My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

tak support BERSIH tu golongan tipikal ke?

Assalamu'alaikum w.b.t..

- Mr. Google sponsor -

abaikan tuntutan BERSIH.. tu bukan apa yang Miss J nak share kali ni.. tadi Miss J cuba buat provokasi kat kawan kawan Facebook.. Miss J bukan tak nak clean politic, sape yang tak nak? betul tak? TAPI.. bukan dengan demonstrasi macam ni.. ;)

okay.. TIPIKAL ke kalau tak support BERSIH?

"menyusahkan la BERSIH ni.. tak payah buat la wey!"..

itu kebanyakan status kawan kawan Miss J.. betul, memang menyusahkan.. nak pergi kerja tak bole.. nak balik kampung pon tak dapat.. nak kuar dating? pon tak dapat.. senang kata, segala urusan tu memang tergendala la..

so Miss J terpanggil untuk berkomen komen kat status kawan ni.. dan datang seorang hamba ALLAH ni.. very sarcastic guy..

A : salahkan tuannya kalau anjing menyalak..
J : ha ah kan.. ambiga atau orang ramai tak salah.. yang salahnya kerajaan kan? ;)
A : haa.. betul, salahkan tuan anjing okay?
J : tapi dah menyusahkan ramai orang.. sampai nak pergi hospital pon tak bole..
A : kenapa baru hari ni heboh nak pergi HKL? klinik banyak kan? ke sebab takde duit.. ye la, klinik mahal kan?
J : tapi kalau emergency cases? sakit jantung ke, nak terberanak ke?
A : ambulans ada.. bole bawak pergi Tawakkal, Pantai.. semua tu dekat je..
J : ooo.. gitu.. (the best way to provoke is the SMILEY icons)
A : yang terjejas tengah bandar KL je.. kalau takut sangat pasal rally, tak payah gata sangat duk kat KL.. duk tempat lain.. bulu masing masing dah tumbuh, bole fikir kan? *tak sanggup nak menaipnya!
J : tak faham sangat ayat tu.. tapi ye la kot.. ;)
A : lain kali baca dua sumber.. kanan dan kiri.. jangan asyik tengok TV3.. buat la homework sikit.. tak payah nak jadi tipikal Melayu yang manja sangat..
J : *provok lagi.. okay.. bagi kamu menang.. (ikon senyum)
A : haaa!! jangan lupa tau! sorry terkasar bahasa.. :)
J : no biggie.. biase la, kasar ke lembut ke bahasa tu, janji dapat menang kan?

tup tup je Miss J bagi ayat tu.. terus manusia tu lesap.. so, Miss J terfikir.. are you arguing this with me to satisfy your ego or what? I'm not sure about you guys, tapi Miss J rasa, orang yang paling tipikal ialah orang yang manjang nak menang je.. baru diprovok sikit, mula la keluarkan ayat ayat kasar.. very typical.. tak gitu? :)

p/s : abang angkat bagitau tadi.. kesian, ada pakcik makcik tua yang dah tak larat jalan pon terlibat dengan BERSIH.. sedih tengok.. :'(

I HEART provokasi.. provokasi mengoyakkan segala yang tersirat di hati manusia.. ;)

9 comments:

wanadotnet said...

saya nak pas memerintah dan laksanakan undang-undang dasar Al-Quran dan Hadis....setuju dak miss j...

+_Miss.Jannah_+ said...

alamak.. soalan maut tu.. :D

jawapan jannah senang je..

jannah nak pemerintah yang adil, politik yang bersih, rakyat yang sejahtera dan negara yang makmur.. ;)

tapi siapa pucuk pimpinan? tu pon jannah tak pasti.. semoga pemimpin yang ada sekarang ni mampu menjana kestabilan negara dari segi sosial, politik, ekonomi dan pentadbirannya.. :D

wanadotnet said...

kestabilan dari segi sosial, politik, pentadbiran yang miss j nak ni dasar dan kaedah islam ka atau dasar pemikiran manusia...

Adam Azra said...

haihh tak abis2 lagi kan miss j isu ni >.< macam2 orang bercerita pasal benda bersih ni.nak suruh bersih tu bersih ni. tapi hati masing2 tu bersih ke? kalo bersih tak apa, haha !

takyah layan sngt orang2 mcm tu. dok diam2 baca alquran lagi aman.

Ir. Jamal said...

Assalamualaikum dan Salam Ziarah buat Miss Jannah dan semua..

Sebenarnya Jamal malas nak bersuara berkenaan dengan politik nie. Miss Jannah pun tahu kan yang Jamal nie memang tak suka dengan hal-hal politik nie.

Tapi bila Miss Jannah dah tulis pasal bende nie, Jamal terpaksa la berikan nasihat sebagai seorang sahabat dan saudara seagama. Dan juga sebagai seorang mentor(hehe..)

Sebelum tue Jamal kena explain dulu yang Jamal nie seorang MUSLIM, Jamal tidak menyokong mana-mana parti politik. Bukanlah ahli mahupun penyokong kepada parti UMNO,PAS mahupun PKR.

Apa yang Jamal pegang ialah Quran,Hadis dan juga kitab-kitab tulisan para Alim Ulama. Bermula Ulama' itu ialah pewaris Nabi.

Jamal tak kira la dari parti mana sekalipun mereka itu, baik Kerajaan mahupun pembangkang. Jika sekiranya apa yang mereka perbuat itu menyalahi AGAMA kita, maka Jamal akan tentang. Tapi Jamal tak mampu nak tentang dengan bersuara. Tapi cukuplah menentang dengan cara TIDAK REDHA dengan perbuatan mereka itu.

Pesanan Jamal, janganlah kita mengikut seseorang dan sesebuah parti itu dengan SEMBRONO (MEMBABI BUTA). Janganlah disebabkan sesebuah parti politik itu melaungkan perjuangan ISLAM, kita terus FOLLOW tanpa usul periksa adakah perbuatan tersebut dibenarkan dalam ISLAM.

SYEIKHUL AZHAR(SYEIKHUL UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR) sendiri pernah menyuarakan fatwanya semasa MESIR mengalami pemberontakan suatu ketika dulu. Beliau telah melarang penduduk MESIR mengikuti perhimpunan kerana risaukan keamanan dan keselamatan rakyat.

Tapi dengan melarang perhimpunan tersebut tidak bermaksud Beliau menyokong tindakan Kerajaan pada ketika itu. Tetapi apa yang lebih dipentingkan ialah keamanan rakyat terlebih dahulu.

Malas nak bersuara lebih-lebih Miss Jannah. Sedih lihat Saudara Sebangsa dan Seagama berlaga sesama-sendiri. Apa yang mereka semua dapat akhirnya. Bak kata pepatah Melayu "YANG MENANG JADI ARANG, YANG KALAH JADI ABU".

Yang suka ialah mereka yang mendalangi pemberontak di semua NEGARA-NEGARA ISLAM diseluruh dunia. Dimulai dengan Negara MESIR hinggalah Negara MALAYSIA pada hari ini. Semuanya adalah agenda YAHUDI LAKNATULLAH. Kalau nak tahu Malaysia nie adalah antara 10 negara ISLAM yang US nak serang sebenarnya. Mungkin die serang dari segi lain, iaitu dengan perang psikologi.

Renung-renungkan lah ye..:-(

wanadotnet said...

Dalam kitab fiqh manhaji imam syafie membahagikan fekah kepada 4 bahagian...1) Ibadat 2) Muamalat 3) Munakahat 4) Jenayat .... Tidakkah yg diceritakan oleh imam syafie di dalam bab jenayat tu hal-hal pendatbiran....Tidakkah imam syafie menyatakan dalil-dalil dari Al Quran dan Sunnah...Apakah Jamal menyokong sytem perundangan manusia lebih baik dari perundangan Allah ?

Nasz said...

Saya cuma nak pemerintah yg sentiasa utamakan rakyat drpd diri dorang sendiri..

Unknown said...

Wandotnet : Jika pas memang pun, tiada pemerintahan islam, sebab Presiden sendiri ckp takda negara islam.. hanya negara kebajikan

lagipun nnti kerajaan pusat adalah kerajaan campuran ngan DAP dan PKR...

pasal mamat sarcastic tu, darah remaja, sonok menang hujah mcm tu kot.. tengok gaya mcm baru habis sekolah je

Anonymous said...

Nak pas memerintah??? Negara islam dgn nrgara kebajikan pon pening?kena amik masa 50 thun utk sedar x dak istilah ngara islam dlm quran.abih tuh yg slama nie dok bising2menyalak pasal negara islam tuh apa kes??? Klaw jd kjaan x taw la apa lg diorang nak flipflop. Tp pas peduli apa,asalkan boleh jd kjaan,smua dihalalkn ulama2 pas