My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

Miss J berbicara mengenai cinta~

Assalamu'alaikum w.b.t..

cinta itu buta..
cinta itu tidak kenal pada jarak, harta, pangkat atau usia..
cinta bukan sekadar memberi..
tetapi juga untuk merasa..

kadang cinta melagukan tawa..
kadang cinta mengundang suka..
kadang cinta menyiksa jiwa..
kadang cinta mengalunkan duka..

namun bagi diriku..
cinta itu bagai menanti bulan yang tak kunjung tiba..
sentiasa berlinangan air mata..
dan sering dibaluti nestapa..

mungkin jalannya masih panjang..
mungkin aku kan terhenti di pertengahan..
mungkin bahagialah di pengakhiran..
biarlah Tuhan yang menentukan..

p/s : wah! tiba tiba nak berjiwang pulak kan? 

pening campur suka darab batak bahagi senyum tolak migrain~

Assalamu'alaikum w.b.t..

aigoo~ ape da tajuk serupa pariyappa ni Miss J oii.. tak nak cakap banyak, tapi nak ucapkan berbanyak banyak terima kasih kat segmen Tuka Suka Sama Suka Abe Ben ni.. thanks Abe Ben! followers Miss J mendadak jadi 100 hari ni lepas join segmen ni.. terima kasih sangat sangat!

biarpon agak pening selepas hampir 2 jam memblogwalkingkan diri kat blog semua orang, tapi Miss J tersenyum suka suka macam kambing sebab semua blog diorang lawa, smart and cantek lagi dari Miss J punye.. ni yang nak kena chaiyok chaiyok lagi ni! kesukaan itu menyebabkan Miss J tersengih sengih macam kerang yang tak berapa nak wangi tu di depan laptop.. poyo je ayat kan? ;) tapi agak migrain sebab terlalu lama menghadap laptop.. jari pon sudah lenguh.. :)

baik la.. Miss J akan meneruskan berblogwalking malam nanti.. kepada kawan kawan blogger baru saye... TERIMA KASIH sebab sudi berkunjung ke teratak saye yang tak seberapa ni ye.. salam perkenalan dan keep in touch ye semua ;)

p/s : nak buat backlink, tapi anak anak kucing sudah menjerit kelaparan.. ni la akibatnya kalau anak anak kucing dah TERsalah pilih bau emak.. :p

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK~ WIHHHOOO!!



Assalamu'alaikum w.b.t..

okay.. semalam Miss J tak sempat nak join segmen TUKAR SAMA SUKA ABE BEN ni sebab Miss J kepenatan lepas enjoy tahap gaban time Famliy Day last weekend.. alhamdulillah, hari ni Abe Ben buat lagi segmen ni.. thanks Abe Ben! :) sila klik di link itu kalau mahu tahu lebih lanjut ye.. ;)

segmen ni bagi Miss J sangat menarik sebab kita boleh tambah raaaamai lagi kawan kawan blog yang lain.. dan bagi Miss J lagi, Miss J boleh timba sikit ilmu daripada diorang yang followersnye lagi ramai dari Miss J.. yela, Miss J kan budak baru nak belajar.. mesti la Miss J agak jakun nak mencungkil rahsia nak hasilkan blog yang best lagi santai macam Abe Ben, Ujang, Abg teror, Cik Yuyu dan si cantek manis Hanis Zalikha tu.. :)

kepada kawan kawan yang berminat, jom join segmen ni laju laju.. tak rugii punyaaa... okay, gotta go.. anak anak kucing dah mengiau mintak tidokan kat riba.. jangan lupa join tau?. ;)

lagi sekali.. thanks to Abe Ben sebab perkenalkan segmen ni.. thanks sangat sangat ye.. :)

p/s: thank you for reading.. ;)

The MOST BEAUTIFUL ladies in my life~

Assalamu'alaikum w.b.t..

wink wink! entry sebelum ni Miss J agak pedas dan kejam sedikit kat golongan perempuan cantik tapi hodoh tu kan? Miss J dapat feedback yang pelbagai sebenarnya.. tapi later on Miss J story okay? sekarang ni Miss J nak memperkenalkan wanita wanita yang cantik lagi gorgeous dalam hidup Miss J.. ;)


- for sure la my mom at the very first rank kan? -

- my besties forever -

- my pretty pretty cousins -

- my ym's buddies -

- ustazah bahiyah -


- khloe kardashian! sumpah dia ni comel.. -

- and me myself for sure la kan? -

kenapa mereka ni Miss J kategorikan sebagai wanita yang cantik? 

firstly my emak.. Puan Noraini Binti Mohd. Yunus.. for sure la wanita paling hebat sebab melahirkan anak yang nakal lagi getik macam Miss J ni kan? haaa.. your mother pon mesti la wanita terulung sebab memberikan pengorbanan yang terbesar untuk korang semua kan? mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan membesarkan para para sakura semua dengan penuh kasih sayang.. betul tak? pendek kata.. moms are the GREATEST women in the world.. love you emak :D

then come my besties.. these girls are HOT okay.. kenape? sebab ini la gadis gadis yang cukup memahami diri Miss J, yang selalu ada untuk Miss J masa senang dan susah.. yang sentiasa memberi kritikan yang membina.. i love these chicks sooo muchie muchie muchie one okay :)

third place goes to my beloved, adorable cousins.. ira, nurul, eleen, kak ain dan angah niena.. seriously, lepak dengan diorang ni memang SYIOK gila! menggelak tak hengat dunia la katakan.. kitorang pon menggosip jugak sebenarnya.. oops~ kantoi! crazy things are always around us.. sometimes benda yang tak lawak pon boleh jadi bahan lawak.. that is why I love them ver very very much!

as for Iema and Iela.. ini member kawteam gila kentang punyaa.. maybe kita ni jauh terpisah.. Iema kat manjung, Iela pulak kat sentul.. tapi one thing for sure, kitorang sangat serasi dalam segala hal.. ni pon teman gelak ngan nangis Miss J jugak.. ;) muah muah you guys ;)

then ustazah bahiyah pulak.. Miss J ni bukan la baik sangat, alim pon tidak.. tapi Miss J selalu layan jugak mana mana forum yang menampilkan ustazah bahiyah ni sebagai panel.. seriously, Miss J suka cara dia bercakap dan berkomunikasi dengan penonton.. it feels like, dia memang tengah bercakap dengan kita, hati ke hati.. dan penampilan dia pon kemas.. I loike kemas kemas ni :)

KHLOE KARDASHIAN?? kenapa dia? dia mungkin tak secantik Kim Kardashian, tapi Miss J suka sangat kat dia ni as she resembles myself actually.. seorang yang happy go lucky, sentiasa confident, always gila gila.. memang sebijik macam Miss J punya perangai.. another similarity is about, buat buat happy untuk menceriakan orang lain walaupun hati sendiri tengah sakit.. bila tengok The Kardashians atau Khloe & Lamar, mesti adeee je scenes/situations yang sebijik macam Miss J pernah lalui.. err dear Khloe.. can I be your sister baby? ah, getik di situ Miss J! ;)

for the last one.. of course la saya ni cantik.. ALLAH dah ciptakan saya dengan seindah indah ru[a, sesempurna anggota serba serbi.. how come Miss J boleh jadi huduh pulak kan? alhamdulillah, ALLAH memberi ruang untuk Miss J di dunia ni.. itu pun dah memadai untuk Miss J.. for those yang sentiasa/pernah mengatakan Miss J ni huduh, i dont mind at all.. tu dosa awak, kubur kita tak sama, belum tentu lagi kubur kita sebelah sebelah.. I am BEAUTIFUL just the way I am.. most importantly, the characters of mine is absolutely an A-okay.. that makes me PRETTIER than you.. ;)

p/s : oops sorry.. ending tu agak meninggi diri pulak kan.. jangan marah haa.. Miss J nak highlightkan kat sini yang semua manusia itu adalah secantik cantik, sehandsome handsome ciptaan ALLAH.. so think twice sebelum nak maki maki muka orang ye.. ;) love you guys.. tahnk you for reading :)

sorry, perempuan cantik itu HODOH jika.....

Assalamu'alaikum w.b.t..

yihhhaaa.. Miss J's in the house bebeh! alhamdulillah.. selesai jugak agenda family day Miss J last weekend.. memang HAPPENING sangat sangat! thanks to my big family for spending the most HILARIOUS weekend with us.. sumpah GEMPAXX gila family day kita kali ni.. the next time, kita bikin heboh lagi okay? later on Miss J update pasal family day ni okay? tunggu photographer upload gambar dulu.. ;)

olrait.. back to the entry.. tajuk bikin panas je kan? Miss J pernah cakap, semua perempuan itu CANTIK, no matter how she looks like.. she is GORGEOUS just the way she is.. tapi.. ada jugak yang dah sememangnya CANTIK.. tapi TOO BAD.. banyak yang CANTIK MANTIK ni telah berjaya mengHODOHkan dirinya dengan sejelik jelik kejadian.. grr~ kenapa statement minah ni jahat sangat ni? macam mana perempuan cantik boleh jadi HODOH? ini hasil survey Miss J dengan kebanyakan lelaki.. jom ZAASSS!

Perempuan cantik itu sangat HODOH bila.............

1. berlagak.
    kategori ni memang bikin mata wa bebuluuuu je tengok.. sorry, pakej dah lengkap.. body lawa, muka cun, suara manja.. tapi you punya hidung banyak tinggi la bebeh.. not nice okay? pastu kau suka jeling perempuan yang kategori biasa biasa ni dengan pandangan hina tu.. jeling tak hengat dunia, macam kau tengah pandang sampah.. kau nak geng dengan yang cantek cantek je.. konon nak jaga status.. iyewww... tolong la, tak ke mana kau hidup dengan lagak tu okay? kau ingat kau HOT, tapi kau lupa NERAKA tu lagi HOT.. :)

2. seksi yang melampau.
    girls, you are SEXY just the way you are.. no need la nak dedah sana sini.. yes, peha gebu, leher jinjang.. semuanya perfecto de amour la.. memang kau la idaman lelaki.. tapi too bad.. baju kau tak cukup kain.. banyak sangat aset kau yang kau nak tayang.. terbonjol isi sana sini.. uish.. sesak la mata tengok.. kategori ni boleh jadi awek suka suka je.. tapi nak buat isteri, nak tayang kat mertua..? sorry, you girls are REJECTED for sure.. dan, lelaki akan cakap, "the very first thing aku fikir pasal seksi ni is SEX.. perempuan ni stok pakai buang je..".. ;)

3. make up tebal.
    tak salah baby nak make up.. tapi fikirkan.. masa bercinta, kau sibuk make up tak cukup bedak untuk pakwe kau.. tapi dah kawen? tepek bedak sejuk je.. pastu kau make up.. Masya ALLAH.. pocong pon lari tengok muka kau.. tebal 7 inci.. kadang nak pegi lepak mapley je pon, setakat nak tapau mee goreng pon nak mekap macam opera ke? nak pegi main futsal pon, tapi pakai foundation.. tak ke berkilat muka kau macam kena wax bila berpeluh nanti? aigooo~

4. terlalu memilih.
    banyak perempuan dalam kategori ni.. demand lebih! tau la awak tu cun, nak yang handsome, kaya.. kalau takde sejuta dalam poket, sorry baby, I tak pandang you.. ewaahh.. harta dengan paras rupa tu jaminan masuk syurga ke? tak elok la baby buat macam tu.. dosa je yang you dapat tau?


