My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

harta vs keturunan vs kecantikan vs agama..yang mana satu idaman kalbu??

"Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan." (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)


hadith ni sangat sangat familiar kan? DULUU.. aku mane pernah nak terfikir benda-benda ni.. yang aku tau, ada pakwe pon dah cukup.. janji I LOVE YOU, YOU LOVE ME.. asalkan baik sikit je, mula la aku mencair.. tapi tu DULUU punya cerita la.. hehe, bunyik macam main tangkap muat je kan aku ni? tak senonoh sungguh kau ni Jannah.. ;)

tapi SEKARANG?? boleh la dikatakan yang aku sedikit sebanyak mengikut garis panduan dalam hadith kat atas ni.. so aku mengkaji sendiri, berdasarkan survey ke atas kawan-kawan, status kat Facebook, dan observation(pemerhatian) aku sendiri.. let's check it out! ;)

PERINGATAN : entry ni bukan la nak mempersendakan agama ataupon hadith ye..  :D

1. HARTA SEBAGAI KEPERLUAN.
   siapa bilang harta tu tak penting? PENTING... bukan aku nak mengajar jadi MATERIALISTIK ye.. think from the bright side.. korang nak kahwin, guna duit tak? sekalipon korang setakat nak langsungkan yang wajib saje, tapi mas kahwin kena bayar tak? guna duit a.k.a harta kan? lepas kahwin, barang dapur habis, nak makan macam mana? duit lagi di situ.. takde la kita sampai-sampai kat kedai je, cakap "bang, bang.. saya sayang bini/laki saya.." teros abang tu nak sponsor barang dapur untuk korang selamanya.. betol tak? nampak kan yang harta itu TERNYATA adalah suatu keperluan.. :)

2. RUPA SEBAGAI KEHENDAK.
  TEEETTTT.. isu ni agak sensitif kan? DULU.. masa mentah-mentah, aku bangga dapat ex-boyfriend yang handsome.. kembang hidung bila kawan-kawan puji.. NORMAL la kan.. sape yang tak nak pakwe atau makwe dia HOT kan.. sape pulak tak bangga ada suami atau isteri yang good looking.. TAPII.. aku nak HIGHLIGHT habes-habesan.. KEINDAHAN wajah seseorang tu adalah SUBJEKTIF.. korang maybe tengok A ni tak lawa atau handsome, tapi pasangan dia... FUHH!!! tak tahan.. selalu kan jumpe situasi macam ni? dalam hati tu mula la cakap bukan-bukan kan..? betol tak? haha, TIPUU la kalau takde.. eh, seronok pulak aku berceloteh pasal isu ni kan? lagi sekali TAPII.. jangan lupa, yang A tadi mungkin handsome tang mata dia ke.. yang B tadi cun tang senyum dia ke.. yang paling PENTING, HATI dia HIGH CLASS gituu.. kan? muka handsome, lawa mana sekalipon, masuk kubur kena makan ulat jugak.. dunia je semua tu.. jangan maraaahh.. ;)

3. KETURUNAN SEBAGAI BONUS.
    ape bendeeee la manusia ni mengarut ni?? mesti korang terfikir macam tu kan? kenapa aku kata bonus? nak kahwin, korang kena selidik dulu asal-usul pasangan korang.. mana boleh hentam keromo je.. karang silap-silap TERnikah dengan adik-beradik sendiri.. sama ada kandung, tiri, ataupon susuan.. hey, banyak jadi tau?? haaa.. tak bace paper la tuu.. hehe, jangan marah ye.. tang mana BONUSnya Jannah hoii.. haaa.. tang NI bonus dia.. contoh, pasangan korang ni memang dah confirmed someone yang halal untuk korang nikahi.. dapat pulak kerabat diraja... macam Kate Middleton dengan Prince William tu.. tak ke korang jadi another Cinderella story?? untung kan?? lepas tu dapat ada jugak yang BERjodoh dengan Pak Arab, nasab Rasulullah.. tak ke BONUS di situ? dan pelbagai lagi la TER dan BER dengan UNEXPECTED keturunan.. bonus kan? kan la kan... hehe ;)

4. AGAMA SEBAGAI TUNTUTAN.
  TAPIII... walau apa sekalipon... perkara nombor 4 ni yang aku nak highlight GILA-GILA sebenarnya.. apa la guna harta, paras rupa dan keturunan yang gempak kalau AGAMAnya takde?? CONTOH ye?? orang KAYA, hidup macam RAJA, tapi ALLAH pon tak kenal.. wa tak main la minum air kosong derr.. wa layan Chivas! ewaaah.. statement bikin PANASSS kan? CONTOH lagi.. muka kau handsome, lawa, peminat berkoyan-koyan, dahi licin takde jerawat.. tapi tak pernah sujud kat SEJADAH.. baca AL-FATIHAH pon tak tau.. macam mana nak bimbing anak-anak nanti? CONTOH last.. wedding kau BERJUTA habes.. kahwin dengan anak raja la katakan.. tapi hidup kau penuh dengan MAKSIAT.. ZINA sana sini, dapat ANAK LUAR NIKAH, pastu BUANG.. tak ke membunuh namanya kalau bayi tak berdosa tu MATI? haaa.. CLEAR kan betapa MUSTAHAKnya agama dalam hidup kita.. 

ISLAM dah cukup cantik.. LENGKAP segalanya.. siap bagi GUIDELINE untuk mencari JODOH.. untuk korang yang tengah bercinta.. pilih la yang TERBAIK buat diri korang.. ISTIKHARAH la banyak-banyak.. bukan mudah nak bina MAHLIGAI CINTA yang diredhai ALLAH... aku cakap ni bukan nak tunjuk bagus, TAPI aku pon mengingatkan diri aku sendiri.. semoga kita sama-sama mendapat jodoh yang dapat MENYEMPURNAKAN kita.. kerana kita ni bukan la SEMPURNA.. ALLAH jugak Yang Maha Kamil(Sempurna)..

renung-renungkan.. dan selamat beramal.. ;)

p/s : jangan marah.. entry ni takde niat nak singgung hati sesiapa.. :)