My VVIP
..LIKE LA BLOG KITE..
Day - 2 : PULANGKAN Jannah yang dulu!
yeszaaaa!!! aku nak sambung kesinambungan game 30-Days Challenge ni.. bagi korang yang blurr tu.. sila tengok kat SINI!! aku tahu yang aku dah langgar rules game ni.. patutnya aku update 8 Mei.. tapi ni dah 9 Mei.. mane aci la kan? nak buat macam mana... busy sangat hari ni.. celebrate birthday mak aku in advance ;)
stop mengarut! tajuk entry nak gempak je kan.. padahal takde jadi ape pon.. hmmm.. apa perubahan aku sejak dua tahun lepas eh.. susah soalan ni.. kalau salah jawab nanti orang cakap macam macam.. tapi takpe.. i dare myself to reveal the real me! perubahan eh? ada orang berubah dari negatif ke positif.. ada jugak yang dari positif ke negatif.. well, aku mengalami kedua duanya.. so where should i start KANTOing myself hah? grr~ tak suka soalan ni!haha.
okay okay.. start dengan yang tak baik la eh.. aku rasa aku yang sekarang ni JAHAT gila! kenapa?? sebab sekarang ni aku main lepas caaaaaakap je.. DULU, aku boleh dikategorikan sebagai penyabar.. kene maki diam.. kene marah senyap.. kene bantai pon macam tunggul.. TAPI.. sekarang ni.. hah! tak payah cakap la.. pantang orang cakap sepatah, bukan sepuluh patah aku balas.. berbakul bakul aku bagi balik! memang kene sound tepek la bak kate omputehnye haaa.. sampai mak ayah aku pon naik risau, marah pon ade jugak la sebab bagi diorang aku ni dah kurang hajar! ooohh.. nak buat macam mana.. bukan mak ayah yang salah.. aku yang salah sebab tak boleh kawal bahasa ni.. PUNCANYA!! pengaruh kawan.. yes, bila aku dapat peluang sambung Diploma DULU.. aku kenal dengan baaaaanyak sangat golongan mulut longkang.. aku tak kacau dorang pon, adeeeee je gosip gosip yang BUSUK pasal aku.. setahun aku bole tahan lagi.. TAPII.. masuk tahun kedua, aku dah mula bertindakbalas! dan yang paling aku tak sangka, mulut aku lagi pedas dari diorang... sampai diorang menangis kene tepek dengan aku.. kawan kawan baik aku pon naik heran tengok perubahan DRASTIK aku tu.. dah la mulut laser, cepat baran pulak tu.. memang TEROK gila la! tapi alhamdulillah.. berkat doa mak ayah agaknye.. aku dah slow down sikit sekarang ni.. dah mula kembali jadi diri aku sendiri.. thank You ALLAH.. ;)
yeahhh!! semangat ni! padahal mata nak pejam, tak larat aku ni haaa.. almost 5 a.m, tapi aku tak lelap lagi.. huh, memang tak bangun la aku ni karang.. okay! the good thing sepanjang dua tahun ni la kan.. jeng jeng jeng!!! aku dah pandai masak!!! YAHHHOOOOOO!! kalau DULU punya cerita.... sup ayam tu aku masak macam buat air rebusan ayam je tau?? KOSONG!! letak kiub, masuk ayam dengan kentang.. setel! tak reti la aku nak guna bawang atau rempah lain.. tuuu jela menu utama aku! tak pon tomyam, ayam goreng.. yang WAJIB ade.. TELUR DADAR! lauk PEMALAS kata mak aku.. haha! sampai ade satu tahap, adik adik aku semua tak nak makan.. arghhh! malu la mengaku macam ni! jatuh saham i...hehe. tapi tu DULUUUUU... ni nak cerita yang SEKARANG pulak! ecececececece... intro harus la bangga bhai... benda baik ni...hehe. takde la, just joking.. sekarang ni alhamdulillah.. ade improvement bak kata ayah aku.. paprik, gulai lemak cili api, stew, asam pedas, dan banyak lagi la.. PERHATIAN! tak la sesedap mak aku punya masakan, tapi boleh laaa.. basic tu dah ade.. okay la jugak kan? dan yang paling PENTING nak bagitau ni.. sup aku dah tak macam rebusan ayam dah!! hehe, dah macam sup soto wey.. kalau masak sup ayam je, mesti licin! adik adik aku pon dah tak ejek aku lagi.. hehe, suke suke suke! mai la jemput datang rumah kalau nak rasa masakan aku.. TAPII.. bersedia la.. ambik nombor toilet okay? sebab takut perot korang tak bole terima masakan amatur macam aku ni... hehe.
haaa.. tu je la dua perkembangan aku sepanjang dua tahun ni.. haaa.. memandangkan aku dah bole masak sikit sikit.. aku pasang angan angan nak masuk ni...
haha, tinggi angan angan!! takdenye chef chef hebak macam dorang nak rasa masakan aku.. silap silap belom hantar borang lagi dah kena reject!!haha. okay, dah puas aku mengarot.. mata pon dah macam mata cacing... eh, cacing ada mata ke? mula la aku mengarot ni! okay okay... adios! ;)
THE GORGEOUS BLOG EVER CONTEST!!
hari ni aku terfikir satu idea yang best!! memandangkan aku ni suka sangat blogwalking, so i've decided to hold this contest.. best jugak kalau dapat cuci cuci mata tengok blog orang lain, betol tak? contest ni aku bukak selama seminggu.. aku dah iklankan kat Fan Page Ini Aku Yang Punyaaa secara besar besaran.. hopefully ade la yang join.. Page ni baru seminggu je... tapi, pengeLIKE nya dah cecah 1K++!! thanks kat admins page lain yang sudi support aku ;)
pasal contest ni ke?? here's the details! :D
pasal contest ni ke?? here's the details! :D
- dibuka selama seminggu bermula hari ni... 7 Mei 2011..
- 14 Mei aku akan umumkan pemenangnya..
- HADIAH akan diposkan.. takkan la buat contest takde hadiah kan.. melampau!haha.
- macam mana nak MENANG?? tinggalkan saje link blog korang kat page aku... aku akan follow, dan aku akan usha blog korang.. ;)
SIMPLE tak?? join la!! bole promote blog kawan kawan korang yang korang rase cute jugak.. BEST WISHES!! ;)
Day 1 - bila aku duduk sorang-sorang~~
YAHHOOOOO!! pagi-pagi ni aku rase excited nak update blog.. kenape?? 30-Days Challenge dah start!! YIPPPIIIII!! rasa nak menaip laju-laju je, tapi keadaan mata tak mengizinkan.. mengantok, tak tido malam tadi sebab sibuk menghadap Facebook.. ngee~
okay, soalan ni tak la challenging sangat.. huiyaaiii.. berlagak! apa aktiviti aku bila aku bersendirian.. cewah, ayat nak sastera saje.. haha, aku malu la nak mengaku.. TAPII.. aku dengan BERANI MATInye mengaku.. yang aku suka TIDO! aku sangat-sangat suka tido.. nampak MALAS kan? jangan risau, kutuk je.. mak aku pon cakap benda yang sama..hehe. alaaaa.... tak payah nak kutuk sangat la kan.. korang pon sama... kan kan kan kan kan kan...?? hehe, tipu sangat la kalau korang tak suka tido.. ;)
sebenarnya bukan salah aku tau? memang dari kecik lagi dah jadi tabiat.. sebab dulu, asalkan HUJAN je, ayah aku telah mengeluarkan satu arahan..
"ambik bantal, JOM kite tido ramai-ramai!!"
maka.. tercipta la tabiat tido aku ni.. bukan mak aku je yang bising, kawan-kawan aku pon pelik tengok aku.. balik kelas je, tido.. asal ade masa free je tido..
"kau ni tak reti-reti nak belaja ke?? exam dah dekat.. kau MEMBUUUTA je manjang!"
tu la antara dialog yang glamour yang selalu keluar dari mulut diorang.. macam mak nenek la diorang ceramahkan aku.. aku pon menayangkan muka selamba.. tabiat tido ni aku rase sangat KRONIK! aku sanggup BERLAPAR sampai tahap cipan semata-mata untuk TIDO! perghhhhh... kuat betol rasa cinta aku untuk tabiat aku ni,haha.
lagi satu tabiat aku.. MAKAN!! tapi aku bukan sekadar makan je.. aku dah sampai tahap MENTEKEDARAH la bak kata omputehnye.. pantang duduk sorang, mesti aku kisai-kisai almari.. carik ape saje yang boleh dikunyah.. kalau takde, aku akan pegi kedai.. tak kisah la pukul berapa sekalipon.. pegi kedai tak nak ajak kawan.. nak makan sorang je.. SELFISH kan? TAPII.. sebenarnye kalau aku ajak pon diorang tak nak.. sebab semua heboh nak jaga badan.. so.. kalau bab makan ni.. aku jadi LONE RANGER..haha. WALHAL aku memang jenis suka makan sorang-sorang.. baru la KHUSYUK menghadap makanan..hehe.
haaa.. tu je la keje aku.. tak TIDO, aku MAKAN.. kalau TIDO, aku tak MAKAN.. kalau MAKAN, aku pulak tak TIDO.. study?? aku ikot masa aku sendiri.. agak-agak budak rumah aku semua dah tido malam tu.. aku jadi la BURUNG HANTU.. study sorang-sorang.. baru NIKMAT! tak la aku pening dengan kerenah TUNJUK PANDAI.. ye la.. manusia kan.. kalau bole dia nak dia je yang PERFECT! kan kan kan kan kan kan...? TEETTT... aku ni dah meyimpang tajuk ni..haha.
okay! tu je tabiat BURUK aku.. korang jangan ikot aku.. perangai aku ni memang mereng sikit ;p
30-Days Challenge!!bring it on baby!
benda ni old school sebenarnya... ramai blogger dah buat.. tengah-tengah aku blogwalking tadi, aku terbaca blog Encik Makan Dalam.. aku suka gile baca semua entry dia.. kenapa?? sebab dia memang sound tepat saje.. TAPI.. adat la kan.. orang zaman sekarang ni suka melenting kalau ditegur.. so.. kalau rasa-rasa diri tu tak KENTAL, jangan la baca blog dia.. sebab kalau korang hentam dia, dia akan hentam korang balik, KAW-KAW dia bagi.. haha, lu memang TERBAIK derr..
apa 30-Days Challenge ni?? alaa.. simple je.. macam trivia, tapi lebih kepada diri korang... so, blogger yang lain boleh la mengenali korang dengan lebih dekat lagi.. baru la TEMAN TAPI MESRA.. ;)
tak payah cakap banyak.. ni Challenge List yang akan aku sahut!
haaaaa.... menarik tak? semua ni soalan yang sangat-sangat mencabar bagi diri aku.. kenapa?? sebab 30 soalan ni la yang aku tak pernah nak REVEAL kat sape-sape pon.. TERMASUK la keluarga, kawan-kawan baik, mahupun sape-sape saje yang tanyekan soalan ni.. hish.. panas betol soalan ni.. baru la Makan Dalam.. ye tak? ;p
okay.. segalanya akan bermula 7 May 2011! ;)
harta vs keturunan vs kecantikan vs agama..yang mana satu idaman kalbu??
"Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan." (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
hadith ni sangat sangat familiar kan? DULUU.. aku mane pernah nak terfikir benda-benda ni.. yang aku tau, ada pakwe pon dah cukup.. janji I LOVE YOU, YOU LOVE ME.. asalkan baik sikit je, mula la aku mencair.. tapi tu DULUU punya cerita la.. hehe, bunyik macam main tangkap muat je kan aku ni? tak senonoh sungguh kau ni Jannah.. ;)
tapi SEKARANG?? boleh la dikatakan yang aku sedikit sebanyak mengikut garis panduan dalam hadith kat atas ni.. so aku mengkaji sendiri, berdasarkan survey ke atas kawan-kawan, status kat Facebook, dan observation(pemerhatian) aku sendiri.. let's check it out! ;)
PERINGATAN : entry ni bukan la nak mempersendakan agama ataupon hadith ye.. :D
1. HARTA SEBAGAI KEPERLUAN.
siapa bilang harta tu tak penting? PENTING... bukan aku nak mengajar jadi MATERIALISTIK ye.. think from the bright side.. korang nak kahwin, guna duit tak? sekalipon korang setakat nak langsungkan yang wajib saje, tapi mas kahwin kena bayar tak? guna duit a.k.a harta kan? lepas kahwin, barang dapur habis, nak makan macam mana? duit lagi di situ.. takde la kita sampai-sampai kat kedai je, cakap "bang, bang.. saya sayang bini/laki saya.." teros abang tu nak sponsor barang dapur untuk korang selamanya.. betol tak? nampak kan yang harta itu TERNYATA adalah suatu keperluan.. :)
2. RUPA SEBAGAI KEHENDAK.
TEEETTTT.. isu ni agak sensitif kan? DULU.. masa mentah-mentah, aku bangga dapat ex-boyfriend yang handsome.. kembang hidung bila kawan-kawan puji.. NORMAL la kan.. sape yang tak nak pakwe atau makwe dia HOT kan.. sape pulak tak bangga ada suami atau isteri yang good looking.. TAPII.. aku nak HIGHLIGHT habes-habesan.. KEINDAHAN wajah seseorang tu adalah SUBJEKTIF.. korang maybe tengok A ni tak lawa atau handsome, tapi pasangan dia... FUHH!!! tak tahan.. selalu kan jumpe situasi macam ni? dalam hati tu mula la cakap bukan-bukan kan..? betol tak? haha, TIPUU la kalau takde.. eh, seronok pulak aku berceloteh pasal isu ni kan? lagi sekali TAPII.. jangan lupa, yang A tadi mungkin handsome tang mata dia ke.. yang B tadi cun tang senyum dia ke.. yang paling PENTING, HATI dia HIGH CLASS gituu.. kan? muka handsome, lawa mana sekalipon, masuk kubur kena makan ulat jugak.. dunia je semua tu.. jangan maraaahh.. ;)
3. KETURUNAN SEBAGAI BONUS.
ape bendeeee la manusia ni mengarut ni?? mesti korang terfikir macam tu kan? kenapa aku kata bonus? nak kahwin, korang kena selidik dulu asal-usul pasangan korang.. mana boleh hentam keromo je.. karang silap-silap TERnikah dengan adik-beradik sendiri.. sama ada kandung, tiri, ataupon susuan.. hey, banyak jadi tau?? haaa.. tak bace paper la tuu.. hehe, jangan marah ye.. tang mana BONUSnya Jannah hoii.. haaa.. tang NI bonus dia.. contoh, pasangan korang ni memang dah confirmed someone yang halal untuk korang nikahi.. dapat pulak kerabat diraja... macam Kate Middleton dengan Prince William tu.. tak ke korang jadi another Cinderella story?? untung kan?? lepas tu dapat ada jugak yang BERjodoh dengan Pak Arab, nasab Rasulullah.. tak ke BONUS di situ? dan pelbagai lagi la TER dan BER dengan UNEXPECTED keturunan.. bonus kan? kan la kan... hehe ;)
4. AGAMA SEBAGAI TUNTUTAN.
TAPIII... walau apa sekalipon... perkara nombor 4 ni yang aku nak highlight GILA-GILA sebenarnya.. apa la guna harta, paras rupa dan keturunan yang gempak kalau AGAMAnya takde?? CONTOH ye?? orang KAYA, hidup macam RAJA, tapi ALLAH pon tak kenal.. wa tak main la minum air kosong derr.. wa layan Chivas! ewaaah.. statement bikin PANASSS kan? CONTOH lagi.. muka kau handsome, lawa, peminat berkoyan-koyan, dahi licin takde jerawat.. tapi tak pernah sujud kat SEJADAH.. baca AL-FATIHAH pon tak tau.. macam mana nak bimbing anak-anak nanti? CONTOH last.. wedding kau BERJUTA habes.. kahwin dengan anak raja la katakan.. tapi hidup kau penuh dengan MAKSIAT.. ZINA sana sini, dapat ANAK LUAR NIKAH, pastu BUANG.. tak ke membunuh namanya kalau bayi tak berdosa tu MATI? haaa.. CLEAR kan betapa MUSTAHAKnya agama dalam hidup kita..
ISLAM dah cukup cantik.. LENGKAP segalanya.. siap bagi GUIDELINE untuk mencari JODOH.. untuk korang yang tengah bercinta.. pilih la yang TERBAIK buat diri korang.. ISTIKHARAH la banyak-banyak.. bukan mudah nak bina MAHLIGAI CINTA yang diredhai ALLAH... aku cakap ni bukan nak tunjuk bagus, TAPI aku pon mengingatkan diri aku sendiri.. semoga kita sama-sama mendapat jodoh yang dapat MENYEMPURNAKAN kita.. kerana kita ni bukan la SEMPURNA.. ALLAH jugak Yang Maha Kamil(Sempurna)..
renung-renungkan.. dan selamat beramal.. ;)
p/s : jangan marah.. entry ni takde niat nak singgung hati sesiapa.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

