My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

the next time you ride, SAFETY first okay?

Assalamu'alaikum w.b.t..

- pencurik setia dari Google -


malang itu tak pernah berbau.. betul cakap Wan Milah tu.. *entah sape sape entah yang Miss J petik.. 

PENGAJARAN untuk Miss J.. yang Miss J takkan lupa sampai bila bila! petang tadi, Miss J accident.. bukan berlanggar dengan orang, tapi Miss J sendiri yang bergolek jatuh.. sebab???

1. laju sangat!
2. langgar pasir!
3. tak pakai HELMET!!

akibatnya, lengan calar, lutut luka.. dan yang paling kritikal, KEPALA terhentak dengan SEKUAT hati kat tar... memang TERBAIK la kan? bukan jatuh yang biasa biasa.. memang jatuh yang patut berdarah teruk sebenarnya.. *part ni yang buat Miss J insaf tadi.. kalau diikutkan logiknya, patutnya bahu Miss J patah.. sebab bahu kanan yang cium jalan dulu tadi.. dan sepatutnya, kepala Miss J dah terkoyak sebab Miss J jatuh terhentak dan terseret sedikit tadi.. syukur, ALLAH masih sayangkan Miss J lagi agaknya.. alhamdulillah..

hospital? maybe esok baru pergi x-ray.. sebab tadi Miss J rushed nak kejar budak budak yang datang tusyen kat rumah.. hmm... patutnya la, sekelam kabut mana pon situasinya tadi, Miss J kena pakai helmet.. *tapi sorry, speed memang tak bole nak kurangkan.. dasar minah rempit tak berlesen! nasib baik la berlanggar dengan pasir.. kalau berlanggar orang? fuuuuhhhh... tak nak Miss J bayangkan! ngeri ngeri ngeri ngei!

so korang korang semua.. jangan jadi minah rempit macam Miss J ye? ini untung la Miss J bernafas lagi.. kalau tidak? dosa tak sempat nak taubat, maaf pon tak sempat nak ucap.. seksa la mati nanti.. sila UTAMAKAN keselamatan walau di mana anda berada ye.. ;)


p/s : masih lagi termenung memikirkan macam mana Miss J bole dapat cedera ringan je.. alhamdulillah, syukran jazilan Ya ALLAH.. ;)

terima kasih sebab sudi baca..

No comments: