My VVIP

..LIKE LA BLOG KITE..

saya nak jugak di review...!

Assalamu'alaikum w.b.t..


- JOIN LINCAH LINCAH! KLIK HEADER OKAY? -

hehe, tak perlu Miss J cakap banyak.. ini segmen one of sifu Miss J juga.. jangan lupa follow Cik Niena ni ye awak awak semua.. blog beliau ni macam macam ada.. ASTRO yang cekik darah tip top tu pon tak beraneka ragam macam blog beliau ni.. ;) 

MENGAPA PERLU PROMOSIKAN BLOG MISS J?

1. saya blogger baru.. saya memerlukan anda untuk undi saya untuk upcoming DiGiwwwWOWAwarads beri tunjuk ajar kat saya..
2. saya nak jugak rasa betapa kembangnya hati bila blog kena review kat blog blog lain.. sob sob.. *gila batak nak glamour! bhahahaha..
3. sharing is caring.. sama sama la kita menaikkan kawan kawan kita.. jangan asyik nak menjatuhkan je.. tak elok.. DOSA!
4. sebab nanti ANJAT OBOY kalau blog saya ni tak kena review.. poyo!! ;)

akak.. I'm done! tak menang pon takpe.. kasi chance kat blogger lain.. hehe, keep it up akak! semoga terus success :D

p/s : thanks akak atas segalanya.. thanks jugak sudi menjenguk kecomelan arwah kucing kucing Jannah.. :)

tak guna menyesal~ yang pergi takkan kembali Jannah~

Assalamu'alaikum w.b.t..

sedih je kan tajuk? jangan risau.. kali ni Miss J takkan prank awak awak semua.. maybe bagi yang follow up entry sebelum ni tau yang Miss J baru ada 5 ekor anak kucing yang comel lote.. tapi seko dah lesap entah ke mana.. dan baru baru ni Miss J sangat busy menyiapkan assignment English essay(2500 words) yang mana Miss J amat blurr tajuknya.. tido pon tak cukup seminggu ni.. baru la petang tadi siap sepenuhnya.. alhamdulillah.. ;)

dalam hati Miss J berkira kira nak beli Whiskas Junior banyak banyak dan melepak sampai lebam dengan anak anak kucing malam ni.. ye la..dah 2 minggu Miss J abaikan diorang.. seminggu konvo, seminggu assignment.. so kiranya malam ni nak tebus la masa masa yang terabai tu kan.. :)

so tengahari tadi, Miss J lepaskan anak anak kucing Miss J.. Becky, Cheeta, Oyen dan Shimba.. biar diorang main puas puas kat luar sementara Miss J setelkan rutin harian.. masak, kemas rumah, dan macam macam hal lagi la.. habis keje, Miss J santai santai depan laptop.. blogging dan Facebook.. 

6 petang.. Miss J pegi kedai apek depan rumah.. nak beli Whiskas Junior.. sambil tu Miss J carik anak anak Miss J.. takpe la, maybe diorang tido kat enjin kereta kot.. balik kang panggil makan mesti ada.. so Miss J pon selamba je membiarkan kehilangan diorang.. balik je dari kedai.. Miss J nampak Oyen tengah terkedek kedek masuk rumah.. tiba tiba..

"MEOOOWWWWWW!!!" laju je kucing jantan liar sambar badan Oyen! Miss J nampak Mayau(mak Oyen) kejar kucing jantan tu.. so Miss J pon kejar sekali.. Whiskas tu Miss J campak, yang penting Oyen kena selamat.. Miss J campak kayu kat kucing tu.. tak kena, tapi cukup membuatkan kucing tu terkejut and lepaskan Oyen.. TAPI.. dah lambat.. maybe tulang rusuk Oyen patah.. sebab kucing jantan tu gonggong betul betul kat kaki depan dia.. kesian Oyen..

so tergerak hati Miss J.. maybe Becky, Cheeta dan Shimba pon terima nasib yang sama? terus Miss J pergi carik kat rumah jiran.. takde? belakang rumah? takde jugak.. longkang pon takde.. mana?? mustahil la diorang tak menyahut bila dipanggil.. lagi sekali ALLAH gerakkan hati Miss J.. tengok bawah kereta jiran.. YES, bangkai Shimba dan Cheeta terdampar bawah tu.. dengan dua dua parah kat bahagian otak.. kuat Jannah kuat!! pergi tanya sape punya kucing jantan tu..

Miss J pergi rumah jiran.. sorang pon tak tau tu kucing sape.. sebab Miss J pon rasa tu kucing liar, sebab kitorang semua tak pernah nampak kucing tu.. sebak tu ALLAH je yang tau.. mulut senyum borak dengan jiran tadi, tapi hati ni.. airmata? dah penuh bertakung kat mata.. balik je rumah, adik Miss J dah letak bangkai Cheeta dan Shimba kat belakang rumah.. 

"kau pergi kejar kucing jantan tu.. akak nak buang dia jauh jauh.. dia kat belakang umah ni.." Miss J gali lubang untuk diorang.. dalam hati memang dah confirm Becky pon dah takde..

"kakak, kucing tu lari.. tapi ni haa Becky.." Ya ALLAH.. Kau sabarkan la hati ni.. airmata tu macam air terjun.. terus Miss J terduduk kat belakang.. Mayau duduk kat sebelah, mata dia asyik pandang Oyen yang nazak tu.. tapi membelakangkan Becky, Shimba dan Cheeta.. maybe kitorang pon share kesedihan yang sama.. Miss J duduk luar sampai Maghrib.. sampai ayah datang pujuk baru Miss J redha.. nak kata Miss J gila meroyan sebab kucing? tak, bukan meroyan.. tapi sedih bila fikir yang harapan tu hanya tinggal harapan..

angan angan nak main kejar kejar dengan kucing.. alih alih tangan ni yang gali lubang kubur diorang.. masa masukkan bangkai dalam tanah, ayah tepuk kepala Miss J..

"dah dah... nanti kita tangkap kucing tu, ayah buang kat sungai.." mengalir lagi airmata ni..

"yang Oyen tu, tengok dulu.. kalau malam ni dia mati, baru kita timbuskan sekali.. jom masuk, Maghrib ni tak elok duduk luar.. kau tu anak dara.. jahat betul kucing jantan tu.. sebelum ni takde pulak macam ni.."

so sekarang ni Miss J cuma menunggu masa je.. biar la Oyen pergi dari dia terseksa macam tu.. nak berdiri payah, bernafas pon susah.. suara pon dah takde.. mata pon dah macam ke atas.. pergi la Oyen.. pergi la Becky.. pergi la Shimba.. pergi la Cheeta.. kalau la Miss J tau.. Miss J takkan lepaskan diorang tadi.. tapi... benda nak jadi Jannah.. jangan menyesali takdir.. dosa..

maybe entry ni nampak macam tenang.. tapi hati ni, airmata ni.. masih lagi menangis.. masih lagi dendam dengan kucing jantan tu.. cuma.. Miss J pegang satu prinsip je..

"jangan update blog ketika emosi tengah membuak.."

TAPI.. sekarang ni.. Miss J belajar untuk mengawal emosi demi satu perkongsian yang bererti.. :)

p/s : terima kasih sebab sudi baca .. :)




- diorang tak suka kotak tu -

- depan sekali tu oyen -

- mengangkang(Shimba) menyorok(Cheeta) sebelah Shimba is Tam, and Becky si Kompot kat hujung sane -

- ni la Cheeta kesayangan Miss J.. lawa kan? -

Contest : Banner/Header saya cantik - Adamainaa

Assalamu'alaikum w.b.t..


- klik pantas pantas kalau nak join! -


why is this header sooooo much much meaningful buat Miss J? 

alkisah...

Miss J join Segmen Komen Laju Laju Kat Blog Nohisme.. hadiahnya best! ruang iklan percuma kat blog beliau.. so Miss J pon try la laju laju.. tiba tiba..............

"DAPAT??? kena buat banner??" Miss J garu otak.. apa banner tu pon Miss J tak tau.. blogger baru nak belajar la katakan.. pulak, nak saiz 310 x 100 px je.. lagi la Miss J macam, what the heck is this dude? sumpah rasa bingung tak terkata! Miss J meroyan tanya kat Cik Niena dan Zuan.. alhamdulillah, diorang sanggup bagi guideline..

so berkat kesungguhan... kecekalan dan ketawakkalan.. Miss J buat pantas pantas guna Photoscape.. nak guna Photoshope tak reti.. akhirnya... 

- ni la hasilnya.. -

why is it 'Simpicity can be beautiful'? sebab Miss J seorang manusia yang sangat simple.. no make up, takde nak vogue sangat dalam berpakaian, makan pon tak cerewet.. memang, I'm living a very simple life because to me, LESS IS MORE.. ;)


you took my heart away, Mr. HH~ goodbye Mr. Boyfie~

Assalamu'alaikum w.b.t..

planning asal nak tido, tapi mata ni tak mau lelap.. so Miss J menyinggah ke blog Zuan dan Abang Jamal.. sebab diorang pesan, kalau nak terjah, jangan lupa terjah diorang dulu.. 

honestly, memang tak rugi terjah blog diorang tadi.. Miss J dapat cuci mata tengok betapa kacaknya owner header blog yang baru Miss J terjah dan follow tadi.. 


- smart kan? KLIK la untuk menyinggah.. -

TAPI.. ada satu blog ni yang mampu buat Miss J menangis.. seriously dude, Miss J tak pernah lagi nak membuang air mata mutiara naga ni untuk anything else melainkan family, sahabat dan masalah yang tak tercapai dek akal Miss J.. but honestly, hari ni memang pecah rekod! Miss J menitikkan air mata semata mata kerana...

- Mr. Haz -

why am I crying over a guy? I dont know him, and so he does.. bukan kerana entry beliau, bukan jugak kerana kesegakan superbike beliau, dan bukan juga T-shirt CSI : NY beliau.. 

TAPI!!!
disebabkan oleh
|
|
|
|
|
V

kemerduan alunan pianonya~

sangat sangat menyentuh hati.. Miss J godek list entry beliau, carik carik lagu yang Miss J suka.. finally, Getaran Jiwa - Tan Sri P. Ramlee yang Miss J pilih.. mula mula takde feelings, as I was expecting he is just an ordinary guy la kan? tapi datang je muzik...... Miss J terlopong sekejap.. not bad~ selang seminit lepas tu.. 

TIK TIK TIK!! 

"eh?? aku nanges?" UNBELIEVABLE!! chords tu macam menusuk sangat sangat kat jiwa.. ini first time Miss J menangis dengar orang lain memainkan muzik Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.. normally, Miss J hanya akan menangis kalau dengar suara/muzik asal Allahyarham..

Mr. Hazman Halid.. thanks for the song.. keep it up!! suka sangat sangat dengar lagu Getaran Jiwa tadi.. banyak banyakkan la lagi lagu P. Ramlee ye..  ;)

p/s : korang baca blog ni live kan? bole tuju lagu? hehehe.. jangan maraaaa 

awak awak semua~ nantikan keaktifan Miss J terjah korang ye :D

Assalamu'alaikum w.b.t..

berjaya habiskan assignment essay yang susah tahap cipan tu!! yes yes yes yes! bole la memblog sampai lebam lepas ni.. untuk awak awak semua yang datang ziarah Miss J, nanti Miss J toink toink kat blog korang ye..
tapi bukan hari ni.. malam ni Miss J nak tebus tido kaw kawa.. mata ni dah tak mampu nak bukak dah.. ;)

I love you all.. tak kisah la awak sayang saya ke tak, menyampah macam mana pon kat saya.. saya tetap sayang awak awak semua.. ;)

p/s : terima kasih sebab sudi baca :D

YES!! berjaya hasut besties buat blog!!

Assalamu'alaikum w.b.t..

yes yes yes yes yes yes!! berkat kegilaan Miss J main blog.. akhirnya berjaya membukak hati kawan baik Miss J untuk berblog jugak..

5 reasons kenapa korang perlu terjah blog dia :

1. dia sangat cun!! ;)
2. blog dia ringan..
3. blog dia simple and nice.. ;)
4. dia budak yang baik hati..
5. sebab dia takde followers lagi.. 

sudi sudikan la menjenguk beliau ye.. she's one of the BEST besties I ever had.. ;)


- sila KLIK kat header dia untuk ke blog dia ya -

PENYAKIT yang paling SUSAH untuk diubati~

Assalamu'alaikum w.b.t..

AWAS! BACAAN KHAS UNTUK MANUSIA YANG INNOCENT HATINYA~

"yang kau CERDIK sangat pergi carik gaduh dengan dia kenapa? memang padan la dengan muka kau tu! takde penyakit nak carik sakit.. haa ni? seronok tambah MUSUH? best lambakkan DOSA?"

VIRUS ni sangat tip top di kalangan manusia, TERUTAMANYA... perempuan! bukan nak kutuk perempuan, tapi ini kenyataan.. lelaki pon ada jugak, tapi jarang la kita nak dengar..

"BUSYBODY"

sape yang suka? kadang kadang, benda tu takde kaitan langsung dengan kau.. tapi kau TERHEGEH HEGEH menyibuk! dah la menyemak hal orang, lepas tu kau pergi top up cerita... mana yang takde kau adakan, mana yang ada kau LESAPKAN.. cukup cukup la jadi MAK BEDAH.. kain sendiri terbelah, sibuk nak bergosip pasal kain Kak Munah yang terkoyak kecik.. kau sibuk mengata keburukan orang, tapi bila kau dipulaukan.. tau pulak kau nak terasa? rajin pulak kau pancing simpati orang sana sini.. 

CONTOH!! kononnya la.. kat Facebook/Twitter/Friendster/Chat messenger.. kau punya riuh macam beruk ungka.. kau katakan si A ni begini.. si B tu begitu.. yang C pulak bercinta dengan anak datuk sampai tergadai body.. yang si D pulak baru meroyan menonggeng nonggeng ditinggalkan kekasih hati.. pendek kata, dari A ke Z la kau tau cerita.. kau tayangkan topeng simpati kau untuk korek cerita.. bila kau dah tau, kau heboh mengalahkan anjing menyalak.. 

status dan kelancangan mulut kau tu JELAS terserlah.. sudah terang terangan kau yang mulakan semuanya, apa kau buat? kau DELETE, kau REMOVE semua bukti kesalahan kau.. sebab? for sure la nak mintak kesian kat orang kan? nak tunjuk kat orang ramai yang kau ni sangat INNOCENT.. nak mintak back up abang/kakak kawasan kau la kononnya.. kau nak tunjukkan yang orang lain tu salah, sedangkan kau tau kau memang salah..

halloo.. kalau seorang dua kau buat macam tu, takpe la.. masalahnya dah ramai sangat orang yang kau makan ni.. semua dok perhati je drama yang kau mainkan.. ingat Mak Bedah.. dunia ni mungkin kau la ratunya.. tapi kat akhirat, jangan fikir kau boleh terlepas dari hisab ALLAH S.W.T..

dan pesanan untuk para penyokong fanatik Mak Bedah.. orang yang rapat dengan kau pon belum tentu lagi dia takkan tikam kau.. mungkin kau belum kena, tapi beringat la.. Mak Bedah ni sangat bahaya.. taring dia lagi tajam dari taring naga.. topeng dia lagi menyeramkan dari The Phantom of Opera..

my Biology's teacher once said ;
sekecil kecil tebuan tanah, sengatnya mampu membunuh..
soalan : sape yg salah, tebuan yg menyengat atau manusia yg menjolok sarangnya?
jwpn : kalau x diusik tebuan tu, xkan la tebuan nak mengganas tiba2..
kesimpulan : lumrah alam.. manusia ni x kan beringat selagi x terkena.. asyik tebuan je yg disalahkan..
soalan lg : ada kena mengena ke dgn tajuk pembiakan ni Cikgu? bhahahaha!

p/s : terima kasih sebab sudi baca.. mau sambung buat essay ;)

KHAS untuk semua bloggers dan readers~

Assalamu'alaikum w.b.t..

Miss J nak mintak maaf sangat sangat kat semua readers dan bloggers yang berkunjung ke blog Miss J ni.. maybe ada yang fikir Miss J ni sombong sebab tak sudi berkunjung ke blog korang semua.. maaf maaf maaf maaf.. bukan niat nak menyombong, tapi Miss J tengah rushing siapkan 2500 words english essay.. topik yang dia bagi, bukan dalam bidang keminatan Miss J.. so Miss J agak kelam kabut nak siapkan sebelum Ahad ni..

"blogwalking je pon, takkan tak bole? update blog bole pulak?"

maaf maaf maaf maaf.. lagi sekali Miss J mintak maaf.. update blog 5 minit je, kalau nak blogwalking kena ambik masa paling kurang pon 5 jam.. maaf maaf maaf maaf..

TAPII.. Miss J janji, habes je keje ni, Miss J akan blogwalking dan ziarah korang pantas pantas macam kilat okay? maaf maaf maaf maaf.. segala kesulitan amatlah dikesali..

p/s : terima kasih sebab sudi baca.. terima kasih sebab sudi memahami.. sayang korang semua.. ;)

Segmen Simple : My Wish~

Assalamu'alaikum w.b.t..

- sila KLIK ke header Encik Nasz ni kalau nak join -

satu petang yang damai.. sedang Miss J berjalan jalan..

PELEPOPPPP!!!!

Miss J : haduh!! nate gapo ni? mata terkebil kebil pandang objek yang telah membenjolkan kepala otak Miss J.. chait!! teko hape ni?? berani lu langgar taiko! meh wa langgar lu balik.. 

lalu digosok gosok teko itu sampai berkilat.. mana tau bole dapat Genie pulak kan?

- KEBABOM!!! -


Jonet the Jin : wakakakaka! hey manusia!! oleh kerana kau telah membebaskan aku.. maka aku kurniakan kau SATU hajat!

Miss J terpinga pinga kejap.. MIMPI ke ni? errr.. kena fikir betul betul nak apa ni.. :D

Miss J : aku nak jadi jutawan yang paling KAYA kat dunia ni! so aku bole beli macam macam! bole tak Jonet the Jin?