5. merelakan sentuhan.
    woot woot! yang ini memang selalu sangat Miss J nampak.. kalau kawan perempuan dia usik dia, ewaaaahh... bukan main marah.. kononnya geli la, tak suka la, tak biasa la.. TAPIII.. bila pakwe dia usik sana sini... bukan main GETIK lagi kau ye perempuan? posing kat Facebook, Twitter and whatsoever mengalahkan orang yang dah kawen.. peluk sana sini..dada berlaga dada.. urgh~ seriously, putus urat mata ni tengok gelagat kau.. tak malu ke buat macam tu? kesian your parents kan? jaga you macam permata, tapi you mengKACAkan diri you sendiri.. kalau body dah tergadai, kena tinggai dengan pakwe, tau pulak you nak meraung kan? so, bataskan sikit percintaan awak tu.. not nice la.. ;)


6. rambut berkarat.
    haaa... this one is very very the common one la.. colour rambut.. iyewww... kita bukan Mat Saleh nak celup rambut kaler pink bagai okay? yes, sekarang ni pewarna ni gunakan bahan yang halal.. tapi kalau kau check balik hukum.. HARAM okay kaler rambut ni.. so, kau nak ikut bahan yang HALAL ke, kau nak mengikut hukum agama yang dah memang sah HARAM? tolong la.. hitam itu dah memang menawan.. kau dok kaler sana sini, rambut rosak la baby.. dah macam berus sabut tu tau tak? :)


7. bertindik.
    tindikan tu memang penyeri.. tapi kat telinga je la yang nampak cantek.. kalau dah mula pierce kat hidung, lidah, pusat tuu... sorry baby.. dah macam kedai besi buruk je tau tak? pastu tindik kat telinga lebih lebih.. alahaaii.. buruk la baby.. dah macam orang Yahudi.. you jangan lupa, hadith Nabi kata, kalau you tiru budaya kaum lain, maka you tergolong dalam kaum tu.. free je dapat dosa kan? okay I know, it's your body.. sukahati you la nak buat apa pon kan? yang ni pon mulut I, suka hati I la nak cakap apa pon kan? :)


8. berbaju ketat.
    mak aiii... kategori ni macam nak menjual diri je.. sorry, statement kali ni memang takde diskaun.. kalau nak hangout tu, selagi baju tu tak menghimpit nafas, selagi tu la dia tak puas hati.. ini pengalaman sebenar Miss J okay.. bukan Miss J tak pernah buat, tapi I've come to realize yang baju ketat ni buat Miss J rasa bogel je.. malu beb laki pandang aset kita.. tapi tak tau la kalau you all bangga bila lelaki nakal menjadikan you hamba seks dalam imagination diorang kan? :)


9. bermulut longkang.
    this type memang annoying sangat.. common things yang diorang akan gosipkan ialah.. most likely mengutuk la selalunya.. "iyeww.. gila hodoh pompuan tu.. tengok wey, dress up macam kampung.. muka tak yah cakap la beb.. kambing lagi cun I rasa.." and whatsoever la.. seriously, kalau lepak dengan diorang, memang hati panas je.. punggung pun panas, tak sabar nak blah laju laju.. Miss J pon tak nak la dapat tempias dosa sebab mendengar kan? ye la.. orang HOT kan.. mesti la diorang nak compare diri diorang yang cun tu dengan perempuan yang biasa biasa ni.. baru la up.. aiseymen.. Miss J ni pon bole dikatakan sedang melongkangkan mulut la kan? gulp! ;)


10. bajet HOT.
      okay, anda memang hot.. bila anda berjalan, punggung melentik, dada ke depan.. ketawa halus halus.. padahal sebenarnya gelaknya besar mengalahkan jantan.. tayang muka ketat, kononnya ketat itu tanda anda ini seorang yang tak mudah dipikat.. tapi takde la susah mane nak pikat korang ni masuk bilik buat room services.. tengok saje kat youtube dan mana mana web porn.. mesti golongan anda yang MAHAL ni yang sentiasa jadi pelakonnya.. kan? :)


okay.. tu saje untuk kali ni.. ;)


p/s : walaubagaimanapun.... BUKAN SEMUA perempuan cantik begini okay? dan BUKAN SEMUA wanita biasa biasa itu baik sangat.. yang Miss J highlightkan ni adalah berdasarkan pengalaman Miss J semata mata.. maaf kalau terkasar bahasa.. :)