My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

mengeluh je, bukannya sampai murtad pon kan?

Assalamu'alaikum w.b.t..

haaa.. ini tabiat manusia yang paling tip top! asal susah sikit je, mengeluh.. sakit kena minyak panas, mengeluh.. kena tinggal boyfriend/girlfriend? bukan setakat mengeluh, meraung terkaung kaung ke gaung! 

"ala.. setakat mengeluh tu takde la sampai keluar agama pon Miss J wey.. kepoh sangat ape hal kau ni?"

itu kata korang.. cuba tengok, apa firman ALLAH S.W.T dalam Surah Al-'Aaraaf, ayat 10 :

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur.”

hallo.. bawak bawak la bersyukur okay? musibah yang korang dapat tu, bukannya suka suka ALLAH nak bagi.. mungkin sebagai kifarah(denda) terhadap dosa kita, mungkin jugak sebagai pengajaran, dan mungkin jugak sebagai peringatan kepada diri kita sendiri.. 

nak kata korang susah? ingat, ada yang lagi susah daripada korang.. nak kata kebulur tak makan? untung la korang dapat makan 3 kali sehari paling minimum pon.. yang mangsa perang, papa kedana dan yang kat Somalia tu? sekali sehari pon belum tentu dapat makan tau?

jangan sibuk nak mengeluh.. tu tandanya kita ni tak bersyukur.. bila datang rasa tak bersyukur tu, iman kita ni mudah je diperkotak katikkan oleh Seth Tan SYAITOOOONN.. so, jangan ikut kata hati.. ikut la sunnah untuk dibawa sampai ke mati.. okay semua? ;)

tu saje.. terima kasih kerana sudi baca.. kalau sudi lagi, share kan la.. ;)

No comments: