My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER

Assalamu'alaikum w.b.t..

- KLIK KLIK untuk join segmen! -

lagi lagi segmen, segmen, segmen, segmen, SEGMEN!! goyah iman ni tengok segmen best best macam ni.. haha, ayat mintak pelempang je.. ;)

Nama panggilan : Jannah
Birthday blog     : 17 Februari 2011
Target                 : cukupkan followers sampai 300.. *gila melampau tamak kau ni Jannah wey! ;)

haaaaaa... apa lagi pandang pandang tu? cepat la join.. jom kita kawan kawan sampai kiamat, mau? ;)

p/s : strawberi dah banyak yang masak, korang tak nak petikkan ke? ;)

terima kasih sebab sudi baca :D

Cik Anon, tolong berani sikit bole?

Assalamu'alaikum w.b.t..

- ehsan Google -

yes! akhirnya bole men'internet'kan diri sampai lebam! oyeh oyeh.. bole blogging puas puas.. thank you Streamyx.. *tau kau takut... berani la kau cari pasal dengan aku.. ;)

Cik Anon? rasanya semua bloggers kenal identiti Cik Anon ni kan? *tipu kalau tak kenal! dia ni reader yang bernama, tapi buat buat takde nama.. tau kenapa Jannah cakap macam tu? sebab.. dia tak suka letak nama dia kat the end of comments.. tak tau la kenapa.. adakah dia Superman yang menyamar di sebalik bayang Clark Kent? mungkinkah dia jugak Selina Kyle, yang menjelma sebagai Catwoman pada waktu malam? misteri bukan? *dey apa da ayat skema sangat ni? ;)

walaubagaimanapon, Cik Anon ni berkemungkinan besar seorang pembaca setia.. yang 24 jam mengikuti perkembangan kita semua.. but too bad, dia mungkin takde blog.. good for you Cik Anon.. kami hargai kehadiran anda di sini.. TAPIIII.. Jannah berani cakap, kadang kadang bloggers pon menyamar sebagai Cik Anon jugak.. bukan semua, tapi minoritinya.. tapi Jannah tak cakap korang tau? Jannah tau, korang ni baik baik belaka.. ;)

bila masa Cik Anon ni muncul? ini SITUASInya.. ;)

Anonymous : kau jangan cakap macam sampah bole tak? kau dengan blog kau ni, sama je bodohnya!

1. bila diorang tak puas hati, mendengki ataupon memang berniat nak jatuhkan kita.. tu la komen komen yang paling kerap diorang bagi.. or worst than that pon ada kan? TAPIIIII... yang pastinya, CONFIRMED tak letak nama.. kenapa? takut IP kena trace, and Jannah terjah awak balik ke? sorry, you're worth nothing, buang masa je nak layan awak.. nak kritik biar beradab, biar beridentiti ye Cik Anon.. kalau awak begitu berani menyumpah seranah bloggers, takkan nak letak nama sendiri pon kecut kan? potong kepala hutak tu, bagi monyet main, okay? ;)



Anonymous : entry dah okay, cuma tajuk tu mungkin tak berapa sesuai la.. takut orang salah faham je dengan apa yang awak cuba sampaikan..

2. kalau dapat komen macam kat atas ni... alahaiii... sejuknya hati baca.. tapi memang jarang gila nak dapat komen macam ni kan korang? tapi sayang, awak pon tak letak nama.. macam mana Jannah nak buat entry ucap thank you kat awak ni? ;)

so, kepada Cik Anon yang baik hati ataupun kejam tu.. sila sila la letak nama.. jangan risau, bloggers ni semua manusia biasa.. semua makan nasi, tak makan orang.. *tapi tak tau la kalau kalau ada cannibal pulak kan? tak susah kan nak taip nama tu? jangan takut untuk bersuara.. berani kerana benar, takut kerana salah la bak kata orang tua tua.. ;)

as for Cik Anon yang suka menjatuhkan orang lain tu... kalau ada rasa rasa nak maki, kritik, sumpah seranah Jannah tu.. ini pesanan dari Jannah untuk anda.. ;)


sorry, I dont give a damn on it.. awak sembang la besar mana pon nak maki Jannah, Jannah takde hal.. ini budak banyak kental punya hati.. itu ALLAH, PARENTS and FAMILY saje yang bole bikin Jannah kecut.. and one more thing, kalau nak maki maki, jangan lupa letak nama kat hujung komen tu okay? ;)

o/s : terima kasih sebab sudi baca.. ;)


Hi-5 Untuk Korang!!

Assalamu'alaikum w.b.t..

maaf maaf maaf maaf.. internet agak problem sikit.. jadi Jannah tak dapat nak update semalam.. lucky me, best friend sanggup tolong updatekan.. maaf ye Kumpulan 5.. ;)

Jannah dah selamat memblogwalkingkan diri haritu.. semua blog memang GEMPAK! header comel, loading tak berat, layout yang simple and just nice.. seriously, memang tak menyesal la singgah blog diorang semua! and I am sooooo happy to be in one group with them.. ;)

nak tengok?? nak review jugak?? jom intai intai!! ;)


 did you see that little cute palace over there? comel kan? Jannah rasa macam Cindrella gila gila bila masuk sini.. *wah, perasan lawa pulak! seriously, Jannah suka gila blog kak puteri ni.. makes me feel like a princess gittuu.. agak agak ada tak prince charming untuk Jannah ni ye Kak Puteri? ;) *gatal!

shweet kan tengok lelaki kendong baby secomel ni? calon suami soleh ni! TAPIII.. ini bukan owner blog ni okay? memperkenalkan, ini la husband Kak Fardhilah kita.. yang si comel gebu tu anaknya.. sooo shweet letak header gambar hubby and child kan? *mengundang rasa nak nikah cepat cepat, then dapat anak sedozen je! ;) 


 si hensem ni namanya Shuk.. one of my follower jugak.. orangnya? berjiwa clubbing kot.. haha, kidding Shuk! masok masok blog dia, ada lagu henjut kepala punyaaa... tak tipu.. Jannah selalu bukak blog dia semata mata nak dengar lagu je.. Shuk. Jannah nak GCB Mc D tau? tak nak gambar celebrity ke, gambar stroberi ke.. nak burger GCB jugak.. ;)

 chewaaahh!! rasa nak berpuisi sakan je kat sii.. bergurindam jiwa lara, berguling guling pon ada jugak rasanya.. cute kan header? muslimah gituu.... nak jugak la header doodle macam ni.. mesti makin comel.. ;)


 ini namanya Cik Wani.. header dia sangat unik! macam buatan sendiri je.. sorry la awak.. pc kat cc ni function tak best.. tak bole nak main crop image pulak.. kalau tak, memang Jannah dah tayang kekiutan header awak tu.. maaf ye.. ;)

haaa... ini Jannah memang suka gila kat dia ni! HanAlia namanya.. very sempoi, selamba badak je orangnya.. tengok header dia.. tak payah nak bertitle sangat.. yang penting apa yang dia nak share dengan readers dia setiap hari.. kan Han kan? ;)

 haha. akak!! sorry la sebab letak gambar ni.. nak copy url header tak bole la.. sengal ini cc.. by the way, akak Ly_tulip ni sangat rajin menyinggah kat blog Jannah.. orangnya funny.. nak kenal? buat calon isteri? teeeeettt.. Jannah no komen.. sila tanya empunya badan, okay? *lari jauh jauh sebelum kena ketuk.. jangan maraaaa ;)

okeh, itu saje review bloggers untuk korang.. jangan lupa terjah okay? RUGI besar kalau tak terjah! :)

p/s : tadi ada someone tegur.. one of my readers jugak.. wink wink! ;)



KHAS untuk group 5,segmen kotak bulat

huhuiiii...weee...hai all...saye...wakil dr ms j hukhuk..nk bgtawu..diye x  dpt nk mengonlinekn diri pd mlm ni kerane ade msalh yg x dpt nk dielakn...tp kalo tade pepe hal ..diye cube on9 ok :* .buhbye all..salam..zassssssssss **==

saya bukan perosak bahasa, NOKTAH.

Assalamu'alaikum w.b.t..

- HUNGRYlicious -

petang petang macam ni layan megi tom yam, letak telur dua biji pon enak kan? haaa.. cik abang cik akak tu, tutup sikit mulut tu.. tau la tengah terliur tengok megi Jannah tu.. ;)


- ehsan Google -

tadi Jannah bukak Facebook kejap.. checking out what's new kononnya la kan.. mana tau ada orang yang bermurah hati nak belanja GCB ke kan? *tak bole blah je.. sape nak bagi kau? then, ada hamba ALLAH ni I.M.. *whoa, this must be my lucky day! Jannah klik pantas pantas.. GCB dah terbayang kat mata.. mulut sengih sengih, like orang gilak kan? ;)

A is for Anon..
J is for me.. ;)

A : bole tak kau guna BAHASA dengan betul?
J : kenapa ye?
A : ye la.. kau kejap kejap speaking, lepas tu cakap Melayu.. buruk la rupanya..
J : and your point is?
A : tak payah la rojak sangat dowh.. kau orang Melayu, buat cara Melayu la.. bangga sangat dengan speaking kau, ape hal? IC kau biru ke merah?
J : okay, aku faham..
A: kalau kau speaking tu memang dah power takpe la.. ni tunggang langgang je.. menyampah dowh.. gila geli tengok post kau kat homepage aku..
J : sorry, tak perasan pulak aku buat kau rasa annoying.. ;)
A: kau tak payah berlagak la.. nak tunjuk kat semua yang kau ni HEBAT ke? bukan bawak mati pon speaking kau tu..
J : okay.. ;)
A : junjung sangat mat saleh tu ape hal? sampai lupa bahasa ibunda sendiri..
J : (zzzzz.. mula rasa malas nak melayan hamba ALLAH ni..)
A : kalau dah lidah tu makan belacan, belacan je baunya.. takkan belacan jadi chicken chop..
J : (senyap lagi..)
A : ni la pengaruh mat saleh.. biadab.. bila orang tegur, buat bodoh.. rasa dah bagus sangat ikot mat saleh tu la?
J : *that's it! I'm done here.. offline lagi bagus.. makin aku layan, makin menjadi ceramah.. ;)

ooo.. kita kena junjung Bahasa Melayu.. betul tu, betul.. sikit pon Jannah tak nafikan.. tapi kan, kenapa Bahasa Arab tu kita sikit pon tak kisah? sedangkan KALAMULLAH dalam Bahasa Arab.. what for mengaji. tapi tak faham satu apa pon? main redaaah macam tu je? ;)

Jannah bukan perosak bahasa.. tapi Jannah memang jenis yang suka mempelajari dan mengamalkan penggunaan bahasa.. bukan setakat English, Arab, Latin, Jepun, Korea dan banyak lagi bahasa yang Jannah try pelajari.. kenapa? sebab Jannah memang someone yang gila berbahasa.. it's a passion la bak kata orang.. ;)

TAPI untuk statement BERLAGAK tu? whoa, that is too much la Mister.. honestly, takde niat pon nak berlagak.. betul, English Jannah masih tunggang langgang.. but you will never know until you try kan? tak kenal, maka tak cinta.. bila dah cinta, jaga la betul betul.. lagi berkat kalau berkongsi.. betul, kawan kawan Jannah ramai yang tak confident nak speaking.. tapi bila tengok kita yang kononnya BANGGA sangat dengan English ni speaking, diorang jadi enjoy.. diorang jadi berani untuk mencuba.. see? they are inspired by my passion.. indah kan? tak gitu? ;)

dan untuk korang semua.. maaf kalau Jannah yang minah saleh celup ni memanjang 24 jam nak speaking dah buat korang rasa menyampah.. maaf maaf maaf... memang takde niat pon nak buat begitu.. :)



jangan sesekali dengar kata kata negatif yang bisa merencatkan keinginan korang untuk berbahasa.. bahasa itu ilmu yang indah lagi bermanfaat.. seindah indah bahasa ialah BAHASA ARAB.. ;)

terima kasih sebab sudi baca..