My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

konvokesyen : my BIG day, yet I am sooo SMALL..

Assalamu'alaikum w.b.t..

seminggu tak update blog, Miss J rasa sangat gila.. bukan saje saje tak nak update, bukan suka suka tak nak blogwalking ke blog korang, bukan selamba mamba nak menyombong.. tapi.. Miss J ada konvo la para para sakura sekalian.. hehe, finally! lepas setahun menunggu, akhirnya Miss J dapat jugak sijil Diploma ni.. ceh, Diploma holder je pon.. statement nak bangga macam dapat phD pulak kan? ;)

event : Konvokesyen Miss J
course : Civil Engineering
IPT : Politeknik Shah Alam
date : 16 Jun 2011 (Khamis)
session : Sidang Pertama (8.30 a.m)

1. jubah konvo.
    perghhhh!! labuh gila okay?? sampai setengah betis Miss J!! padahal tu saiz S tu.. sikit je lagi nak cecah lantai.. dah macam penyapu je Miss J tengok.. grr~ seronok gila Mr. Boyfie gelakkan Miss J.. nasib baik dia ada kelas time ni, kalau tak, dia sanggup datang untuk membahan Miss J.. ;)

2. tudung konvo.
    arghh~ ni lagi satu perkara yang paling tak best masa konvo.. tudung yang disediakan itu sangat S**KS.. kain kasor, tu satu hal.. susah nak atur, tu hal yang kedua.. then yang BEST, biar dia bagi tudung yang berbau hapak.. lepas tu kan.. tudung yang dia bagi tak match dengan baju.. :(

3. tema.
    tak suka tak suka tak suka!! IPT lain kebanyakannya bebas je nak pakai baju apa.. kitorang kena pakai baju tradisional warna PUTIH, kasut wajib BERTUTUP dan HITAM! memang la nampak smart, seragam, ayu dan sebagainya.. tapi tu la.. tak MATCH dengan tudung.. huhu. habis je penganugerahan, Miss J dengan geng terus tukar tudung.. pakai tudung sendiri ;p

4. penganugerahan sijil.
    tangan sejuk tak terkira! rasa macam nak pergi exam je..berdebar debar nak naik pentas.. padahal takut jatuh terpelecok je.. malu beb kalau orang nampak! ;)

5. cameraman.
    kitorang tak tau pon ada cameraman yang shoot gambar kitorang atas pentas!! best kan? dah turun pentas tu baru lecturer tegur, kenapa tak pandang kamera? rugi la you all ni.. homaigosh! kamera tu kat mana pon kitorang tak tau, macam mana nak pandang? haish, tawakkal je la tengok hasil gambo konvo tu nanti.. entah ape ape la mimik muka Miss J.. ;)

6. family.
    habis je majlis, Miss J rasa sebak sangat sangat.. mata ni melilau lilau carik muka mak ayah.. handphone pulak takde, sebab kitorang tak dibenarkan bawak handphone masuk ke dewan.. ye la, kang semua dok main SMS je kang.. tak gitu? rasa azab sangat nak carik parents di kalangan manusia yang sangat banyak tu! finally, bila nampak je muka ayah ngan mak.. menitik air mata.. tak tau kenapa.. agaknya happy sangat sebab dapat Pingat Ketua Jabatan kot ;)

7. sesi fotografi Sdn. Bhd.
    yesss!! ini la masa yang dinanti nanti!! jom kita layaaaannn ;)






- lega bila dapat jumpa family -

- bersama ibunda -

- saya anak ayah -

- sahabat untuk selamanya -

- best kan tunang dia berlutut bagi bunga? -

- candid saje -



No comments: