My VVIP
..LIKE LA BLOG KITE..
fanatik K-pop vs rocker~ memang dahsyat la~
Assalamu'alaikum w.b.t..
jeng jeng jeng! tajuk nak bikin gempak je kan? padahal maybe ada yang dah tau pasal ni kan? dan maybe ada yang belum tahu lagi.. termasuk la Miss J yang baru tahu pasal ni hari ni.. kunonya Miss J! benda ni jadi last 29 May haritu kot~ tutup muka laju laju!
apakah yang dah terjadi? ewah ayat skema pulak~
Rody KRISTAL telah mencetuskan kemarahan fanatik K-pop dengan tweetnya yang agak kurang sopan, Miss J tak suka guna perkataan BIADAB, kasar benor bunyiknya..
- sumber dari Fanpage C -
err~ agak kasar kat situ kan? tapi nasib baik dia censored di situ.. Miss J faham kenapa rody ni marah sebenarnya.. ye la, rakyat Malaysia ni suka sangat mengagungkan muzik luar.. bila artis Malaysia try adapt dalam muzik kita, kena kutuk pulak.. tak patut la kan? sape je yang tak bengang? tapi by the way rody.. kamu pun salah jugak~ bahasa kamu tu kasar sangat agaknya.. tu pasal la diorang hangen satu badan.. :) tapi apa apa pun, yang penting rody dah say sorry.. so maafkan la beliau ye? adat la, manusia takkan pernah lari dari kesilapan.. :)
TAPI!! bukan ini yang Miss J nak highlight sebenarnya.. Miss J nak bagi feedback fanatik K-pop kat Fanpage C tadi.. jom terjah! :) I loike terjah terjah mentaliti rakyat Malaysia ni.. ouchh!
1. "kau ingat terkinja kinja dengan imej rock tu rezeki kau HALAL la? semua tu LAGHAA(melalaikan) dan golongan ni dilaknat ALLAH tau tak?"
haaa.. ni BEST! asal gaduh pasal artis je ramai yang jadi ustaz/ustazah PLASTIK! keluar hadith, berduyun duyun! masing masing nak pakat amar makruf nahi munkar.. tapi Miss J nak tanya sikit la, yang K-pop tu tak menyebabkan laghaa ke? so apa bezanya kat situ? lagi satu, sejak bila manusia ni boleh jadi Tuhan untuk tentukan kehalalan rezeki orang? renung renungkan~
2. "muka macam ni ada hati nak kutuk budak Suju? bagus aku tengok orang utan je!"
eh, tu bukan satu penghinaan ke? Miss J ni bukan la alim mana, ilmu agama pun masih banyak yang kurang.. tapi one thing for sure, dalam Surah al-Hujuraat ayat 11, korang boleh check tafsir ye.. ALLAH berfirman mengenai larangan menghina manusia.. bila dikatakan JANGAN di dalam al-Quran, maka hukumnya HARAM dan BERDOSA la kan? not nice la kutuk kutuk ciptaan ALLAH ni sedara sedari sekalian umat oi~ tak sopan tau bak kata mak Miss J.. orang yang menghina sebaik baik kejadian ALLAH diumpamakan seolah olah menghina ALLAH.. errr~ MULIA sangat ke kedudukan kita ni nak menghina ciptaan ALLAH? tepuk dada, tanya IMAN ye semua.. :)
3. budaya turun temurun : asal attack artis je post gambar yang mengaibkan.
ini lagi satu penyakit! awak marah dengan ketidaksopanan artis tu je kan? tapi gambar gambar yang awak post semua stok menjatuhkan saham orang.. tak baik tau? awak bukak aib dia satu hal, pastu bila orang komen kutuk kutuk artis tu, awak macam jadi batu api.. dah la dapat dosa bukak aib orang, pastu dapat jugak dosa hasil maki makian.. larat ke bahu awak nak kendong semua dosa tu? ingat awak.. manusia akan jatuh menyembamkan mukanya ke tanah dengan seperit perit kesakitan kat akhirat nanti hanya disebabkan oleh LIDAHnya sahaja.. azab neraka tak sama dengan azab dunia dan kubur.. sama sama la kita beramal ye.. :)
okay.. itu saje dari Miss J kali ni.. maaf kalau terkasar bahasa.. bukan niat nak menjatuhkan sesiapa, tapi sekadar untuk renungan bersama.. :)
p/s : tak jatuh lagi hukum mengaibkan sebab Miss J tak sebut pon nama Fanpage tu kan? WALLAHU'ALAM.. hanya KAU lebih mengerti apa yang tersurat dan yang tersirat di sebalik sekeping hati manusia ini.. tapi sebenarnya Miss J tak nak likers page tu ramai.. sebab nanti makin ramai yang like page tu, makin banyak pulak maki makian, makin bertambah dosa masing masing.. ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment