My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

tolong report blog Makcik Whatsoever tu..

Assalamu'alaikum w.b.t...

tadi Miss J dah post pasal Makcik tu kan... so tadi ada kenalan Miss J bagi link untuk report blog Wordpress.. tolong ye semua.. sebarkan... pertahankan agama kita..


selamat beramal...

Makcik Blogger hina ISLAM~

Assalamu'alaikum w.b.t...

Miss J tak nak cakap banyak... sebab Miss J masih lagi terkejut, sedih, bengang, marah.. semua emosi bercampur aduk.. para para sakura tengok la sendiri ye..




dah nampak? okay, blogger yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik whatsoever ni(nak taip nama dia pon Miss J dah JIJIK) menggunakan Wordpress.. so Miss J tak tau nak report macam mana... anyone? kalau tau, tolong tinggalkan komen okay? sama sama la kita report Makcik yang tak bertauliah ni, semoga beliau tak aktif lagi.. ;)

untuk maklumat lanjut... korang boleh lawat Makcik Whatsoever yang nak ganti Ayah Pin ni kat blog dia.. banyak lagi hinaan terhadap agama Islam.. sedangkan para blogger sedang ENAK menjatuhkan antara satu sama lain(walaupun bukan semua), sedangkan Facebookers dari Malaysia sibuk bergaduh dengan hackers yang hacked page Linda Onn dan HOT FM baru baru ni.. see? artis diperjuangkan, agama diabaikan.. manusia akhir zaman.. WALLAHU'ALAM..

MULIA mengalahkan ALLAH?

Assalamu'alaikum w.b.t...

"kenapa aku tak cantik macam dia?"
"wah... comelnya dia.. mata cantik... muka bersih.."
"hensem giler bab* pulak mamat tu.. body pon tough! urghh~ apehal aku tak macam dia??"
"kenapa Allah ciptakan semua orang lain lain.. kenapa tak bagi semua orang lawa/hensem.. Tuhan tu tak adil!!"

DULU~ Miss J selalu mengeluh macam ni.. mana taknya.. seawal umur Miss J 5 tahun Miss J dah dihina.. sebab? Miss J ni sangat sangat la hitam legam dulu.. monyet, beruk, kopam, tuntung hangus, and whatsoever la gelaran yang Miss J dapat.. menangis? HARI HARI tau menangis? oh, cengengnya Miss J.. murah betol air mata Miss J dulu.. :)


"ALLAH itu cantik dan sukakan kecantikan.. bersyukurlah dengan apa yang ALLAH kurniakan.. kerana hanya ALLAH selayaknya mengadili nilai kecantikan kita.. pedulikan kata kata yang tajam seperti pedang, kerana manusia pasti menyembamkan wajahnya ke tanah dengan seperit perit kesakitan hanya disebabkan oleh LIDAHNYA.. bersabar, sesungguhnya ALLAH itu bersama kita.."


SEKARANG~ Miss J berpegang pada ayat keramat kat atas.. honestly, Miss J bersyukur dengan paras rupa Miss J.. walaupun tak cantik di mata manusia, gigi tak secantik Lisa Surihani as I am a Jongos, tak seputih Maya Karin, tak seanggun Dato' Siti Nurhaliza.. tapi one thing for sure, kesabaran dihina sepanjang lebih 10 tahun ni mematangkan Miss J.. yes, ALLAH is totally a very GOOD listener of mine.. HE never let me down, HE always by my side.. thank YOU ALLAH for creating an ugly duckling like me.. I am more tougher than before.. ;)


so untuk para para sakura yang selalu dihina, yang selalu merendah diri dengan fizikal anda.. pegang kata kata Miss J kat atas.. anda cantik, anda handsome just the way you are bak kata Bruno Mars.. be proud of yourself.. mungkin anda tak secun Selena Gomez, tak semacho Rain, tapi masih ada lagi keindahan/kelebihan pada diri anda semua.. perhatikan mata, kening, hidung.. mesti ada yang cemburu dengan mata anda yang bundar, kening yang semulajadi  terbentuk, hidung mancung terletak, dan sebagainya~ kan? pasti ada kelebihan di sebalik penciptaan anda.. dan yang penting, AKAL dan HATI kena bersih.. biar kita disayangi kerana AGAMA yang tinggi, bukan dikipas dengan pengampu yang bertopengkan syaitoonn...


p/s : ramai je kawan kawan Miss J yang tak hadsome/cun.. tapi peminat berlambak tak ingat dunia.. sebab?? akhlak diorang.. :)

maafkan saya, Abe Ben..

Assalamu'alaikum w.b.t..

oh, sadisnya.. dari hari tu Miss J try undi Abe Ben untuk Blogger Of the Year DiGi WWWoW Awards.. tapi manjang tak dapat.. internet ni boikot Miss J ke? bukan main loading lagi bila Miss J nak vote.. restart lappy, reboot modem, refresh, semua Miss J dah buat.. tapi still the same.. crap! memang tak berjodoh la nak vote Abe Ben.. takpe takpe.. Miss J akan berusaha dengan lebih GIGIH lagi! (senyum lebar, hati sakit tak dapat undi..)

"ape hal kau GEDIK sangat panggil dia Abe Ben? ape kau ni dah merenyam sangat ke kat dia?"

homaigosh homaigosh! kenapa puaka sangat soalan ni? tapi takpe.. Miss J sengih je.. pemikiran sempit punya olang, kata hati Miss J.. pantang perempuan panggil lelaki tu ABANG je dah kena cop GATAL, GEDIK, MERENYAM and whatsoever kan? 

kenapa Miss J panggil Abe? sebab suka hati Miss J la, mulut Miss J kan? takkan nak panggil Pakcik Ben pulak.. kurang hasam jugak di situ kan? hehe, emo? takde la.. gimik saje.. actually Miss J saje panggil dia Abe, walaupon dia orang Penang.. macam bermelodi pulak panggil dia Abe Ben.. tu je sebabnya.. takde niat pon nak menggatal dengan Abe Ben ni.. cukup sekadar mengagumi kefemesan beliau kat dunia blogging ni.. ;)

p/s : ini bukan entry bodek okay? tak hidup dek puji, tak mati dek keji, tahap mental mesti tinggi ;)

arezza~ salji turun kat rumah Miss J~

Assalamu'alaikum w.b.t..




DULU~ Miss J selalu berangan.. ah, dulu ke sekarang ke, Miss J tetap mantain kuat berangan.. kalau dulu kita ada angan angan Mat Jenin kan? so zaman moden moden ni kita ada angan angan Miss J la pulok.. crap, what the yang Miss J mengarut lebih ni.. haha, tak habes habes nak mengarot.. sambung balik~ dulu Miss J selalu berangan nak duduk kat overseas.. Miss J sangat sangat teringin nak sentuh salji.. nak buat Mr. Snowman yang comel lagi bulat macam picca provided by Inchek Googke ni.. teringin teringin teringin sangat nak main salji.. bila tengok kawan kawan dapat further kat oversea, seronoknya mereka berbaju sejuk.. pastu ada salji atas kepala dorang.. bestnye!! menyesal tak belajar rajin rajin dulu~ grr~~

tapi.. hari ni Miss J dah takde keinginan nak bersalji salju ni.. sebab tadi rumah Miss J dah dilanda salji.. fuuuuhhhh~~ SYIOK gila Miss J kata.. tak caye? mau tengok buktinya? ZAAASSS~




hahaha, ini la saljinya.. very very the muchie NICE kan..? mana datang Cik Salji yang melambak ni? kali ni ada kaitan dengan Sis Yana pulak.. kebetulan pulak, semalam bab PISANG RENTUNG ada kaitan dengan Hubby Sis Yana, and yet, arini disebabkan oleh this akak yang comel gila ni.. duuh, rojak pulak.. tapi halal je la kan? ;)


macam mana Sis Yana boleh terlibat dengan kancah salji ni? semuanya berpunca daripada blogwalking sambil mencuci baju.. dah jadi habit Miss J, Miss J akan rendamkan semua baju kotor dengan air sabun dulu, baru la Miss J masukkan dalam mesin basuh.. so Miss J letak sabun dalam besen merah tu... and here comes the waterfall(paip shower) guys.. so sementara menunggu besen tu nak penuh dengan air, Miss J layan blogwalking.. nampak pulak Sis Yana dah update.. Miss J tak tunggu lama.. terus terjah je la.. layan layan cuppycake's song, KIUT u know? pastu dengan kunonya Miss J mengexplore semua entry beliau.. ye la.. baru follow hari ni kan.. mesti la kuno.. ;p


dalam 15 minit jugak la Miss J ralat dengan blog.. tiba tiba.. TING TING TING! Miss J melompat teros dari katil.. ala ala Jackie Chan gittuu.. laju je Miss J lari pegi toilet.. NAHHH!! saksikan la kau wahai Miss J.. penuh lantai dengan buih sabun.. homaigosh homaigosh! hapuskan bukti! nanti mak nampak, mesti kena TARIK TELINGA punya la.. terus Miss J tutup pintu toilet.. siram air sana sini... crap! tolong la jangan datang sekarang mak.. tak putus putus Miss J berdoa..


"ape kau buat dalam toilet tu lama lama?ape yang kau sorok kali ni?"


DUUH!! doa tak makbul.. haha, Miss J buat seenyap je dalam toilet.. homaigosh homaigosh! jangan la mak nak guna toilet pulak~ 


"mak nak pegi pasar ni~ basuh baju cepat cepat.. jangan dok berangan je dalam toilet tu."


LEGA~~ kalau tak.. memang kena la.. haha, lain kali blogwalking time tengah free la Miss J wey.. time time masak la, basuh baju la kau nak blogwalking.. memang apeeee pon tak boleh la kan? ;)