Jonet the Jin : kau mau kaya??????



Miss J : mana kayanya Jonet the Jin wey.. tak nampak nampak pon harta? kau TIPU eh?

Jonet the Jin : PEMALAS!! pergi la kerja kalau nak kaya sangat! ni la manusia, manjang nak jalan senang untuk mewah.. tak elok mintak mintak kat Jin/Syaitan, SYIRIK namanya.. jangan dikejarkan kemewahan dunia, sampai kau lupa bahawa ALLAH Maha Kaya lagi Maha Pemurah!

Miss J : aduhh!! terkena aku! ;)

sekadar peringatan :

“Syaitan itu menjanjikan kepada kamu kefakiran dan menyuruh kamu dengan kejahatan, tetapi Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripada-Nya, dan kelebihan dan Allah Maha Luas pengetahuan-Nya.” – (Surah al-Baqarah, ayat 268).

mengeluh je, bukannya sampai murtad pon kan?

Assalamu'alaikum w.b.t..

haaa.. ini tabiat manusia yang paling tip top! asal susah sikit je, mengeluh.. sakit kena minyak panas, mengeluh.. kena tinggal boyfriend/girlfriend? bukan setakat mengeluh, meraung terkaung kaung ke gaung! 

"ala.. setakat mengeluh tu takde la sampai keluar agama pon Miss J wey.. kepoh sangat ape hal kau ni?"

itu kata korang.. cuba tengok, apa firman ALLAH S.W.T dalam Surah Al-'Aaraaf, ayat 10 :

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur.”

hallo.. bawak bawak la bersyukur okay? musibah yang korang dapat tu, bukannya suka suka ALLAH nak bagi.. mungkin sebagai kifarah(denda) terhadap dosa kita, mungkin jugak sebagai pengajaran, dan mungkin jugak sebagai peringatan kepada diri kita sendiri.. 

nak kata korang susah? ingat, ada yang lagi susah daripada korang.. nak kata kebulur tak makan? untung la korang dapat makan 3 kali sehari paling minimum pon.. yang mangsa perang, papa kedana dan yang kat Somalia tu? sekali sehari pon belum tentu dapat makan tau?

jangan sibuk nak mengeluh.. tu tandanya kita ni tak bersyukur.. bila datang rasa tak bersyukur tu, iman kita ni mudah je diperkotak katikkan oleh Seth Tan SYAITOOOONN.. so, jangan ikut kata hati.. ikut la sunnah untuk dibawa sampai ke mati.. okay semua? ;)

tu saje.. terima kasih kerana sudi baca.. kalau sudi lagi, share kan la.. ;)

TERINGIN NAK HACK BLOG NOHISME!!

Assalamu'alaikum w.b.t..

- sila KLIK muka Abe Ben kalau nak join -

1. Miss J nak sangat sangat hack blog Encik Noh!

2. kenapa? sebab Miss J suka la.. kalau tak suka takkan la Miss J nak hack dia kan? honestly, blog dia smart! tapi.. yang before this lagi smart header dia.. 

3. pesanan untuk Encik Noh Kodiang.. ini bukan entry mengorat.. ini entry sebagai tanda terima kasih sebab sudi mengiklankan blog Miss J kat blog kamu.. tak sangka pulak bole menang slot iklan tu hari tu.. thanks jugak sebab kasi guideline untuk buat banner.. mana mana yang tak tau kes, sila klik SINI SINI SINI SINI!! terima kasih daun keladi ye Encik Noh! :)

p/s : thanks jugak kepada Cik Niena dan Zuan.. diorang pon banyak tolong Miss J memperbaharui blog ni.. ;) tapi tak sanggup nak hack diorang.. sebab diorang macam innocent sangat sangat.. hehe ;)

Wacana Entri Pertamaku

Assalamu'alaikum w.b.t..



jom kita layan segmen Bro Wacana ni! SYIOK wey.. geli hati pon ada.. mana taknya, time ni la korang nak review balik first entry korang.. alaaa.. macam pengalaman first day masuk sekolah jugak la.. best!! ;)

bila teringat balik pasal first time blogging ni... Miss J sengih sorang sorang depan laptop.. kenapa??


nak join??



Mega Bloglist Umar Faruq!!!

Assalamu'alaikum w.b.t..


another segmen to be joined!
rugi la kawan kalau tak join.. mane tau trafik naik pulak kan?
nak join??
okay, ni je untuk entry kedua..
LIKE LIKE LIKE!! ;)

BIOGRAFI Miss J tercalon untuk Malaysia Books of Record 2011! yahhooo~

Assalamu'alaikum w.b.t..

haha, TERtipu la pulok kat tajuk entry tu.. jangan maraaa.. oops!! jangan klik Cik Pangkah tu dulu.. relax abang abang dan kakak kakak kawasan sekalian.. baca sampai habis dulu.. bukan suka suki Miss J letak entry ni tau? ;)

this thing, Miss J yakin 100% yang you all pon pernah buat masa kecik kecik dulu.. sape sape yang tak pernah tu, nampok benor nipunya.. mesti ada punyaaaa... tak bole kalau takde.. ;)

apakah?????? ;)

- my sweet biodata.. ouch! -

p/s : sila abaikan IMPIAN tu okay? maluuuu.. *tutup muka laju laju dengan bantal!

haha, berair mata Miss J tengok tulisan zaman batu ni.. buruk gila okay? comel kan? kecik kecik lagi dah pandai buat biodata sendiri.. apa kau ingat kau ni Menteri Besar sampai orang mau simpan biodata kau Miss J? woot woot! Miss J siap sediakan satu buku KHAS untuk biodata kawan kawan semua.. betul.. tak tipu.. kesengalan Miss J ni menjadi WABAK VIRUS kat kawan kawan yang lain.. diorang pon sibuk sibuk nak buku biodata jugak.. nak jugak tulisan kaler kaler macam Miss J.. ;)

maka.. bermula la DEMAM BIODATA.. jom kita layaaaan tulisan tulisan manusia prasejarah?? penat tau Miss J scan semua ni.. ;)



- sekolah kampung yang BEST! -

- BFF hidayah.. haa.. kat tiang ni la kitorang selalu main sep sep tiang.. -
- lawo lagi tulisan dia dari Miss J -

- minah ini sudah kawen.. barusan saja.. tahniah baby -

- tulisan yang paling lawo untuk budak darjah 6 -

- debat perdana.. tengok la Miss J, duduk silang kaki beb.. macam YB -

- al Fatihah buat arwah Ain.. semoga ditempatkan di kalangan yang beriman.. -

- 5 musketeers.. haa.. tu la buku KHAS biodata saye.. -

- ini namenye aktiviti buang tebiat.. -

- jamuan perpisahan -

- BFF ika melayan jiwa yang lara kat sudut kelas.. -

- ni la tulisan Ika.. -

- siap ada ulasan kenang kenangan tau? korang ade? -

- another ulasan to be memorized -


haaaa.. tu je la yang mampu Miss J share dengan korang.. tak bole nak upload semua gambo.. nanti blog berat, orang pon malas nak bukok.. padahal tak nak kantoikan kegilaan Miss J masa kecik kecik dulu.. sian... kecik kecik lagi dah tak betul.. ;)

tata for now.. terima kasih sebab sudi baca.. :D

AMARAN untuk kau!

Assalamu'alaikum w.b.t..

tempat : masjid tanah, melaka
jam : 11.20 p.m 
tarikh : 22 Jun 2011(Rabu)
mangsa : Miss J dan Mayau

hey pencurik! sudah 3 kali anak kucing Miss J kau sebat.. kali ni pon mau sebat lagi ka? petang tadi je Tam LESAP tanpa jejak.. nak kata kena makan dengan kucing, Mayau ada je kat depan rumah.. jadi guard tak bergaji.. nak kata Tam merayau lalu jatuh ke longkang, amat MUSTAHIL bagi anak kucing yang baru pandai menapak okay?

cerdik betul kau ye pencurik.. curik masa orang tengah sibuk sibuk kat dapur.. kalau nak sangat anak kucing Miss J tu, mintak la dengan cara baik.. suka sangat tambah akaun dosa tu kenapa? dah hebat sangat nak tanggung azab neraka ke? semoga Tuhan je Yang Mampu Membalas segala KEBAIKAN kau ni wahai penyamun penyamun sekalian..

kalau dah pandai curik tu, pandai pandai la jaga okay pencurik? jangan bila kucing tu sakit, kau campak balik kat rumah Miss J ni.. mentang mentang la rumah Miss J ni tepi jalan je, suka suka kau je nak buang kucing? bila comel disayang sayang, sampai sanggup curik.. bila berak berak sikit je kau lempar kat sini.. memang tak layak digelar manusia la kalau macam tu kan?

p/s : akal ada, tapi BODOH kau melantun lantun la bak kata Along Miss J.. PULANGKAN balik Tam saya.. :'(


benda yang mampu buat Miss J berdiri tegak macam nyanyi NEGARAKU!

Assalamu'alaikum w.b.t...

jeng jeng jeng!! apakah cerita di sebalik tajuk post kali ni? ;)

tarikh : 22 Jun 2011
lokasi : masjid tanah, melaka
aktiviti : ambil adik dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

nak dijadikan cerita.. tengah Miss J berjalan berlenggang lenggok tali kecapi, kenyang perot suka hatinya ke sekolah adik... Miss J lalu la depan deretan kejiranan Chinese.. well, kalau sebut Chinese, mesti la familiar dengan bodyguard diorang kan? man's best friend la katanya.. yes, si ANJING..

punya la syiok syiok Miss J berjalan... 

"WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF!!!"

huwaaaaaaaaaaaaaaaa!! anjing BELGIAN SHEPHERD sergah Miss J.. tanjat oboy bak kata Shuib Sepah.. dengan pintu pagar rumahnya TERBUKAK LUAS, si anjing itu pon mencuba bersungguh sungguh untuk serang Miss J.. ikot hati memang nak lari.. TAPIIIII!!!! kaki macam dah kena TAMBAT.. brek cengkam la! 

"gua sulah tambat! gua kasi ikat! jangan takut!" tudiaaaa!! apek tu cuba menyelamatkan keadaan.. TAPIII!! Miss J dah takut gila sampai tak bole bergerak.. fobia gila kat anjing ni.. dalam otak dah terbayang, ni kalau kena attack ni memang sah masuk wad.. melekat Miss J untuk 5 minit kat tengah tengah jalan tu.. ;)

seriously, pasni harap harap owner dia tambat and tutup pagar rumah dia.. nasib baik la rantai tak putus, kalau ditakdirkan TERputus???? pecut 400 meter la jawabnya kan? ;)


- mahal gak harga kau ni ye anjing Shepherd? -

konvokesyen : my BIG day, yet I am sooo SMALL..

Assalamu'alaikum w.b.t..

seminggu tak update blog, Miss J rasa sangat gila.. bukan saje saje tak nak update, bukan suka suka tak nak blogwalking ke blog korang, bukan selamba mamba nak menyombong.. tapi.. Miss J ada konvo la para para sakura sekalian.. hehe, finally! lepas setahun menunggu, akhirnya Miss J dapat jugak sijil Diploma ni.. ceh, Diploma holder je pon.. statement nak bangga macam dapat phD pulak kan? ;)

event : Konvokesyen Miss J
course : Civil Engineering
IPT : Politeknik Shah Alam
date : 16 Jun 2011 (Khamis)
session : Sidang Pertama (8.30 a.m)

1. jubah konvo.
    perghhhh!! labuh gila okay?? sampai setengah betis Miss J!! padahal tu saiz S tu.. sikit je lagi nak cecah lantai.. dah macam penyapu je Miss J tengok.. grr~ seronok gila Mr. Boyfie gelakkan Miss J.. nasib baik dia ada kelas time ni, kalau tak, dia sanggup datang untuk membahan Miss J.. ;)

2. tudung konvo.
    arghh~ ni lagi satu perkara yang paling tak best masa konvo.. tudung yang disediakan itu sangat S**KS.. kain kasor, tu satu hal.. susah nak atur, tu hal yang kedua.. then yang BEST, biar dia bagi tudung yang berbau hapak.. lepas tu kan.. tudung yang dia bagi tak match dengan baju.. :(

