei.. tapi ni dah 9 Mei.. mane aci la kan? nak buat macam mana... busy sangat hari ni.. celebrate birthday mak aku in advance ;)
stop mengarut! tajuk entry nak gempak je kan.. padahal takde jadi ape pon.. hmmm.. apa perubahan aku sejak dua tahun lepas eh.. susah soalan ni.. kalau salah jawab nanti orang cakap macam macam.. tapi takpe.. i dare myself to reveal the real me! perubahan eh? ada orang berubah dari negatif ke positif.. ada jugak yang dari positif ke negatif.. well, aku mengalami kedua duanya.. so where should i start KANTOing myself hah? grr~ tak suka soalan ni!haha.
okay okay.. start dengan yang tak baik la eh.. aku rasa aku yang sekarang ni JAHAT gila! kenapa?? sebab sekarang ni aku main lepas caaaaaakap je.. DULU, aku boleh dikategorikan sebagai penyabar.. kene maki diam.. kene marah senyap.. kene bantai pon macam tunggul.. TAPI.. sekarang ni.. hah! tak payah cakap la.. pantang orang cakap sepatah, bukan sepuluh patah aku balas.. berbakul bakul aku bagi balik! memang kene sound tepek la bak kate omputehnye haaa.. sampai mak ayah aku pon naik risau, marah pon ade jugak la sebab bagi diorang aku ni dah kurang hajar! ooohh.. nak buat macam mana.. bukan mak ayah yang salah.. aku yang salah sebab tak boleh kawal bahasa ni.. PUNCANYA!! pengaruh kawan.. yes, bila aku dapat peluang sambung Diploma DULU.. aku kenal dengan baaaaanyak sangat golongan mulut longkang.. aku tak kacau dorang pon, adeeeee je gosip gosip yang BUSUK pasal aku.. setahun aku bole tahan lagi.. TAPII.. masuk tahun kedua, aku dah mula bertindakbalas! dan yang paling aku tak sangka, mulut aku lagi pedas dari diorang... sampai diorang menangis kene tepek dengan aku.. kawan kawan baik aku pon naik heran tengok perubahan DRASTIK aku tu.. dah la mulut laser, cepat baran pulak tu.. memang TEROK gila la! tapi alhamdulillah.. berkat doa mak ayah agaknye.. aku dah slow down sikit sekarang ni.. dah mula kembali jadi diri aku sendiri.. thank You ALLAH.. ;)
yeahhh!! semangat ni! padahal mata nak pejam, tak larat aku ni haaa.. almost 5 a.m, tapi aku tak lelap lagi.. huh, memang tak bangun la aku ni karang.. okay! the good thing sepanjang dua tahun ni la kan.. jeng jeng jeng!!! aku dah pandai masak!!! YAHHHOOOOOO!! kalau DULU punya cerita.... sup ayam tu aku masak macam buat air rebusan ayam je tau?? KOSONG!! letak kiub, masuk ayam dengan kentang.. setel! tak reti la aku nak guna bawang atau rempah lain.. tuuu jela menu utama aku! tak pon tomyam, ayam goreng.. yang WAJIB ade.. TELUR DADAR! lauk PEMALAS kata mak aku.. haha! sampai ade satu tahap, adik adik aku semua tak nak makan.. arghhh! malu la mengaku macam ni! jatuh saham i...hehe. tapi tu DULUUUUU... ni nak cerita yang SEKARANG pulak! ecececececece... intro harus la bangga bhai... benda baik ni...hehe. takde la, just joking.. sekarang ni alhamdulillah.. ade improvement bak kata ayah aku.. paprik, gulai lemak cili api, stew, asam pedas, dan banyak lagi la.. PERHATIAN! tak la sesedap mak aku punya masakan, tapi boleh laaa.. basic tu dah ade.. okay la jugak kan? dan yang paling PENTING nak bagitau ni.. sup aku dah tak macam rebusan ayam dah!! hehe, dah macam sup soto wey.. kalau masak sup ayam je, mesti licin! adik adik aku pon dah tak ejek aku lagi.. hehe, suke suke suke! mai la jemput datang rumah kalau nak rasa masakan aku.. TAPII.. bersedia la.. ambik nombor toilet okay? sebab takut perot korang tak bole terima masakan amatur macam aku ni... hehe.
haaa.. tu je la dua perkembangan aku sepanjang dua tahun ni.. haaa.. memandangkan aku dah bole masak sikit sikit.. aku pasang angan angan nak masuk ni...
haha, tinggi angan angan!! takdenye chef chef hebak macam dorang nak rasa masakan aku.. silap silap belom hantar borang lagi dah kena reject!!haha. okay, dah puas aku mengarot.. mata pon dah macam mata cacing... eh, cacing ada mata ke? mula la aku mengarot ni! okay okay... adios! ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)

