My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

JIWANG? *muntah sekejap!

Assalamu'alaikum w.b.t..

- Jannah suka rompak Mr. Google! -

AWAS!!
ini entry bikin hati panas, mungkin?
sila pangkah kalau marah..
sila baca kalau suka..
enjoy guys...

kadang kadang, bila tengok kat updates Facebook, ramai sungguh wanita wanita dan mat mat bunga mengeLIKE page yang jiwang jiwang.. dan pages yang tak bertauliah tu pon suka meracuni otak dan hati pengeLIKEs dengan kata kata bunga yang kelihatan macam sampah kat mata Miss J..

contoh :

A : dalam sehari berapa jam you fikirkan I?
B : 16 jam.
A : what about the other 8?
B : I tidur, dalam tidur I mimpikan you..

this is like, YIKES! what is wrong with you people? bercinta tu tak salah, tapi kalau dah berbunga sangat taman tu, orang naik menyampah dude.. bukan la nak mendengki kat kau ke apa, tapi bukak la minda tu sikit.. bukan kau sorang je yang dianugerahkan rasa cinta yang hangat tu.. orang lain, siap dah kahwin ada anak 11 orang pulak, steady je bercinta? takde nak bikin ayat perosak jiwa macam ni? ;)

contoh dialog kat atas tu.. ALLAH bagi 24 jam sehari.. logik la sedara.. dah kalau kau asyik nak layan angau sampai 16 jam, plus sampai ke mimpi, memang TAKDE la kan? kau tak payah sipkan assignments, tak payah bekerja.. angau kau pon dah cukup mewah nak bagi kau dan pasangan kau makan untuk 7 keturunan.. angau kau tu bole naikkan akaun ibadah kau, dah bole jamin tiket ekspres ke syurga for sure.. nak ikutkan sangat angau tu sampai lupa Tuhan, agama dan tanggungjawab.. tu bukan cinta, tu bencana namanya..  ;)

tolong la.. Miss J dah rasa bodoh sangat ni.. apesal la Miss J bole pegi LIKE page buang masa macam tu? nice page, I have to admit it.. tapi lagi nice kalau diorang galakkan bercinta pada landasan yang betul.. tak gitu? ini pergi pancing dengan ayat ayat useless, perosak mental macam tu.. tambah pulak dengan tips tips cinta yang hancusss... I just dont get it.. jiwang itu like a sampah to me.. kau biasa biasa sudah... ;)

p/s : bercinta macam nak rak, tapi last last haprak, duduk mengangak.. ape citer? ;)

terima kasih sebab sudi baca..

1 comment:

Niena Muhammad said...

erm,, brcinta... hati2, kekadang klo xjmpa pn.. xbrsntuh pn.. leh jdi zina hati, firman Allah ada sebut jauhi prkara yg menghampiri zina..nk brcinta ikut syara' mmg susah... sntiasa brdoa agar Allah mnjaga dri kte dri cinta nafsu