3. tema.
    tak suka tak suka tak suka!! IPT lain kebanyakannya bebas je nak pakai baju apa.. kitorang kena pakai baju tradisional warna PUTIH, kasut wajib BERTUTUP dan HITAM! memang la nampak smart, seragam, ayu dan sebagainya.. tapi tu la.. tak MATCH dengan tudung.. huhu. habis je penganugerahan, Miss J dengan geng terus tukar tudung.. pakai tudung sendiri ;p

4. penganugerahan sijil.
    tangan sejuk tak terkira! rasa macam nak pergi exam je..berdebar debar nak naik pentas.. padahal takut jatuh terpelecok je.. malu beb kalau orang nampak! ;)

5. cameraman.
    kitorang tak tau pon ada cameraman yang shoot gambar kitorang atas pentas!! best kan? dah turun pentas tu baru lecturer tegur, kenapa tak pandang kamera? rugi la you all ni.. homaigosh! kamera tu kat mana pon kitorang tak tau, macam mana nak pandang? haish, tawakkal je la tengok hasil gambo konvo tu nanti.. entah ape ape la mimik muka Miss J.. ;)

6. family.
    habis je majlis, Miss J rasa sebak sangat sangat.. mata ni melilau lilau carik muka mak ayah.. handphone pulak takde, sebab kitorang tak dibenarkan bawak handphone masuk ke dewan.. ye la, kang semua dok main SMS je kang.. tak gitu? rasa azab sangat nak carik parents di kalangan manusia yang sangat banyak tu! finally, bila nampak je muka ayah ngan mak.. menitik air mata.. tak tau kenapa.. agaknya happy sangat sebab dapat Pingat Ketua Jabatan kot ;)

7. sesi fotografi Sdn. Bhd.
    yesss!! ini la masa yang dinanti nanti!! jom kita layaaaannn ;)






- lega bila dapat jumpa family -

- bersama ibunda -

- saya anak ayah -

- sahabat untuk selamanya -

- best kan tunang dia berlutut bagi bunga? -

- candid saje -



#3 - Wordless Wednesday

Assalamu'alaikum w.b.t... ;)


untuk keterangan lanjut, sila klik ---------------> SINI
untuk JOIN, sila submit kat SINUN..

sila SENYUM baca entry ni ye~

Assalamu'alaikum w.b.t..

menyempat lagi update sebelum pergi Shah Alam.. hehe, sila la layan dengan senyuman ye.. sesuai untuk semua peringkat umur dan pasangan yang sedang bercinta, baru putus cinta, ataupun dah berkahwin.. senang cerita, sesuai untuk semua orang la.. ;)

 copy paste dari --------> SINI

•Di  waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
•Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
•Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya
•Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu
•Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu
•Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu
•Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu
•Yang indah hanya sementara
•Yang abadi adalah kenangan
•Yang ikhlas hanya dari hati
•Yang tulus hanya dari sanubari
•Tidak mudah mencari yang telah hilang
•Tidak mudah mengejar impian
•Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
•Karena walaupun digenggam terlepas juga
•Ingatlah kata pepatah: "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
•Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif
•Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas
•Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki
•Apalagi yang mahu diperebutkan
•Apalagi yang mahu disombongkan
•Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
•Jangan terlalu berhitung
•Jangan hanya mahu menang sendiri
•Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
•Belajarlah tiada hari tanpa kasih
•Selalu berlapang dada dan mengalah
•Hidup sentiasa ceria dan bebas
•Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan
•Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan
•Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan



takkan update untuk sementara waktu~

Assalamu'alaikum w.b.t..

pendek je.. Miss J akan away sebentar dari blogging ni untuk memberi laluan kepada konvokesyen khamis ni.. woot woot! finally, merasa jugak Diploma dalam tangan.. boleh la nak apply kerja officially.. ;)

take care all.. :D

Cerpen suka suka : Kau untukku~

Assalamu'alaikum w.b.t..

menung.
"layak ke aku untuk dia? aku kotor. dia pulak terlalu baik.. layak ke aku jadi isteri dia?". mengeluh lagi.. Nida pandang ke langit. kenangan semalam kembali menggamit memori..

badan Nida meliuk lentok mengikut irama muzik di disko. arak? bukan sekali Nida teguk. segala jenis arak sudah masuk ke tekaknya. dia makin khayal dengan dunianya. pedulikan mata mata nakal yang memandang. Nida bangga menjadi perhatian mereka. sekali lagi Nida mempamerkan aksi ghairahnya. ah lelaki.. rezeki yang ada jangan ditolak.. 

godaan Nida ternyata berhasil. seorang jejaka kacak degan pantas merangkul pinggangnya, lalu dibisikkan keinginan nafsu yang perlu segera dilunaskan. Nida tergelak manja sambil menarik lelaki tersebut keluar meninggalkan kebingitan disko yang dianggap sebagai syurga oleh pengunjungnya. kini banglo mewah kediaman Nida menjadi destinasi.

"parents you takde ke? why not kita check in hotel je?". Nida senyum menggoda. pertanyaan Joe dibiarkan sepi tanpa jawapan. hanya tubuh sahaja yang berbicara. maka, sekali lagi manusia berajakan syahwat dan syaitan.. agama dan Tuhan dilupakan, asalkan keinginan yang menggila itu harus dilaksanakan secepat mungkin..

tengahari. Nida tersenyum puas. ternyata Joe tidak mengecewakannya malam semalam. ikutkan hati memang dia ingin menyambung semula adegan panas mereka, namun Joe terpaksa bergegas ke tempat kerjanya.. so frustrating.. maka, malam ini mereka mengatur lagi satu pertemuan. pastinya Nida merancang lebih banyak lagi aksi mengancam untuk Joe.. bibirnya mengukir senyuman nakal.

sekilas dia terpandang potret mama dan papa di dinding. Nida merengus. sikit sikit meeting. go here and there.. tak pernah ada masa untuk aku! nasib baik tinggalkan duit.. boleh la aku berjimba.. ya.. Nida sememangnya seorang anak emas. menjadi anak tunggal membuatkan dia rimas dengan jadual kerja mama dan papa yang padat. papa seorang businessman, mama pulak aktif dengan aktiviti persatuan datin datin bersatu.. oleh itu Nida sering ditinggalkan bersendirian bersama orang gajinya, Mak Kesom.

ah! buat apa nak fikir mama dengan papa? diorang bukan pernah ingat kat aku pon. mandi lagi bagus! pantas tuala dicapai. langkahnya laju ke bilik air. Nida menyanyi kecil sambil terkenangkan keindahan bahang asmara Joe. pancuran air hujan mengenai tepat ke tubuhnya. so refreshing.. lepas ni nak berjimba la.. bosan duduk rumah! Nida pantas mengelap tubuhnya.. otaknya berikira kira untuk mengajak hot chicks untuk sesi menghabiskan duit.

"babe, I tengok that guy asyik perhatikan you la. muka tak handsome, ada hati nak mengusha you.." Nida mengalihkan pandangan ke arah pemuda tersebut. homaigosh! kenapa hati aku ni bedebar je tengok mamat ni? ilmu apa mamat ni guna?

"babe! yang you pandang that guy tak berkelip kenapa? you suka dia eh..?" gulp! 

"cut it out babe! he's not my type okay?" pantas Nida meninggalkan cliquenya.. debar di hati masih terasa. apa makna semua ni? leka dengan perasaannya, Nida semakin jauh terpisah dengan mereka. kakinya melangkah ke Mc Donalds.. perhaps Mega Mac should me calm.. keadaan agak sesak di situ. lunch time, standard la tu. Nida memilih tempat yang agak terpencil. lebih privasi. cuba membuang ingatan terhadap jejaka tadi. Nida mengeluh. what was that feeling just now? gila betul!

"boleh saya duduk sini?" Nida tersentak. what is this guy doing here! stalker ke? 
"go away!" ujarnya kasar.
"tapi tempat lain penuh. boleh saya join awak? seems that you're all alone, correct me if I'm wrong." Nida terpana. aik, aku dah tengking macam tu pon dia bole berlembut lagi?
"duduk je la." Nida segera memulakan suapan. damn! segan la nak makan Mega Mac depan laki.. haduuhh.. aku baru nak mencekik lepas tension.. potong stim la kau ni!

diam. tiada sebarang bicara. Azam memerhatikan saja kekekokan gadis itu sambil menyuap makanan. bibirnya tersenyum. keletah gadis ini teryata mencuit hatinya. bukan dia sengaja mengekori gadis itu, tapi mereka kerap kali bertembung. dan ada sesuatu yang menggamit hatinya untuk mendekati gadis tersebut.

"I'm Azam. and you are?" Azam cuba memulakan kata. try je la kan? mana tau si sombong ni nak layan pulak.
"oh  I'm sorry. did u just talk just now?" pergh! jual mahal babe! ni yang adventure ni..
"nama saya Azam. awak pulak?"
"none of your business okay?" Nida menahan debar di hati. suara dia lembut, husky. just my type!! jual mahal Nida.. jangan nampak sangat yang kau tengah gabra..
"okay." senyap lagi. masing masing terus menjamah selera.

"awak cantik." Nida terpana. cantik? thanks.. bangga ni!
"tapi..." Nida angkat kening. menunggu sambungan ayat seterusya daripada Azam.
"lagi cantik kalau kain awak tu cukup tutup semuanya." bulat mata Nida pandang Azam!
"you sape nak kritik I? parents I pon tak kisah." Nida melengkingkan suaranya. seluruh Mc Donalds tertumpu kepada mereka. Azam senyum.
"I tak kritik.. I cakap you cantik, tapi lagi cantik kalau you wear something nice. macam kebaya maybe?" Azam senyum lagi.

Nida merengus! terasa darahnya mendidih di kepala. kalau ikutkan hati, mahu saja dia tempeleng lelaki di hadapannya ni. pantas dia berdiri, berkira kira untuk meninggalkan meja.

"nanti! saya nak kawan dengan awak."
"you dah malukan I, then you nak kawan pulak? sorry!"
"I cuma bagi pendapat je.. tapi honestly, you memang cantik.." Azam senyum lagi.. "ini kad I.. just text me whenever you feel free to accept my friendship okay?". Azam meletakkan kad bisnesnya di atas meja sebelum beredar.

"hello Joe. sorry, I sakit kepala. so kita tak payah jumpa okay? bye." pantas Nida memutuskan talian. handphone dimatikan. tangan kanannya diletakkan di dahi, matanya memandang kad bisnes milik Azam. Saiful Azam Bin Bohari.. pengedar Cosway.. ceh! ni bukan kerja tetap ni.. rengus Nida lagi.  017-3817472.. nombor pon tak lawa.. tapi senang nak ingat.. 

Nida bangun menuju ke cermin. dipandang figuranya. 34-25-36.. body dah cun dah.. muka? sebutir jerawat pon takde.. aku memang cantik.. 

"lagi cantik kalau kain awak tu cukup tutup semuanya." hilang rasa bangga Nida apabila suara Azam terngiang ngiang di telinganya. how dare you! tapi..... dia tak macam lelaki lain.. yang lain semua nakkan body aku.. tapi dia? urghh~~ kenapa aku fikir pasal dia ni! buang masa la.. tido lagi bagus!

p/s : terpaksa stop untuk masa ni.. nak carik ilham kejap.. hehe, kalau ada sape sape yang nak bagi idea, amat la dialu alukan.. thanks sebab sudi baca ;)

Segmen :Blogwalking.terjah.follow @ BLOG

Assalamu'alaikum w.b.t..

