My VVIP
..LIKE LA BLOG KITE..
Miss J pon nak buat segmen jugak~ boleh ke? :D
Assalamu'alaikum w.b.t..
seronok, excited, gumbira, melompat toink toink macam katak bila Miss J tengok and join segmen yang Abe Ben buat.. thanks Abe Ben.. hasil daripada join segmen tu, saye dah ada ramai kawan.. untuk blogger baru macam saye ni.. 126 pon alhamdulillah.. insya ALLAH, kalau usaha lebih lagi mesti boleh ikut jejak langkah Abe Ben ni kan? :)
so bila dah beronok ronok dengan segmen Abe Ben, Miss J pon terpanggil untuk try buat segmen sendiri.. segmen ni Miss J namakan Segalanya Sembilan.. Miss J akan bagi satu topik, tapi korang kena bagi 9 perkara yang Miss J nakkan daripada topik tu.. okay tak? kenapa Sembilan? kenapa tak Sepuluh, Lapan, Tujuh, Enam dan sebagainya? sebab ahli keluarga Miss J ada 9 orang.. saje nak mengabadikan family kat blog ni.. ;)
okay, caranya mudah :
1. follow atau like blog Miss J.. kalau sudi.. tiada paksaan.. sebab kita nak enjoy saje.. ;)
2. letak banner Miss J..
3. buat satu entry bertajuk Segalanya Sembilan : Sifat-sifat Saya Yang BEST!
4. sila tag 2 orang kawan untuk join sekaki dua..
5. dah bereh, tinggalkan link di entry ni..
tarikh tutup : 10 Jun 2011 - 9 malam..
berminat? join laju laju cepat.. semoga terhibur :D
SEGMEN PUJI ATAU KRITIKLAH ENTRI KU INI~
Assalamu'alaikum w.b.t..
olrait!! Abe Ben buat segmen baru lagi.. go Abe Ben go! semoga Abe Ben sentiasa kreatif menghasilkan segmen segmen yang menarik lagi macam ni untuk masa depan ye.. bole la Miss J nak join laju laju.. ;)
- task based on the picture above -
"homaigosh!! what the JAMMED? aku nak cepat ni.."
"b.o.d.o.h betol la.. jalan la cepat wey! bikin PANAAAS je.."
hah, ni la ayat yang paling tiptop kalau jalan jammed.. sabar la bang.. takdenye rumah tu nak lari ke mana pon.. berkaki ke rumah abang tu? tak kan? embak(bawak) ilek(bertenang) bah bak kata orang Kuching.. laju laju sangat pon, tapi pastu PRANGGG accident, tak ke sia sia namanya? ;)
same goes with blogging guys.. kena banyak SAAAABAR! jangan la sebab nak kejar readers yang banyak, kita pon sibuk mengupdate 50 entry sehari, okay, itu tipu sangat 50 sehari, tapi isi takde.. tak best la macam tu.. takde jalan mudah untuk berjaya baby.. semuanya bermula dari ZERO TO HERO.. yang penting strategi, kreativiti dan keikhlasan mesti ada untuk menjadi blogger yang berjaya.. good luck untuk anda dan saya! ;)
nak join tak? klik di -----------> SINI!
#2 - Wordless Wednesday
#1 - Wordless Wednesday
fanatik K-pop vs rocker~ memang dahsyat la~
Assalamu'alaikum w.b.t..
jeng jeng jeng! tajuk nak bikin gempak je kan? padahal maybe ada yang dah tau pasal ni kan? dan maybe ada yang belum tahu lagi.. termasuk la Miss J yang baru tahu pasal ni hari ni.. kunonya Miss J! benda ni jadi last 29 May haritu kot~ tutup muka laju laju!
apakah yang dah terjadi? ewah ayat skema pulak~
Rody KRISTAL telah mencetuskan kemarahan fanatik K-pop dengan tweetnya yang agak kurang sopan, Miss J tak suka guna perkataan BIADAB, kasar benor bunyiknya..
- sumber dari Fanpage C -
err~ agak kasar kat situ kan? tapi nasib baik dia censored di situ.. Miss J faham kenapa rody ni marah sebenarnya.. ye la, rakyat Malaysia ni suka sangat mengagungkan muzik luar.. bila artis Malaysia try adapt dalam muzik kita, kena kutuk pulak.. tak patut la kan? sape je yang tak bengang? tapi by the way rody.. kamu pun salah jugak~ bahasa kamu tu kasar sangat agaknya.. tu pasal la diorang hangen satu badan.. :) tapi apa apa pun, yang penting rody dah say sorry.. so maafkan la beliau ye? adat la, manusia takkan pernah lari dari kesilapan.. :)
TAPI!! bukan ini yang Miss J nak highlight sebenarnya.. Miss J nak bagi feedback fanatik K-pop kat Fanpage C tadi.. jom terjah! :) I loike terjah terjah mentaliti rakyat Malaysia ni.. ouchh!
1. "kau ingat terkinja kinja dengan imej rock tu rezeki kau HALAL la? semua tu LAGHAA(melalaikan) dan golongan ni dilaknat ALLAH tau tak?"
haaa.. ni BEST! asal gaduh pasal artis je ramai yang jadi ustaz/ustazah PLASTIK! keluar hadith, berduyun duyun! masing masing nak pakat amar makruf nahi munkar.. tapi Miss J nak tanya sikit la, yang K-pop tu tak menyebabkan laghaa ke? so apa bezanya kat situ? lagi satu, sejak bila manusia ni boleh jadi Tuhan untuk tentukan kehalalan rezeki orang? renung renungkan~
2. "muka macam ni ada hati nak kutuk budak Suju? bagus aku tengok orang utan je!"
eh, tu bukan satu penghinaan ke? Miss J ni bukan la alim mana, ilmu agama pun masih banyak yang kurang.. tapi one thing for sure, dalam Surah al-Hujuraat ayat 11, korang boleh check tafsir ye.. ALLAH berfirman mengenai larangan menghina manusia.. bila dikatakan JANGAN di dalam al-Quran, maka hukumnya HARAM dan BERDOSA la kan? not nice la kutuk kutuk ciptaan ALLAH ni sedara sedari sekalian umat oi~ tak sopan tau bak kata mak Miss J.. orang yang menghina sebaik baik kejadian ALLAH diumpamakan seolah olah menghina ALLAH.. errr~ MULIA sangat ke kedudukan kita ni nak menghina ciptaan ALLAH? tepuk dada, tanya IMAN ye semua.. :)
3. budaya turun temurun : asal attack artis je post gambar yang mengaibkan.
ini lagi satu penyakit! awak marah dengan ketidaksopanan artis tu je kan? tapi gambar gambar yang awak post semua stok menjatuhkan saham orang.. tak baik tau? awak bukak aib dia satu hal, pastu bila orang komen kutuk kutuk artis tu, awak macam jadi batu api.. dah la dapat dosa bukak aib orang, pastu dapat jugak dosa hasil maki makian.. larat ke bahu awak nak kendong semua dosa tu? ingat awak.. manusia akan jatuh menyembamkan mukanya ke tanah dengan seperit perit kesakitan kat akhirat nanti hanya disebabkan oleh LIDAHnya sahaja.. azab neraka tak sama dengan azab dunia dan kubur.. sama sama la kita beramal ye.. :)
okay.. itu saje dari Miss J kali ni.. maaf kalau terkasar bahasa.. bukan niat nak menjatuhkan sesiapa, tapi sekadar untuk renungan bersama.. :)
p/s : tak jatuh lagi hukum mengaibkan sebab Miss J tak sebut pon nama Fanpage tu kan? WALLAHU'ALAM.. hanya KAU lebih mengerti apa yang tersurat dan yang tersirat di sebalik sekeping hati manusia ini.. tapi sebenarnya Miss J tak nak likers page tu ramai.. sebab nanti makin ramai yang like page tu, makin banyak pulak maki makian, makin bertambah dosa masing masing.. ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)