- klik untuk join ye? -

wah!! ada lagi segmen macam ni.. 
thanks ye Cik Lia Kamalia untuk segmen ni.. 
Miss J memang suka join segmen segmen macam ni.. ;)

okay, hari ni mood tak nak celoteh panjang panjang.. 
maka dengan rasa rendah dirinya Miss J nak pelawa 
readers untuk menjenguk blog Miss J yang still lagi dalam 
learning process ni.. 
bantu Miss J untuk jadi from ZERO to HERO.. 
sebab tanpa readers, memang Miss J takkan ke mana 
kat dunia blogging ni.. 
tegur Miss J kalau Miss J salah.. 
saya kan budak baru nak belajar.. ;)

thanks jugak Miss J nak ucapkan dekat ♥ MyMye MyMya ♥.. 
sebab Miss J dapat tau pasal segmen ni pon dari update dia.. 
thanks ye awak.. :)

p/s : tarikh tutup 12/6, jam 5 petang.. ayuh!! :D

manusia oh manusia~ tolonglah bersyukur..

Assalamu'alaikum w.b.t..

"best la jadi dia.. kaya, bawak Ferrari... bila la aku nak macam tu?"

and bla bla bla bla bla bla... malas nak cakap banyak.. cuma mungkin secebis ayat ni mampu membuatkan sesiapa sahaja yang kuat mengeluh tu terdiam seketika dan berfikir.. :)

"jangan la kau sentiasa memandang apa yang ada di ATAS.. kerana kau akan menjadi manusia yang paling tidak bersyukur.. maka pandanglah ke BAWAH.. fahamilah bahawa kau masih beruntung kerana memiliki apa yang tidak dipunyai oleh orang yang memerlukan.. dan bersyukurlah dengan apa sahaja yang kau miliki dengan membantu mereka yang lemah.."

thanks sebab sudi baca..  ;)

p/s : entry yang paling ringkas daripada Miss J setakat ni kan? :D

Segmen BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA~

Assalamu'alaikum w.b.t..

- sila klik Abe Ben untuk join ye -

lagi sekali Abe Ben buat segmen.. wihhooo!! terima kasih Abe Ben sebab terus kreatif untuk membantu kami, bloggers baru yang masih lagi merangkak dalam dunia blogging ni.. semoga Abe Ben sentiasa dihujani dengan idea idea yang BRILLIANT dan terus gah di dunia blogging ni.. terima kasih daun keladi ye Abe Ben.. ALLAH saje yang dapat balas kebaikan Abe Ben ni.. keep it sempoi Abe Ben.. :D

okay, blog Miss J ni baru je lagi.. still baby dalam dunia ni.. so Miss J masih lagi mencari identiti dan bahan yang best untuk readers semua.. dengan rasa rendah dirinya Miss J katakan, this blog was NOTHING sehingga la diserikan dengan kehadiran readers semua.. i really need your support to guide me to be from ZERO to HERO.. tegur Miss J kalau Miss J salah.. sesungguhnya readers itu cerminan diri Miss J.. 

thanks sebab sudi baca... :)

bila couple in love bergayut telefon~

Assalamu'alaikum w.b.t..

- ihsan Uncle Google -

wink wink! most of couple remaja memang suka bergayut.. biasa la.. you sayang i, i sayang you la katakan.. ayat masing masing lembut gigi dari lidah.. betul ke peribahasa tu? hehe, BM failed la dears.. apa yang seronok bergayut? mestila sebab dapat melepas rindu, bermanja manjaan, bergurau sendaan.. gaduh pon dilabelkan sebagai beramah mesra kan? ;) 

indah masa bercinta ni... Miss J suka tengok kawan kawan Miss J on phone.. golek sana sini.. gelak tekup muka guna bantal.. macam Miss J jugak la.. hikhik sana, hikhik sini.. entah apa la yang diorang bahagiakan sangat tu.. jeles mak nyah.. sebab.......................

AMARAN : 
Bacaan seterusnya memerlukan pemantauan yang KERAS daripada IBUBAPA kerana mengandungi unsur- unsur 21 SG..

Note : MB refers tu Mr. Boyfie, MJ refers to Miss J.. ;)

MB : orang dah gemok sekarang.. rajin main gym..
MJ : kalau rajin main gym mana datang unsur GEMOK tu?
MB : ye la.. gym nak guna banyak tenaga, so kena makan banyak la..
MJ : haha, okay la dah gemok sekarang.. keding sangat macam dulu pon tak bole jugak.. kan handsome gemok sikit macam ni.. :)
MB : tapi tak cukup gemok lagi ni.. nak target berat 120kg.. pulak!! Miss J target nak turunkan berat Miss J sampai 45, dia nak tambah berat.. 120 pulak! mereng la MB ni.. :p
MJ : amboih.. nak masuk The Biggest Loser Asia ke?
MB : ha ah la.. tak cukup syarat ni.. gemok kan indah..
MJ : tak boleh!
MB : sukahati orang la... kenapa tak boleh?

here goes the unsur 21 SG nye..

MJ : nanti pelamin runtuh! awak berat sangat.. tutup muka laju laju! malu kat readers.. gila gelojoh borak pasal pelamin! haha.
MB : guna pelamin BESI!
MJ : nanti tebako je rasa bersanding.. besi tu panas!
MB : letak ais kat pelamin..
MJ : nanti ais cair.. pelamin banjir..
MB : takpe.. yang kipas kipas tu boleh tolong kipaskan kita.. so tak panas kan?
MJ : kipas kipas ke pengapit? seriously, yang ni Miss J gelak kaw kaw! ;)
MB : haha, lupa la nama dia pengapit! sengal! kalau macam tu kita sanding kat atas bukit la.. sejuk sikit.. tak yah guna pengapit dengan kipas..
MJ : jenuh pulak atuk nenek pakcik makcik nak daki bukit.. gila..
MB : ni apa jauh benar melalut ni? padahal borak pasal gym je pon tadi..
MJ : dah kata gemok, runtuh la pelamin..
MB : kan dah cakap.. guna pelamin besi....
MJ : ni nak kena ulang balik ke dialog sebelum sebelum ni?
MB : jom ulang balik.. nak?
MJ : keje gila!

menyakitkan hati je dapat Mr. Boyfie macam ni kan..? hehe, loyar buruk sangat! i know you're reading this Mr. Boyfie.. saje nak post pasal awak.. lama dah tak buat entry pasal awak.. happy studying and designing okay? kurangkan sikit makan tu.. gajah pon lari mencirit tengok selera awak yang besar gadang tu! ;)

p/s : mengada ngada je entry ni kan? thanks sebab sudi baca :D